Syeikh Ahmad Al Badawi

Salam ceria. Moga RSA sentiasa mengawal hati kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini. Ada yang dapat nikmat. Abuya didik kita, syukurlah bila dapat nikmat. Macam yang dapat berbuka dengan Tun Mahathir semalam, kira nikmat la tu. Sudah tentu makanannya special. Semajlis dengan Tun Dr Mahathir, peribadi yang mendapat doa dari PBT. Nikmatle sangat. Dapat sumbangan duit lagi. Hehehe. Syukurlah. Gunakan sesuai dengan yang Allah kehendaki. Yang dapat ujian, Abuya ajar sabarlah. Sabar itu menahan diri dari mengeluh-ngeluh dalam ujian, ia pahala tanpa hisab. Kalau mampu, redha. Iaitu rasa gembira, sangat menerima apa sahaja dari Tuhan. Hingga menjadikan malaikat pelik, orang mukmin itu di beri nikmat dapat pahala, makin dekat dengan Allah. Diuji pun dapat pahala, semakin rapat dengan Allah, dekat dengan syurga. Dikesempatan ini, marilah kita doakan YM Syh Hashim Muhammad, agar cepat sembuh. Sakit beliau menjadi ujian kepada kita bersama. Tanpa motivasi, kuliah, teguran, didikan, panduan dan doa pemimpin-pemimpin, kita akan mudah tersilap dan kekal dalam kesalahan. Atk.

Petang tadi dapat berita di BB, ‘Slm. Atas kemuliaan RSA Insy esok selawat badawi (salam rindu) akan disiarkan di MHI TV3. Sila maklumkan pd kwn2. Dipersembahkan oleh kumpulan nasyid al falah SMK Sri Bentung. Diterbitkan studio Ikhwan Tg Gemar. RSA tlg.’ Terima kasih RSA. Mereka ingin memadam cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tapi Allah enggan lakukan. Malah Allah sendiri akan sempurnakan cahayaNya walau pun orang-orang musyrik membencinya. Berapa ramai wahabi yahudi yang membenci selawat, ingin memutuskan umat Islam dengan umat baginda. Menuduh syirik hanya kerana meninggikan suara ketika berselawat atau berselawat yang tidak warid dalam nas.

Semua kita ada sejarah masing-masing dengan Selawat Badawi ni. Yang pernah menyertai program Al Arqam, khasnya kursus-kursus kefahaman Islam di Sg Penchala atau kursus penghayatan Islam di Kg Sempadan pasti ada memori indah dengan selawat badawi dan juga ilahi lastu lil firdaus… Turun sahaja dari kenderaan dengan beg untuk berkursus, selain disambut anak-anak berserban jubah putih. Berkepala botak. Tersenyum, mesra dan ikhlas membantu. Menghulur tangan bersalam lantas mencium tangan peserta. Mengangkatkan beg ke khemah penginapan… gegendang telinga kita juga menangkap alunan indah selawat ke atas Nabi berkumandang dari corong speaker, lalu menusuk ke sudut hati. Memberi getaran halus yang memilukan hingga mampu mengugurkan manik-manik air jernih keinsafan… (ada juga yang bukan keinsafan tapi teruji berpisah dengan keluarga…hehehe). Selepas itu barulah diketahui, itulah selawat badawi. Barulah mengenali pengalunnya Wak Ibrahim, aruah Asri Ibrahim, Ibrahim Kelam…hai semuanya ada Ibrahim ke? Atau Abg Rashid ‘Yakin’ atau aruah Imam Ghazali.

Di Batu Hampar, sebelum selawat Subuh suara Lutfi Syuhud mendayu-dayu mengalunkan (bukan Alun Jerash anak angkat AA, sori Alun) Astarghfirullahal ‘azim… alazi la ilaha illa huwal haiyul qayyum….dan tarhim…Ya Arhamar Rahiminarhamna….(3x) wa ‘aafina, wa’fu ‘anna… wa ‘ala to’atika wa syukrika ‘ainna… aaah, selamat tinggal bantal 1000 peta, selimut biru nipis, cap swan made in China. Kejut anak-anak buah, ketua-ketuanya dulu. Pastu yang lain-lain, Didi, Elias Mohd Noh dan lain-lain, aku dah tak berapa ingat… bersama berkumandangnya selawat, kami sudah mengosongkan asrama menuju telaga, ke tandas, gosok gigi,  menyucikan diri lalu kemas berserban jubah surau. Bersama-sama berselawat… Allahumma solli wasallim ‘la Nuril Anwar… Alangkah indahnya suasana itu. Betapalah kalau tahu ketika itu

Ok, korang kenal siapa yang tuan punya selawat ini? Mari kita bercerita tentangnya:

Beliau adalah Syeikh Ahmad Badawi berasal dari Kota Fas, Magribi. Seorang ulama sufi & wali Allah yang sangat terkenal di dunia sufi ini lahir pada tahun 596 H. Nama sebenarnya Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi. Berketurunan Nabi saw, karena nasabnya sampai pada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib, suami Saiyidah Fatimah binti Saiyidina Nabi Muhammad saw.

Keluarga Badawi  bukan penduduk asli Fas. Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah Arab di Syam yang berhijrah tinggal di Negara Arab paling barat ini. Di sinilah Ahmad kecil menghafal al-Qur’an mengkaji ilmu-ilmu agama khususnya fekah Mazhab Syafie. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka tinggal di Makah selama beberapa tahun sampai ayahnya meninggal dunia pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma’la.

Syeikh Ahmad Badawi selalu mengenakan tutup muka. Suatu ketika berkhalwat selama empat puluh hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk melihat ke langit. Tiba-tiba dia mendengar suara tanpa rupa (hatif), berkata: “Berdirilah !” lalu suara itu terus mengucapkan kata-kata, carilah tempat terbitnya matahari. Bila jumpa, carilah pula tempat terbenamnya matahari. Kemudian…berpindahlah ke Tanta, satu Bandar di Gharbiyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda”. Cuba korang perhatikan, adalah menjadi kebiasaan para orang Tuhan mendapat arahan secara rohani. Kalau ianya berlaku kepada wasilah RSA, kenapa pula diingkari. Ia pernah berlaku pada ramai orang Tuhan. Apa hujah kamu menafikan perkara yang tidak pernah kamu lalui.  من لم يذق لا يدري  man la yazuq, la yadri. Siapa yang tidak merasakan (sesuatu) dia tidak mengetahui (hakikat benda itu). Macam berkahwinla, kalau korang belum berkahwin, manalah tau ‘rasa’ perkahwinan, nikmatnya…ujiannya… Lebih-lebih lagi poligami. Satu, dua atau tiga. (dalam maksud nie… hehehe)

Suara tanpa rupa itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang wali Allah yang terkenal iaitu Syeikh Abdul Kadir Al Jailani dan Syeikh Ar Rifa’i. “Wahai Ahmad ” kata kedua orang wali Allah itu kepada Syeikh Ahmad Al Badawi seperti mengeluarkan arahan. ” Kunci-kunci rahsia wilayah Iraq, India, Yaman, as-Syarq dan al-Gharbiyah di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka “. Tanpa disangka-sangka Al Badawi menjawab, “Saya tidak akan mengambil kunci tersebut kecuali dari Zat Yang Maha Membuka.

Perjalanan selanjutnya adalah Mesir negeri para nabi dan ahli bait. Syeikh Ahmad masuk ke Mesir pada tahun 634 H. Di sana ia bertemu dengan Al Zahir Bibers dengan tenteranya. Mereka menyanjung dan memuliakan wali Allah ini. Namun takdir sudah menetukan ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh bisikan ghaib, Tanta, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia. Ya la, Syh Ahmad lebih mudah dari kita, masuk mana sahaja zaman tu mana ada visa. Sekarang ke Haramain yang sah-sah milik semua umat Islam, visa umrahla, visa haji lah, visa bisnes la, petugas haji lah. Susah. Rumit. Menunggu berminggu-minggu, kadang-kadang makan bulan. Sebab tu Syh Solleh, Syh Zulhairi Othman, Us Azam masih di Malaysia. Patutnya dah di Haramain…. Hantar power, mai cepat, jangan tergoda dengan buffet Dr Kadiri di Bukit Beruntung tu. Ajak dia ke Mekah, hehe…Di Tanta Syeikh Ahmad Badawi menjumpai para wali, seperti Syeikh Hasan Al Ikhna`I, Syeikh Salim Al Maghribi dan Syeikh Salim Al Badawi. Di sinilah ia berdakwah, menyeru pada agama Allah, takut dan sentiasa berharap hanya kepadaNya.

Dia laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh dengan mutiara, itulah Syeikh Ahmad Al Badawi. Syeikh  Matbuli berkata, “Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ” Setelah Muhammad bin Idris As Syafe tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin Al Kurdi kemudian Al Manufi. Syeikh Matbuli hidup bukan di zaman Rasulullah saw, dia mendapatnya dengan karamah kewaliannya.

Suatu ketika Ibnu Daqiq Eid mengutus Abdul Aziz Ad Darini untuk menguji Syeikh Ahmad Badawi dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, “Jawapan soalan-soalan itu terdapat dalam kitab ‘Syajaratul Ma’arif’ karya Syaikh Izzuddin bin Abdus Salam. Ertinya beliau juga amat menguasai ilmu-ilmu syariat malah menghafaznya.

Karamah lahiriah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tetapi tidak ada salah disebutkan beberapa karmah Syeikh Ahmad Badawi sebagai bukti betapa hebatnya orang-orang Tuhan ini. Betapalah orang yang mempunyai karamah maknawiah seperti Abuya. Berjaya menyediakan sistem hidup berTuhan yang Berjaya mengawal pengikutnya dari terjebak dengan sistem yahudi.

Diantaranya seperti yang biasa kita dengar bahawa beliau ni sentiasa menutup wajahnya dengan kain dari pandangan manusia. Dalam masa yang sama, ia mempunyai pengikut yang ramai. Maka ramailah dikalangan ulama yang berhasad dengki, mengadu kepada pemerintah bahawa Syeikh Ahmad mengamalkan ajaran sesat, sebab itu dia menutup mukanya.Sultan yang memerintah ketika itu memanggilnya ke istana untuk mengetahui duduk perkara dan memaksanya membuka kain penutup mukanya. Bila sahaja dibuka kain tersebut, memancarlah cahaya dari wajahnya yang sangat menyilaukan pandangan. Tahulah Sultan bahawa beliau adalah wali Allah. Setelah itu diketahui rahsia cahaya mukanya adalah kerana dia beramal dengan selawat yang dikenali selepas itu dengan ‘Selawat Badawi.’ InsyaAllah, di post akan datang kita muatkan huraian bonda Ummu tentang selawat. Atk.

Diceritakan  ada seorang Syeikh yang hendak bermusafir. Sebelum bertolak dia meminta pendapat pada Syeikh Ahmad Badawi yang sudah berbaring tenang di alam barzakh. Nisbah lahir sudah meninggal dunia, sedangkan para wali tidak mati seperti orang biasa. Mereka hanya berpindah alam, roh mereka masih berperanan.

“Pergilah, dan tawakkallah kepada Allah SWT” tiba-tiba terdengar suara dari dalam makam Syeikh Ahmad Badawi.

Tersebut kisah Syeikh Ahmad Badawi suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang memohon panduan dalam perniagaannya. “Simpanlah gandum untuk tahun ini. Karena harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak bersedekah pada fakir miskin”. Nasihatnya benar-benar dilaksanakan oleh laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadian itu terbukti benar. Ini memperlihatkan orang Tuhan mendapat sumber ilmu dari Tuhannya, tidak terbatas dengan persoalan akhirat semata-mata.

Pada tahun 675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang mewarnai dunia Islam dengan cinta dan takut Tuhan. Dengan kasih sayang sesama manusia. Syeikh Ahmad Badawi yang tidak berkahwin ini berpindah ke alam baqa’ dekat dengan kekasihnya Allah swt. Jasadnya dikebumikan di Tanta, Mesir. Anjang berpeluang menziarahinya dua kali, kali pertama pada tahun 1989 dan kali kedua pada tahun 1992. Ya Allah, muliakanlah pembaca blog ini untuk berpeluang menziarahinya… Amiiiin. Ya, jasadnya di situ sedangkan rohnya hidup di sisi Tuhan.

Beberapa waktu setelah kepergian wali pujaan ini, umat Islam seperti tidak tahan, menanggung rindu akan kehadirannya. Maka diadakanlah di hari ulangtahun kelahirannya, diadakan majlis merayakannya, maka sejarah mencatat, orang ramai datang umpama gelombang banjir dari berbagai tempat yang jauh. Kerinduan, kecintaan, pengabdian mereka tumpahkan pada hari itu pada sufi agung ini. Hal inilah kiranya yang menyebabkan sebagian ulama dan pegawai agama ditahun-tahun selepas itu cuba menghalang  acara maulid ini untuk mengelakkan bid’ah kononnya. Ia terjadi hanya satu tahun sahaja. Tahun berikutnya perayaan diadakan kembali hingga sekarang. Terima kasih Abuya kerana mendidik kami berselawat dengan amalan agung ini. Mudah-mudahan kami terhubung dengan Nabi Muhammad Sohibul Azman, agar melayakkan diri menjadi ikhwannya.

Ikhwan Homestay, Damascus

7.58 Ogo 10, 2011

anjangmuor.wordpress.com

p/s hari ni BB anjang masalah lagi, tak dpt line… Syria syria.

Advertisements

One thought on “Syeikh Ahmad Al Badawi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s