Puasa Budak Arqam….

Perbarisan Pagi Syabab Syria

Salam Ramadhan untuk semua pembaca setia blog anjang dan fb abul miqdam. Dari buka puasa tadi syabab dah datang homestay ni. Jaed Sy Fendi, Qunais Sy Nizam dan Khubaib Sy Jaafar. Bersama murtabak siap dipotong dalam plastic, mereka sampai hampir waktu berbuka. Lepas solat Magrib dan berwirid, Jaed prepare makan malam yang dibawa Us Hafiz. Telur masak lemak, daging martadila masak sambal dan sayur campur goreng. Menyelerakan, cuma perutku yang kurang selesa sejak beberapa hari ni, menyebabkan aku makan sikit sahaja. Lagipun kesian tengok Sy Azri yang kena ghout, sakit yang jarang orang simpati sebab tak Nampak. Tuan punya diri sahaja yang tahu azabnya. Di sini kita solat malam, sahur, selawat, solat Subuh, wirid, tadarus Al Quran, tidur kejap, masuk kelas, berniaga di premis, solat Zuhur, solat Asar, buka dan solat Maghrib, solat Isyak dan tarawih. More sikit. Posa budak budak Arqam macam mana?

First datang ke Bt Hampar, terasa jauhnya. Dari KL boleh ikut jalan dari Pekan Parit atau dari Bota. Yang penting cari pekan Beruas. Pekan Parit dan Beruas ni macam kurang meriah sekarang sebab bukan laluan utama. Seri Iskandar jauh pesat membangun. Dari Beruas terus ke arah Taiping, dalam 10km korang akan jumpa simpang tiga. Ke kiri menuju Pantai Remis, terus menuju ke Taiping. Dulu di sini ada kedai runcit Arqam, Us Zainal Kulim jaga dan Klinik Dr Kadiri. Sekarang ada beberapa warung, kedai runcit dan rumah Sy Cikgu Syaarani.  Untuk ke Bt Hampar, teruskan perjalanan hala ke Taiping. Tak jauh dari simpang itu terdapat selekoh tajam ke kanan, korang masuk ke kiri, (kita tak ikut arus perdana hehe). Dulu zaman anjang belajar ada signboard yayasan Al Arqam. Dalam buku Tamar Jalis, ‘Bercakap dengan jin’ ada mention tentang kampung Arqam ni. Hah.. korang lalulah di jalan yang macam ular kena palu tu, di celah bukit berselekoh tajam, kena hon kereta, kalau tak boleh accident jika ada kenderaan muncul mengejut. Aku ingat semasa belajar dulu, jalan tar ini sangat sempit. Di kiri kanannya, penuh belukar lalang yang lebih tinggi dari aku yang rendah ni hehehe. Menyeramkan. Dalam 3km korang akan jumpa BRSABH, (Bandar Islam contoh di Perak ) di sebelah kiri. Menterinya satu sepsis dengan Anjang. Tapi lebih berkat. Sebab itu BRSABH lebih meriah sekarang.

Dulu, di sinilah Yayasan Al Arqam Bt Hampar. Tempat anjang belajar. Mengenal Islam melalui Abuya, FAT. Belajar cara hidup Abuya di kampung-kampung Islamnya. Melatih rindu dengan Rasulullah dengan selawat Badawi. Memupuk cinta Tuhan dalam keinsafan ilahi las… Mengutip panduan-panduan kepimpinan dari Sy Lah Ariffin, yang selalu lepak dengan kami di asrama dengan berkain pelikat, t shirt pagoda putih dan kupiah putih. Masih teringat suasana dia bersyarah sambil bersila, dengan tangan yang bergerak atas bawah, penuh semangat di tepi rak bakul-bakul pakaian kami. Meminta nasihat dari Sy Tengku Azhar yang tenang. Pendiam. Sejuk mata memandang. Kat mana? Nak cari dia di bilik guru atau di tiang belakang surau sebelum sembahyang.  Tempat jatuh lagi dikenang…. Inikan pula tempat anjang mengenal lebih dekat islam cara Abuya. Islam praktikal. Ya, belajar-belajar terus amal. Seperti bulan puasa begini…

Kami bersahur lebih kurang jam 5. Bila lampu terpasang setelah enjin diesel di’hidup’kan oleh Saiful Anam atau Ramli. Loceng akan diketuk di dapur. Usrah yang masak kena menghidang. Maka berderetlah pelajar-pelajar dengan mata yang masih mengantuk berjalan dalam kesejukan pagi yang menggigit menuju dapur yang berada di hujung kampung. Turun bawa berus gigi dan jubah sekali. Sangkut kat surau dinding separuh. Ke dewan makan dengan t shirt dan kain pelikat je. Sahur biasanya nasi Apollo, ikan pelaling goreng dengan sambal. Kadang-kadang sambal telur. Air teh panas. Syukur pada Allah, ada rezki. Terima kasih Abg Mie yang gigih memasak dibantu usrah pelajar secara bergilir. Biasanya masak sahur selepas tarawih malam. Nasi Apollo ni bagus sebab taka da kerak dan rasa aku tak pernah mentah sebab dia dimasak dengan wap. Cuma beras ikut rezkila. Kadang-kadang beras hancur. Kadang-kadang beras merah yang tak de kanji tu. It’s ok. Better than nothing. Sehat je kami.

Lepas sahur mandi telaga. Maha Adil Tuhan. Suhu yang sejuk, cakap pun keluar wap, macam berasap. Tapi bila mandi air telaga, hangat airnya. Terasa segarnya. Lepas mandi ke surau. Solat tahajjud dan hajat. Pastu selawat dengan penuh mujahadah sebab mengantuk balik. Perut dah kenyang… Tekong selawat bertukar-tukar. Aku suka dengar suara Lutfi Syuhud, gemersik dan lunak. Atau pun Abd Kahar Melaka, ok gak. Faizal Norbit pun sedap suaranya tapi jarang nak pegang mic. Yang selalu Taufik. Suara dia biasa je. Tapi di mana mereka semua, wallahu a’lam.

Lepas subuh, beratur pagi. Nasyid jihad… Allahu Robbuna… Allah Allah… Macam yang kita nasyid sekarang di Daimasyq dan Jerash. Perbarisan di Mesir dan lain-lain macam mana? Lepastu kena ikrar. Rodhitu billah robban… wabilislami dinan…wa bi muhammadin nabiyan wa rasulan…….. Allahu Akbar 3x. Penuh semangat. Pagi-pagi buta yang masih gelap. Berserban qamis putih. Pastu dengar ucapan dan pengumuman dari ketua pelajar, ketika itu Nasaruddin Awang (skrg Syh). Habis ucapan kena kerja usrah kebersihan sebelum masuk kelas. Korang tau la, belajar dalam bulan Ramadhan. Secara automatic jadi lemah. Kononnya puasa. Padahal syaitan tak de. Lagila bila guru-guru tak ada. Guru pulak selalu taka da. Kelas aku, Nasar, Ramli, Anam, Taudin, Zuhairi, Safie Qasim, Zaidi Adam, Asmadi Alias, Fakhrur Grik, Lutfi dll. Belajar, kelas kami gabung dengan pelajar puteri. Mereka berfurdah, tutup semua kecuali mata je. Dengar nama je masa amik kedatangan. Nurul Azwa Mohd Ani, Fadhilah Haron, Rabi’atul Adawiah …entah sapa-sapa lagi. Us Ismail Puteh, kalau masuk kelas, suaranya lantang. Dengan slang kedahnya yang pekatnya amat dia terangkan ilmu-ilmu fekah dari kitab fathul qarib. Cuma tulisannya agak ……., tapi kami boleh bertahan. Lepas rehat, Aruah Us Zaidun masuk… haah, inilah ujian sebenar. Ramai yang terlentuk, tersengguk-sengguk tanpa malu dengan muslimah di belakang. Aruah mengajar tauhid. Suaranya antara kedengaran dengan tidak. Ada yang cabut awal. Eish… eish… tak berkat, tuang kelas.

Warga Batu Hampar Jan 2011

Kadang-kadang bila tak cukup ustaz, Us Lah akan kumpulkan semua pelajar ramai-ramai di surau, untuk kelas umumi. Baca kitab Melayu. Fardhu Ain atau ceramah umum. Program tadarus dibuat ikut usrah. Maka berlumba-lumbalah untuk khatam. Hehehe. Kalau kat pelajar puteri siap ada hadiah. Ada program khatam quran dengan bunga telur lagi. Itu yang dalam 3 hari boleh khatam. Fuuh… tak tau la, apa iktibar yang boleh diperolehi bila baca laju-laju. Nak cepat abis. Tapi baiknya, ia dibuat secara tadarus, bila salah ada yang betulkan. Hari ni dah 7 Ramadhan, korang dah sampai juzuk berapa? Kelas habis jam 11.30 kalau tak silap aku. Sempat le qailulah kejap kat surau. Bentang tuala mandi nipis ‘badminton’, berbantalkan serban, landing di simen surau.

Lepas zohor, usrah memasak kena bantu abang Mie. Kalau tak puasa, boleh le jamah-jamah. Boleh rasa-rasa. Ni puasa… pastu panasnya Bt Hampar sebab mungkin dekat dengan laut. Pantai Remis. Nak ‘pelekat’ api tu yang teruji. Apa taknya. Masak guna kayu getah basah. Bukan basah kena hujan, basah sebab kayu tu dari pokok yang belum lama ditebang. Dimesin di kilang. Bakinya, kita beli. Jenuh, letak tiub getah lama, tuang diesel atau minyak gas, nak bagi mula hidup. Harap asap berkepul-kepul, mengalahkan asap argila Jordan. Api tak juga mau hidup. Nasi muslimah, kami masakkan. Tapi, demi tanggung jawab menyediakan makanan untuk semua, teruskan. Buka puasa, biasanya sediakan bubur kacang ceroi. Nak bagi likat, masukkan sagu butir. Atau gentel-gentelkan tepung besar ibu jari tangan, masukkan. Kalau kat Kg Sempadan, biasanya mereka masak ‘badak berendam’ versi Arqam. Kadang-kadang masak kuih kasui atau apam. Guna Apollo la, apa lagi. Kerap juga makan bubur lambuk.

Buka biasanya simple je. Kurma dan bubur. Pastu sirap panas. Tapi, sudu bukan ada. Habis nak suap bubur guna tangan?, tak jadi. Apalagi teknologi Arqam 80’an. Masatu tak terlintas langsung akan ada restoran di Bukit Bintang. Sediakan buffet RM20/net. Atau ada Mat’am di Jordan, Mesir, Mekah dan Madinah. Restoran di Perth dan seluruh Malaysia dan Indonesia. Memberi makan kepada ribuan orang setiap hari. Tak terfikir langsung. Sekarang teknologi roh. Mantap. Ketika tu, dah tak de sudu, makan bersudukan daun nangka. Hehehe. Kenangan yang tak boleh dilupa. Ada rezki lebih, khususnya malam fardhu ain dapat le makan kuih-kuih ahli muhafazah yang berbuka di surau. Goreng pisang, karipap, cucur pisang dll. Atau kalau ada duit poket boleh beli di gerai JPYA, Wan Badrul jaga. Paling istimewa kalau keluar ORD. Buka kat masjid. Fuuuh mewah Beb…. Cuma ORD di bulan puasa, sangat mencabar nafsu. Jalan jauh, pikul paper, Letih, lapar dan haus… itulah latihan dalam perjuangan. Para sahabat dulu berperang di bulan Ramadhan. Kita Cuma jual paper je…

Solat Magrib di Batu Hampar biasanya diuji dengan nyamuk kepala putih. Kecik je, tapi bila ‘gigit’ punyalah sakit. Gatal. Tu rasa geram je. Kena Imam baca surah panjang pulak. Nyamuk dah kerumun kaki. Nanti kau, aku sujud jaga kau. Akhirnya bila sujud, tangan sapu nyamuk sekali. Mati lima ekor. Dalam solat membunuh. Mana khusyu’?. Saiyidina Ali kena panah tak berganjak ketika solat. Aku, dengan nyamuk pun gagal. Allah. Tak de la nak bawa rasa terkejut, terpesona, gerun dan gentar ketika takbir. Nak aktifkan roh supaya cintakan Allah dan nak full time dengan Allah semasa baca iftitah. Atau membawa 6 aksi roh ketika Fatihah. Yang ada hanya boring dengan imam baca panjang dan nak belasah nyamuk. … Teruk betul anjang ni… doakan ye…

Lepas magrib makan malam, lepas Isyak macam biasaTarawih. Tarawih meriah. Bilal kena main peranan. Selawat kena sungguh-sungguh. Kalau slow je, makmum lagi slow. Masa tu kami, kalau aruah Us Zaidun jadi Imam semua suka sebab cepat. Kalau aruah Pak Cik Di, teruji sikit. Dia baca ayat panjang-panjang. Kata Abuya, kita orang berjuang… baca ayat pendek-pendek. Lagipun, masa lain dah banyak kita habiskan dengan wirid zikir yang merupakan ayat Quran juga. Masa tu, semua kena solat tarawih 20 rakaat + witir 3 rakaat. Tak de lapan rakaat. (Jaid, kena beritau Torik ni.)Ketua-ketua usrah kena pastikan anak buah masin-masing cukup. Jangan ponteng ibadah. Disiplin lahir ketat. Ketika tu, kalau tak selawat memang kena denda. Kadang-kadang kena rotan. Lepas tarawih, sambung tadarus, pastu baru masuk tidur. Hah macam tu lah lebih kurang jadual anjang dan kawan-kawan di bulan puasa di Yayasan Arqam Batu Hampar. Setakat yang anjang ingat la. Sekarang tentu lebih hebat, ye la dengan shooting Tv RSAnya. Kamu nak jaga kuda, prepare kafe, buat murtabak, jual, beli barang, pergi berbuka kat hotel, kat rumah MB, dapat envelop, buka di syarikat-syarikat swasta, buka di rumah simpati,  buat show, pegi shopping complex dapat baju raya di taja (tak le semua, remaja tukang drive van je), ada kursus Taatkan suami, bidadari dan serikandi dan macam-macam lagi. Eish… indahnya hidup berjuang. Semua waktu terisi. Atk. Sorilah blog ni ditulis bersambung-sambung dari malam tadi sampai petang ni. Ikut masa kosong. Mzb.

Ikhwan Homestay Damascus, Syria,

5.10pm Ogo 7, 2011

Anjangmuor.wordpress.com

 

Advertisements

12 thoughts on “Puasa Budak Arqam….

  1. wah…, pngalaman2 ni bole d kumpulkn jdikan buku novel. dh lme xde novel. bru rmje2 bole trtarik bace crite yg berisi mcm nie.
    hhe…
    saran aje…

  2. Kenal ayah saya tak, Syed Ishak Syed Mohd? Family saya pernah tinggal di di kampung Arqam batu hampar tu, pastu pindah kat kedai runcit kat simpang tiga tu, ayah saya pembantu kat kedai tu sekejap, lepas tu pindah kat kampung Arqam changkat tualang, gopeng, perak tahun 90-an

      • sekarang sy tinggal di petaling jaya… abi dgn ummi masih tinggal di kg changkat tualang lg.. dulu abi ngan ummi dok jaga rumah tamu di batu hampar…. tak silap sy ustaz sana panggil ayah sy ustaz syed atau pak syed….. saya masih kecil lg…. tak ingat umur berapa…

  3. salam anjang, ana bekas pelajar batu hampar tahun 1984, batu hampar satu pengelaman yg tidak akan dapat dilupakan

  4. Assalammualaikum&Selawat dari ana.SUNGGUH MENARIK CORAT CORET INI!!!.Alhamdulillah.Syukran Ustadz,kerana berkongsi pengalaman2 di suasana kampung.ALIVE & VIVID.Di SS tu tak ada apa2 lah.Di lahir & di besarkan sehingga umur 6 tahun di perkampungan Lorong Mydin.HEHEHE.Lepas tu,CONCRETE JUNGLE!!!.Syukran sekali lagi Ustadz.Jangan cakap buku,TELEMOVIE pun boleh diikhtiarkan,insya’Allah.Fi Amanillah,Syukran,Selawat & Salam dari ana.

    • Assalamualaikum, saya batch batu hampar 1989. Semua ustaz2 dalam tu saya ingat. Apa agaknya keadaan di situ sekarang ya? Masih ada orang tinggal atau terbiar?

      • Wslm.saya masuk 1987, keluar1989 sambung belajar di Mesir, Jordan dan Pakistan. Sekarang di Bt Hampar semakin meriah. Ada kilang tauhu, kafe, kedai runcit, butik dll. Semuanya di bawah Sykt Global Ikhhwan Sdn Bhd. Sekarang saya bertugas di Mekah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s