Percubaan melarikan jasad Rasulullah saw

Masjid Nabawi Madinah, tempat bersemadi jasad Rasulullah SAW yang suci dan mulia

Salam ceria, hari ni hantar post pendek je. Tadi kena jadi imam di rumah  Muhajirin. Tak dan nak menulis. Apa-apapun, selamat membaca.

1.Percubaan Pertama

 Pada awal abad ke-7 Hijriah, seorang penguasa di Mesir bergelar Al Hakim bin Amrillah untuk menggali maqam Rasulullah saw.Usaha ini dilaksanakan oleh Abu Al Futuh atau nama sebenarnya Hasan bin Jaafar yang ketika itu menjadi gabenur di Mekah dan Madinah. Rancangan asal adalah idea dari Ahli Zinddiq yang menghasut penguasa Mesir agar diusahakan untuk memindahkan jasad Nabi Muhammad bersama dua sahabatnya ke Mesir kerana dengannya Mesir akan lebih ramai dikunjungi kaum muslimin dan akan lebih banyak mendapat faedah ekonomi. Penguasa Mesir Al Hakim Al Ubaidi tertarik dengan idea ini lalu mengirim angkatan tentera yang lengkap untuk membongkar makam secara paksa.

Penduduk Madinah yang mengetahui maksud jahat mereka bangun menentang Abu Al Futuh dan pasukannya, sehingga hampir-hampir mereka membunuhnya. Disaat itu tiba-tiba datang angin kencang dan debu yang dahsyat menyerang mereka. Binatang-binatang tunggangan mereka lumpuh, buta dan mati malah tentera pun ramai yang mati dan cedera.

2. Percubaan Kedua

 Peristiwa memilukan dan terkutuk ini terjadi sekitar tahun 1164 M atau 557 H, dilakukan oleh orang-orang kafir yang mencuba menghancurkan agama Islam.
Kisah ini bermula dengan pudarnya kejayaan Islam yang berpusat di Baghdad di bawah pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Raja-raja Kristian dari Eropah yang dipengaruhi oleh yahudi sangat berdendam atas Rasulullah saw mencuba mencari jalan memmalukan umat Islam dengan mencuri jasad Nabi Muhammad Saw. Kegiatan ini akan dilakukan tatkala musim haji tiba, dimana umat Islam dari seluruh dunia berdatangan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Dua orang ditugaskan untuk melakukan misi hina ini dengan menyamar sebagai jemaah haji Andalusia, Sepanyol dan berpakaian seperti orang Magribi.

Mereka menyewa sebuah rumah yang letaknya dekat dengan makam nabi. Dari penginapan inilah, mereka menggali terowong menuju makam Rasullullah saw. Namun Rasulullah saw yang masih hidup dan berperanan secara roh tidak akan membenarkan jasadnya dihina ia digagalkan dengan izin Allah swt.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Az Zanki, seorang penguasa Islam di Damsyik bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berkata, ”Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Mimpi serupa terjadi tiga kali hingga Sultan memutuskan untuk segera berangkat menuju makam Rasullullah saw di Madinah untuk melaksanakan arahan Rasulullah saw.
Dengan memakan waktu 16 hari serta membawa kuda, 20 orang pengawal dan harta yang banyak, Sultan melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah. Apabila sampai, Sultan terus menuju Raudah, Masjid Nabawi untuk bersembahyang dan berziarah ke maqam nabi. Seorang menterinya datang bertanya, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu?” Sultan pun menjawab, “Ya”.

Perkuburan Baqi berdekatan Masjid Nabawi

Maka Sultan memerintahkan menterinya untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membagikan harta yang dibawanya sambil meneliti wajah setiap orang yang datang. Namun tidak seorangpun yang mirip dengan apa yang ditunjukkan Rasullullah saw dalam mimpinya.

Akhirnya sultan bertanya kepada penduduk Madinah, “Adakah diantara kalian yang belum mendapatkan hadiah yang telah disediakan.” Namun semua penduduk Madinah mengaku sudah mengambilkan bahagian masing-masing, kecuali dua orang asing dari Magribi yang belum datang untuk mengambil hadiah mereka. Keduanya dikenali sebagai orang saleh dan selalu bersembahyang di Masjid Nabawi dan menziarahi maqam Nabi Muhammad Saw.

Sultan kemudian memanggil kedua orang tersebut. Alangkah terkejutnya sultan bila melihat kedua orang itulah yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengaku sebagai jemaah haji dari Andalusia, Sepanyol. Walaupun sultan sudah menyoal siasat keduanya mengenai kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi ketiadaan bukti. Maka Sultan melakukan pemeriksaan di rumah mereka. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya hanyalah wang, kitab-kitab buku di rak dan dua buah mushaf Al-Quran. seluruh rumah itu digelidah namun tiada bukti untuk menangkap kedua orang tersebut walaupun Sultan sangat yakin dengan kebenaran mimpinya. Ya mimpi bertemu Rasulullah saw adalah benar.

Ketika Sultan dan pasukannya mahu keluar meninggalkan rumah kedua orang tersebut, baginda terasa ingin memeriksa bawah karpet tempat duduk kedua orang tersebut, alangkah terkejutnya baginda bila disingkap karpet tersebut terdapat satu lobang ke bawah tanah. Rupa-rupanya ada satu terowong bawah tanah yang telah digali panjang menuju maqam Rasullullah saw dan sudah sangat hampir ke jasad baginda yang mulia.

Rupa-rupanya, inilah rahsia mereka berdua yang rajin melawat perkuburan Baqi’, rupa-rupanya untuk membuang tanah yang mereka gali setiap hari. Sultan Nuruddin sangat murka lalu memukul kedua lelaki tersebut. Akhirnya mereka mengaku bahwa mereka diutus oleh raja Kristian di Eropah untuk mencuri jasad Nabi Muhammad Saw. Kedua-duanya penjenayah itu dihukum mati. Setelah itu, untuk menghindari berlakunya kejadian serupa, Sultan memerintahkan digali parit di sekitar makam Rasullullah saw dan dituang timah sebagai tembok.

3. Percubaan Ketiga

Peristiwa ini berlaku pada abad ke 7 Hijrah, sekumpulan 4 orang lelaki dari Halab, Syria datang ke Madinah dengan peralatan penggalian yang lengkap untuk menggali maqam Rasulullah saw dan 2 sahabatnya untuk dipindahkan ke tempat lain. Ketika hampir sampai ke maqam baginda tiba-tiba tanah tempat mereka berpijak mengelungsur, menenggelamkan dan menimbus mereka hidup-hidup. Terkubur di situ kerana niat jahat mereka demi pengajaran orang kemudian.

4. Percubaan Keempat

sebenarnya point ini bukan nak larikan jenazah tapi nak musnahkan kubah. Kubah pun Tuhan tak izinkan. Yahudi tidak akan puas hati terhadap Nabi Muhammad saw. Usaha mereka diteruskan melalui golongan yang mereka ciptakan dalam Islam iaitu golongan wahabi. diceritakan kisah ini berlaku sekitar tahun 90’an. Kata seorang soleh yang bernama Syaikh Al-Zubaidi.

Setelah golongan wahabi yahudi ini berjaya menghancurkan dan meratakan perkuburan Baqi’, mereka cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad saw pula.Namun, ketika salah seorang dari mereka cuba memanjat kubah itu untuk memusnahkannya, Allah datangkan petir memanahnya secara tiba-tiba lalu dia mati melekat di kubah tersebut tanpa seorang pun yang mampu mengalihkan jenazahnya dari puncak kubah!


Syeikh Zabidi juga mengatakan bahawa ada seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara hatif mengatakan tidak ada seorang pun mampu mengalihkan jenazah dari Dome @ Kubah dan bahawa ia harus dikafankan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin memikirkan cuba untuk menghancurkan di masa mendatang! Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di kubah itu dan untuk menutupi tubuhnya dengan bahan berwarna hijau agar tidak kelihatan. Tapi kalau dah wahabi tu bukan senang diubah, anjang baca kat forum-forum blog, puak-puak tu nafikan ia adalah jenazah manusia. Mereka kata, di situ ada pintu kubah. Mengarut, ada ke orang buat pintu dikubah?

Maqam Sultan Mahmud Nuruddin AzZanki yang bermimpi 3X didatangi Rasulullah agar menyelamatkan jasadnya.

Alhamdulillah, sebelum Ramadhan baru-baru ni anjang sempat ziarah maqam Sultan Adil, Sultan Mahmud Nuruddin Az Zanki. Tak patut kerajaan Syiah Alawiyah –  Presidennya sekarang  Bashar Al-Assad (Syiah pun ciptaan Yahudi gak). Dibiarkan maqam seorang yang sangat berjasa ini terbiar, kotor, tak terurus. Katanya Kementerian Perlancongan dan Kementerian Agama berebut untuk menguruskannya, akhirnya tak terurus.

Moga-moga kita jadi pembela Rasululah saw setiap ketika. Ok, nak sahur dah. Jumpa lagi.

Ikhwan Homestay Damascus,
3.18am Ogo 4, 2011
anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

7 thoughts on “Percubaan melarikan jasad Rasulullah saw

  1. Hello, I think your website might be having browser compatibility issues.
    When I look at your blog in Chrome, it looks fine
    but when opening in Internet Explorer, it has some overlapping.
    I just wanted to give you a quick heads up! Other then that, terrific blog!

  2. I don’t even know how I finished up right here, however I believed this put up was great. I do not recognize who you might be however definitely you are going to a well-known blogger for those who aren’t already.

    Cheers!

  3. Alhamdulilah… dapatlah juga saya tahu serba sedikit kisah-kisah Nabi kita yang mungkin kita semua tak tahu serta kubah yang sering dipersoalkan.. kalau ada apa-apa lagi cerita bolehlah kongsi bersama… terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s