Ramadhan… syaitan dirantai, saudaranya muncul…

Salam ceria. Salam Ramadhan. Bulan yang penuh berkat dan rahmat. Keampunan Tuhan terbuka luas. Doa sangat diterima. Bulan lailatul qadar yang mulia. Tuhan masih panjangkan umur kita. Di izinkan memasuki untuk kesekian kalinya ke pangkuan bulan ini. Oh, alangkah baiknya Tuhan. Sedangkan sudah ramai yang pergi menemuiNya di kalangan teman-teman dan kenalan kita. Saudara Megat, tidak bersama kita tahun ini, Us Maulana juga telah pergi, Cikgu Khairol Anam juga mendahului kita, ketika sedar dari pembedahan…dia masih mengingatiku, Ramadhan tahun ini, tak berpeluang menjamah mee goreng basahnya. Oh… kita masih diberi peluang. Masih ada sisa umur untuk bertaubat, membanyakkan selawat, menambah doa-doa, menghalusi ibadah, menjejaki perjalanan menuju Tuhan. Umur yang dah pergi banyak, bakinya kita tak tau. Al ilm ‘inddallah. Atk. Jadikan kami, ya Allah orang yang sentiasa bertaubat. Yang pergi mungkin ada peranan di sana. Yang tinggal ada peranan di sini. Perjuangan perlu diteruskan.

Mayat tentera Syria dicampakkan ke dalam Sungai Al-Assi oleh orang ramai yang marah

Keadaan di Syria semakin kritikal. President tak akan boleh bertahan. Kebangkitan rakyat semakin menjadi-jadi. Beberapa hari lepas, di kaca tv, aku lihat rakyat Hama yang sangat marahkan pemerintah, mencampak mayat-mayat pasukan keselamatan yang berjaya mereka bunuh dari atas jambatan ke Sungai ‘Al-Assi. Jambatan yang pernah aku pijak. Dendam lama mereka terhadap bapa presiden yang membunuh puluhan ribu penduduk Hama sudah tidak boleh dikawal.

Tunjuk perasaan berlaku di seluruh negara, khasnya hari ini, Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Halab, Lazikiya, Dar’a, Homs, Der Zour. Cuma Kota Damascus yang agak tenang. Rakyat yang dah hidup agak selesa, tentu takut menanggung risiko. Pun begitu, kawalan keselamatan sangat ketat. Pagi tadi bila keluar untuk program mingguan di Muhajirin, di sahah Syamdeen kelihatan ramai anggota keselamatan. Beberapa kereta polis, teksi, kereta personal di penuhi mereka. Ada yang masih tidur, ramai yang jaga. Ada beruniform, ramai yang berpakaian biasa tetapi di pinggang terselit pistol automatik. Semua teksi yang nak naik bukit, kena serahkan kad pengenalan untuk di chek. Aku keluar tak bawa paspot pula. Syh Zul pun begitu. Syh Azri, aku tak pasti. Cuma aku buat selamba je. Supaya mereka tak suspek apa-apa. Maklumlah, sikap mereka sangat prejudis. Pernah kami dipanggil hanya semata-mata kami melihat ke arah tentera. Suatu ketika pernah kamera Lokman Ibrahim hampir dirampas ketika kami mahu menziarahi Abu Mazin, Ahli Parlimen Damascus. Hanya kerana kami shoot video di kawasan sensetif, walaupun tanpa amaran bertulis. Lebih-lebih lagi, suasana yang kritikal begini. Sebenarnya pelajar Malaysia dah tinggal 100 orang sahaja, kalau tak silap sebelum ni dah mencapai 800 orang. Begitu juga pelajar foreigner lain. Kalau dulu di Abu Noor, kita boleh temui pelajar dari pelbagai negara. Sekarang jarang sekali. Sangat kurang. Kecuali pelajar GISB. Pelik. Tak macam orang lain. Pelajarnya makin bertambah.

Maqam Nabi Zulkifli di atas bukit, berkubah hijau.

Perbarisan pagi Jumaat ini, walaupun agak lewat tapi sangat berharga bila dapat sentuhan Syh Azri. Tiada jamuan. Tiada hidangan. Tiada sarapan seperti biasa. Sebab Ramadhan bang…hehe. Habis kuliah, aku ajak Sy Azri berjalan kaki menuju Maqam Nabi Zulkefli sambil menikmati suasana yang lain dari Malaysia.

Proton SAGA di Damascus,Syria

Kereta, kalau parking rapat-rapat betul. Sebab ruang sangat terhad. Tiada kereta yang tidak bercalar. Kemek-kemek. Waja, Wira, Saga, Kelisa dan Gen 2 banyak di sini. Tapi penuh calar, kemek dan berdebu.

Rumah-rumah di pinggiran Damascus

Melalui lorong-lorong kawasan penduduk Syiah. Penuh dengan gambar mullah-mullah mereka. Sunyi. Masing-masing melayan mimpi, hingga sebelum Jumaat. Alhamdulillah, setelah menziarahi maqam, berdoa, bertawassul dan bergambar kami beredar pulang. Menapak di jalan, di celah rumah-rumah saling tak tumpah seperti filem Ali Baba dengan 40 penyamun. Dinding rumah atau bangunan dan pintu. Keluar pintu terus jalan raya atau lorong. Tanpa halaman, tiada parit atau longkang. Apalah hiburan anak-anak mereka. Tiada pokok yang boleh dipanjat seperti di Kampung Tengah. Tiada sungai untuk mandi-mandi seperti aku, awang dan ajun mandi parit tepi Sungai Terap. Inilah Damascus. Nape? Dah rindu Malaysia ke? Baru 3 bulan lebih…Rilexlah brother! Lagipun one way tiket…. hehe one way ticket to the…….

Ok, banyak sangat corat coret. Apa yang berlaku sekarang? Zahidah nikah dengan Hafiz di Jordan. Puasa dah masuk hari ke enam. Ramadhan…. ni seperti Ramadhan-ramadhan yang lalu meriah dengan makanan. Bazar Ramadhan untuk berbuka sudah di buka, kadang-kadang seawal sebelum zohor. Biasanya jam 3 dah ramai orang. Kaum Cina dan India pun suka bulan puasa ni sebab pelbagai jenis makanan dijual. Mi, kue tiaw, bi hoon… kari, sup, goreng, mamak. Nasi tomato, nasi lemak, nasi dagang, berlauk. Ayam goreng, percik. pelbagai jenis sup, murtabak, kuih muih. Air soya, tebu, tembikai, asam boi, cendol dan lain-lain pelbagai warna. Yang beli, tanpa kekuatan roh, ada duit lagi… macam semua nak diborong. Bila buka, jamah itu, jamah ini, dah kenyang. Tak habis. Sebahagian masuk tong sampah, ada yang ke longkang. Terbuang. Nasib makanan akan lebih terbela kalau ada ayam itik. Peniaga pun begitu, kalau habis terjual Alhamdulillah. Kalau tak habis, disedekah ke surau, masjid, rumah-rumah kebajikan. Tapi, nasib yang sama juga kalau dah banyak sangat. Akhirnya dibuang juga. Tak kira yang di surau, di masjid, di rumah-rumah anak yatim.

Tak kurang buffet di hotel-hotel. Samada above RM60 atau murah lagi. Setakat manalah kita boleh ‘belasah’ makanan di hotel tu. Yang baki tu hotel buat apa? Bagaimana pula majlis-majlis berbuka puasa. Rumah YB itu, YB ini. Member tu, Member ni. Alumni tu, Alumni ni. perhimpunan keluarga lagi. Apa nasib baki-baki makanan kita? Begitulah kita melayan rezki dari Tuhan. Sedangkan kita tidak mampu mencipta walau sebutir nasi. Walau setitis air. Mengapa sombong dengan Tuhan. Apakah mampu kita jawab depan Tuhan segala PEMBAZIRAN ini?

Sheqal

Teringat Abuya mengutip nasi-nasi di bawah pinggan Sheqal lalu memakannya. Walidah mengutip nasi yang terbuang, dicuci, masak semula bersama beras lain, lalu dihidangkan. Bonda Ummu yang minta dipastikan makanan di istana RSA dihabiskan, tidak bersisa. Di ‘qarar’kan, masak sekadar tidak cukup kerana dasar kita, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Tapi kalau banyak, kena usaha habiskan. Untunglah Bt Hampar ada ayam itik. Jerash ada ayam pencen. Oh… bangsa Ikhwan berusaha kekalkan rasa hamba. Moga Allah muliakan. Moga kita tak termasuk kaum kerabat syaitan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ramadhan….segala syaitan di rantai…. saudara-maranya pula muncul…. Atk.

Ikhwan Homestay, Damascus, Syria

2.22am Ogo 6, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s