Rusuhan Syria vs Rusuhan London

Salam ceria semua, salam Ramadhan yang dah berlalu 1/3. Tak tau la, bakinya kita masih dipanjangkan usia. Tak tau juga,

Bersama Abu Umar di farmasinya

apakah bakinya, mampu kita isi dengan sebaiknya. Sedangkan ia hadiah Allah kepada umat ini, yang pendek umurnya. Nisbah umat terdahulu yang hidup ratusan tahun. Usia kita entah berapa? Ramai kawan-kawan dah pergi dahulu. Syamsul Amri, anak buah usrahku di Bt Hampar, meninggal di usia remaja. Accident. Jamal dan Mustaqim, sepupuku dah lama pergi. Bertemu Ilahi. Aruah Hasbi, lebih kurang umurku. Juga kembali menemuiNya. Abd Fattah, sama-sama belajar di Jordan 1990, pun telah tiada. Teringat kata-kata Syh Rasidi, lebih separuh kawan-kawannya sekolah atau satu tempat

kerja dengannya sudah tiada, mendahuluinya. Bertemu Tuhan. Oh alangkah beruntungnya kita masih dipanjangkan usia, bertemu Ramadhan kali ini. Tk RSA.

Melihat kepada perkembangan terakhir keadaam kesihatan YM KB, hati rasa cemas. Moga-moga rintihan serta solat hajat yang dibuat Allah pandang, RSA tolong sembuhkan dan sehatkan Sy Hashim Muhammad dengan keajaiban. Dengan Nur Muhammad. Dengan tiryaqil arghyar. Kami perlukan pimpinan beliau demi kegemilangan Islam. Dia berkata, dia mengkota. Keyakinannya keyakinan Abuya. Sy KB selalu berpesan, diulang-ulang pesanan A: Jangan tumpang keyakinan Abuya. Jadikan keyakinan Abuya itu juga keyakinan kita. A tolong sembuhkan dan sehatkan Syh Hashim Muhammad.

Hari ini, sudah lebih 16 ribu kali orang klik views blog anjang. Tak taulah, apakah iman penulis dan pembaca bertambah? Taqwa meningkat? Ukhuwah semakin kukuh? Keyakinan makin jitu? Kefahaman semain dekat dengan kebenaran? Pun anjang tak tau, orang Abuya ke yang baca, simpati, peminat atau sekadar pembaca sepintas lalu. Atau musuh-musuh yang sakit hati. Hasrat awal hanya ingin berkongsi kisah hidup dalam perjuangan dengan remaja.  لا أقل و لا أكثر من ذلك  tapi Allah jadikan, banyak golongan yang follow baca. Ampun maaf dengan segala kelemahan anjang. Bila semalam ada majlis di Damascus ni, ramai sangat yang ucap tahniah. Sama-samalah kita doa mendoa kerana, setiap ujian akan ada nikmat. Begitu juga, setiap nikmat, menunggu ujian di depannya. Apakah kita selamat? Atk.

2 hari lepas ziarah Abu Umar, Sohibul Mat’am Sehah. Tampak ceria ketika berpelukan di depan farmasinya. Bukan kerana sewa yang dibawa, ceria kerana bertemu saudara seagama. Malah Abu Umar, berkali-kali bertanya, kalau kamu perlukan wang ni ambil, gunakan dulu. Tekanan hidup di era rusuhan demi berlaku di sini menjadikan Abu Umar lebih berani. Dulu, kalau nak sembang tentang keadaan politik semasa Syria, dia akan tunggu stafnya balik. Tutup pintu luar صيدلية , tak cukup, masuk bilik kecil di belakangnya, tutup pintu itu pula. Bila sembang pun slow-slow. Sangat takut. Tapi kali ni berterus terang nampaknya. Menurutnya dah 95% rakyat tidak suka dengan Basyyar Asad dan regimnya. Malah orang Syiah di Laziqiyah, kelompok minority Alawiyah pun ada yang membencinya. Ini adalah kerana dia menggunakan uslub yang sama dengan ayahnya demi kuasa. Kotor. Dia bawa kelompok bersenjata dari Iran yang kita maklum berfahaman Syiah. Menembak membabi buta. Membuat kekacauan. Datang dengan teksi, ke Bandar-bandar yang ditarget, membuat huru hara.

Kemudian datang polis dan SB, buat-buat kecoh, sini ada kekacauan. Mulakan tangkapan, memukul, mendera, memaksa…malah menembak juga. Pada orang Syiah, darah sunni halal. Walhal penduduk tidak terlibat sama sekali. Yang membuat kekacauan mereka, yang menuduh dan menangkap malah membunuh atas alas an kekacauan pun mereka. Golongan ketiga yang akan datang adalah tentera dengan kereta perisai dan kadang-kadang kereta kebal. Menetapkan undang-undang tentera. Dikepungnya Bandar-bandar. Nak masuk kena tunjuk kad pengenalan. Ada Bandar yang dipotong bekalan air dan api. Syiah peduli apa bulan Ramadhan. Layaklah kena doa laknat dengan Saidi sejak beberapa generasi. Di samping itu ada satu kumpulan pula terdiri dari sharp shooter. Kebanyakan mereka tentera upahan dari Serbia yang memang anti Islam. Sasaran yang dicari adalah kanak-kanak, atau bapa dengan anak kecil. Demi menakut-nakutkan rakyat yang sedang bangkit di seluruh Negara Arab menentang pemerintah yang zalim, hasil hayunan RSA.

Cuma penduduk Damascus agak bersabar kata Abu Umar. Belum sampai masanya. Sekadar baling batu, lepas tu mati kena tembak dengan Syiah, tak berbaloi kata Abu Umar. Aku, alang-alang nak mati, baik bom 1 bas. Fuuuhh. Cemas aku tengok Abu Umar, harap-harap tak serius lah. Syh Azri kata, ini memang proses. Pemimpin-pemimpin yang zalim sedang Tuhan jatuhkan. Islam sudah dijanjikan dengan kemenangan. InsyaAllah tak lama lagi Islam akan menang. Sambil menikmati kek yang dia sajikan. Ummu Umar pula sibuk melayan pelanggan farmasi. Sesekali mencelah bertanya khabar Ummu Ali (Ibu Sukainah). Sejak pergi ke Malaysia bertemu Abuya tahun 2006, hati mereka berdua sangat terikat dengan Abuya dan Malaysia. InsyaAllah Umar akan belajar di sana, katanya. Syh Azri mempelawa duduk berdekatan dengannya di Kajang. Abu Umar juga mencadangkan, jika ingin membeli kereta, gunakan namanya sahaja. Supaya tak banyak biokrasi. Harap-harap Syh Ali Sodikin dapat ‘menaburkan jasa’ setelah datang ke sini ‘menanamkan semangat’. Lalu GISB Syira mempunyai kenderaanya yang pertama. Atk. Senang pelajar-pelajar kita, khususnya puteri hendak bergerak ke mana-mana.

Sebenarnya Dunia sudah di tangan Rasulullah saw. Bukan sahaja Syria sedang diproses, di AS dan Eropah pun sedang gawat diproses. Nampaknya mereka memilih negara yang kononnya paling power. AS dan Britain.

Ikhwan Homestay, Damascus

7.05pm Ogo 11, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Rusuhan merebak di luar London

LONDON – Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.
Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.
Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.
Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.
“Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba,” katanya.
Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu.
Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.
Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu.
Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.
Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut.
Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.
Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. – Agensi
Advertisements

6 thoughts on “Rusuhan Syria vs Rusuhan London

  1. Masyallah, nampaknya mmg jadual Allah terhadap ahlusy syam dh berlaku, dh skrip2 makin laju berjalan, teringat lagi hadis2 yg dimuzakarahkan bersama sy zamri di rumah ummu Majid di baramkeh dalam kitab 3uqdud durar… Rumah tu jugalah tempat mula2 deal nk buka mat3am dgn abu Omar… Sallim ila abu omar wa usratuhu min leith, I.allah saufa azurukum fissyam….

  2. salam, rasanya x lambat lg mengucapkn selamat mnjalani ibadah puasa n slamat pengantin baru, aku selalu baca blog engko

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s