US Debt Ceiling vs Khazanah Nur Muhammad

'Barat di ambang maut'

Salam ceria pada semua remaja GISB seluruh dunia. Moga RSA proses kita di Ramadhan kali ini. Sucikan roh kita dari segala dosa. Sucikannya dari mazmumah. Sucikannya dari cinta dunia. Moga roh kita ditingkatkan. Menjadi roh ikhwan. Ya Allah, kalahkan nafsu kami. Di bulan yang Kau janjikan kabulnya doa. Jadikan kami orang baru. Orang yang layak mendapat anugerah keampunan. Rahmat dan Berkat. Mendapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan…. Amiiin.

Dah seminggu berpuasa ni, agak biasa (zahirnya) dengan siang yang panjang. Suasana di Damascus tak banyak berubah. Cuma, jemputan berbuka tiada tahun ini. Mungkin suasana protes rakyat yang kerap berlaku, membuatkan simpati-simpati Abuya bimbang untuk menjemput anak-anak Abuya berbuka di rumah mereka. Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Berkumpul ramai-ramai di rumah adalah kesalahan. Tapi kami tetap berkumpul tarawih, kalau tak dikumpulkan setempat, hilang suasana ibadah. Tak kan nak solat di masjid, berseluar track suit dan t shirt macam orang sini? Tanpa melaungkan selawat, tanpa melaungkan nama khalifah Rasul…kita nak hidupkan suasana. من أحب شيئا فكثر من ذكره Moga Rasulullah saw sudi menerima kita sebagai umatnya di hari-hari yang banginda nyatakan, Islam tak akan kalah-kalah lagi.

Yang akan kalah, malah sedang kalah ialah yahudi. Bila kita kata yahudi, jangan hanya tengok Israel, tengok kuasa besar dunia. Sebab kuasa besar dunia pun bawah telunjuk yahudi. AS contohnya dikuasai yahudi. Mana-mana presiden yang naik, mesti hasil lobi yahudi. Katanya, Abraham Lincoln dan JF Keneddy dibunuh kerana enggan berkerjasama dengan yahudi. Tapi bila yahudi kuasai, mereka yang untung… AS jatuh. AS dah bangkrap sekarang. AS dah naikkan ‘debt ceiling’ sebanyak 74kali. Ikutkan tentu dah 74 kali bangkrap. Korang tau ke ‘debt ceiling’? Contohnya, had hutang peribadi adalah sebanyak RM30K. Kalau hutang korang melebihi RM30K, kira bangkrap la (kalau tak betul, mohon sesapa betulkan).

Dalam Islam, orang yang bangkrap itu macamana? Cuba korang cite sikit kat anjang? Kalau tak de remaja nak jawab, kita tanya Sy Isnil, yang ada gaya-gaya remaja sikit (kalau slim). Dia pakar bab bangkrap ni. Bangkrap dalam bahasa Arab Muflis. Dalam Islam, orang yang bangkrap itu ialah orang yang mempunyai banyak pahala amalan di dunia tetapi dalam masa yang sama, mempunyai banyak dosa-dosa dengan manusia kerana pernah memfitnah, memaki, mengumpat, mengambil harta orang a.k.a mencuri dan lain-lain. Maka bila tiba hari kiamat, setiap orang yang dizalimi itu akan meminta haknya di depan Tuhan Robbul Jalil. Allah akan ambil pahala kebaikan yang dia buat, diberi kepada semua orang yang pernah dia zalimi. Jika habis segala pahala kebaikannya diagih-agihkan masih belum selesai dosanya terhadap orang yang dia zalimi, maka diambil dosa orang yang dia zalimi untuk ditanggungnya sebagai balasan dosa-dosa yang dia lakukan di dunia terhadap orang-orang tersebut. Inilah bangkrap hakiki. Pahala kebajikannya habis, dosa orang pula dia tanggung. Ya Allah, jauhi kami dari muflis di Akhirat. Pasti kami akan jatuh ke neraka. Ampunkan kami Tuhan. Kawallah lidah dan anggota-anggota kami dari dosa pada hak manusia. Sebab itu dalam fb khususnya jangan mengata-ngata orang, kita pun belum tentu selamat. Melainkan dalam hal-hal yang tertentu sangat.

Macam kes AS ni dah teruk sangat. Dia punya hutang, sampai 14.3 trilion. Nak terangkan trilion ni pun satu masalah.Perumpamaan Sy Hasnan yang aku ingat dulu, kalau diikat note USD100, mau mengambil ruang satu rumah. Rumah besar mana? tak tau pulak. Kalau besar Ikhwan Homestay di Syria ni. Fuuhh. Banyak tuu. Sy Azri kata, kalau diikat note-note tu jadi bundle, campak kat kita boleh mati. Kalau dah seluas ruang rumah, ramai yang boleh mati. Duit dah tak jadi nikmat, jadi azab. Boleh membunuh. Baru-baru ni di tv satelite, entah channel mana, ada forum tentang ekonomi AS ni. Untuk mudah memahami nilai USD14.3 trilion, ahli panelnya seorang professor menyatakan, apa yang boleh di buat dengannya: USD14.3 trilion ni kita boleh guna untuk beri makan 10 juta orang  yang kebuluran di Afrika selama 4500tahun!!! Fuuuh banyaaaak gileer. Tapi AS, setiap kali nak bangkrap, dia naikkan debt cieling, dah 74 kali. Aduh… betul-betul cetak note kosong je. Hakikatnya AS dah bangkrap, lebih-lebih lagi dah 100 negeri-negerinya bangkrap.

Nak bertahan gak, AS jual Bon. Apa tu Bon? Malas betul nak terangkan benda yang ada direka cipta oleh kapitalis ni. Kapitalis sendiri adalah barang ciptaan yahudi. Bila jual Bon, dalam masa yang sama, dari hari ke hari, nilai USD pula jatuh, pembeli-pembeli Bon automatic rugi. AS dah tak boleh di selamatkan lagi, semua yang bergantung dengan AS pun akan terjejas. Keadaan akan menjadi lebih parah jika AS kurangkan bajet ketenteraannya. Duit tak cukup untuk membayar gaji tentera, menampung perbelanjaan penyelidikan ketenteraan, senjata-senjata, operasi 60 base tenteranya di seluruh dunia. Kuasa besar dunia sudah tenat. AS bangkrap. Individu-individunya kayaraya. Taikun-taikun yahudinya bertambah-tambah kaya. Negaranya bankrap. Sistemnya runtuh. Dah jadi joke, China akan lelong AS yang dah bangkrap di EBay. Hehe. Sebab AS banyak berhutang dengan China. Abuya pernah beritau, orang Cina akan masuk Islam beramai-ramai. Hari ini, ‘polis dunia’ dah tak mampu bertahan. Dunia sudah di tangan Nabi Muhammad saw, Islam tidak akan kalah-kalah lagi.

RSA yang sedang menghayun dunia. System Tuhan sedang menggantikan semua system yahudi. Khazanah Nur Muhammad akan kembalikan kekayaan kepada manusia tanpa kehilangan Tuhan. RSA tolonglah kami!!! Wahai Nur Muhammad, Pemegang khazanah Nur Muhammad, berikan kami wang sebanyak-banyaknya dari Khazanah Nur Muhammad untuk kebangkitan Islam kali kedua. Untuk kayakan Islam. Ampun Maaf. Jumpa lagi.

Ikhwan Homestay, Damascus.

2.18am Ogo 9, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Atk....Atk...Atk...

Advertisements

4 thoughts on “US Debt Ceiling vs Khazanah Nur Muhammad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s