Bila datang Kebenaran maka lenyaplah kebatilan….

Salam ceria, buat remaja Ikhwan semua. Di mana jua anda berada. Yang tua-tua nak baca pun tak apa. Kut-kut semangat menjadi muda. Mula-mula usya-usya, kot-kot ada gossip terkini kat blog anjang ni. Pastu nak tengok hari-hari, ada post baru tak? Pastu jadi follower dan langgan update via e mail. Amikla, kalau ada kebenaran, ia milik Tuhan wajib diterima. Kalau ada yang batil, buangla, itu kesilapan anjang. Hari ini, ada orang yang ditambah-tambah keyakinan. Ada yang ditarik keyakinan, sedikit demi sedikit. Sebelum ni musuh jelas. Tak setuju, terus bermusuh.  Munafik tiada di era Mekah, kalau bermusuh terang-terangan. Tapi munafik muncul di era Madinah. Bila yang menentang takut, akhirnya menzahirkan Islam sembunyikan kekufuran. Sebab apa tak terus bergabung dengan musyrikin Mekah, sebab ada kepentingan dunia. Khasnya tamakkan ghanimah. Sejarah berulang, sekarang musuh adalah orang yang sangat tahu selok belok perjuangan. Kenapa tak tinggalkan terus, buat jenama sendiri? Sebab ada kepentingan. Masih gunakan nama Abuya. Masih jual nama Abuya. Walaupun yang ditentang adalah pengikut setia Abuya. Korang percaya ke cerita anjang ni?

Anjang orang JB gak, sebab isteri orang sana, 14hb ni ada kursus Solat dengan minda A di JB. Tapi tak tau jemaah mana yang anjurkan. Sebelum ni anjang banyak terlibat dengan kursus solat di Singapore. Jemaah hantar, Sy Nizam suruh. Yang ni tak tau la. Cuma yang pastinya, dulu bila buat kenakan yuran ‘ramziyah’ je, dalam S$30-50. Itupun terpulang, mampu bayar. Tak mampu, tak pe. Tapi yang ni S$127. Beza kan?! •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Isu ni tak le panas sangat. Tak masuk TV3 pun. Isu isteri dan anak hari tu yang panas pun dah sejuk….

Ok, apa yang panas? Ramadhan la yang panas. Ramadhan sendiri berasal dari kalimah : Ramadh, bererti panas. Sebab bulan Ramadhan selalunya dulu dalam musim panas. Malah ketika berbual dengan seorang driver teksi di Damascus ini, dia kata Ramadhan kali ni jatuh di bulan 8, dalam taqwim sini disebut Aabb…. Orang Arab kata Aabb, al lahab. Api yang menyala-nyala. Sebab tu 2 hari ni kami berkurung. Duk dalam rumah je. Tak larat keluar.  Hebat sahabat-sahabat boleh berperang di bulan puasa. Perang Badar tu di bulan puasa bang!! Fuuhh, panas gila. Tapi, Rasulullah saw tetap jelaskan, perang melawan nafsu itu lebih besar. Lebih utama. Sebab itu sahabat tak lari fokus, tetap mengutamakan perang melawan nafsu. Tak dibiarkan nafsu bermalas-malas. Dilawan dengan mencari kerja, samada rasmi atau tak. Tak dibiar nafsu mencari salah orang, dididik, membelek dan cari salah diri. Atk tolong resapkan roh perjuangan sahabat dalam diri kami.

Ok… Panas-panas ni korang nak minum apa buka? Tamar hind, Lemon, koktail, muz bil halib, farawlah bil halib? Kalau Azhari, dia nak araksus. Air herba, yang Sy Daud minum, makan pun tak selera, masih melekat-lekat rasa air tu kat tekaknya. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Sini tak de air-air ala 1 Malaysia seperti  lai chi kang, cendol, air bandung, cincau, asam boi Sy Hud. Paling best cuma air soya Sauban & Khubaib, peninggalan abg Khairullah. Walaupun tak sama dengan soya air tangan Us Raman Bt Hampar, tapi ok la.

Pun begitu, Malaysia semakin terkenal. Kat mana-mana, di negara  Arab ni, Malaysia sangat dipuji. Dulu, ketika awal aku ke luar negara tahun 1989, orang-orang Mesir bila aku sebut, dari Malayzia. Macam blur sangat. Rasa boring pun ada. Memanglah yang buta huruf ramai, walaupun ramai yang cakap ia pusat ilmu Islam.  Macam mana tak boring, bila tanya dia, Taarif fein Thailanda? A’rif. Fein Singafura? A’rif. Fein Malayzia? Musy ‘arif.

Tapi sekarang, 4, 5 orang driver teksi yang kami naik, semua puji Malaysia. Malayzia good, I love Malayzia. Malayzia jiyyid. Malayzia helwa. Malayzia jannah. Bila ditanya, kamu dah sampai Malaysia? Belum. Habis, macamana tau tentang Malaysia. TV.

Min aina entu? Min Malizia? Malizia Islam masbuth. Islam di (Malaysia betul/tepat).Hun kaif? (Di sini macamana?) Sini tak betul, tak tepat. Ini bukan anjang reka-reka. Tak percaya, tanya Sy Azri.

Tuhan yang persiapkan. Tuhan jadikan hati-hati manusia terpaut dengan Malaysia. Cintakan Malaysia. Manusia tak mampu. Kalau sekadar tv, tak mungkin boleh merubah hati manusia. Ini memang kerja Tuhan. Allah memang nyatakan: ‘Jika datang kebenaran, yang batil pasti akan lenyap’. Daulah Islam itu pasti. Islam tak akan kalah-kalah lagi. Korang tak dengar ke negara AS dah nak muflis, rakyatnya dah ramai tinggal di hutan.

Dulu mereka memperolok-olokkan kita. Aku dengar orang-orang Malaysia masih duduk di atas pokok kata seorang Mat Salleh kepada kawanku. Kawanku jawab dengan selamba, ya. Tapi kami naik ke rumah dengan escalator. Celaka kau. Hah padan muka ko! Tak semua mereka pandai, lagi lah di zaman mereka sedang jatuh. Pernah bila diberi makan nasi lemak berbungkus daun pisang. Bila ditanya macam mana rasanya? Good..Good..but the salad is quite ‘kelat’. Dia belasah dengan daun pisang sekali. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎.

Ya mereka sedang jatuh. Islam sedang naik. Islam yang macam mana? Islam yang sedang beroperasi di Haramain dengan istana, villa, kolam renang, restoran, kenderaan mewah atau Islam yang baru nak buat kursus solat dan pakej perlancongan Islam. Jemaah tanpa nama. Fikir-fikirkanlah.

Terima kasih kerana menziarahi GISB Syria, moga cepat sembuh. Jumpa lagi!

Tadi Tuan Hj Nazif, tauke katering dah bertolak ke Jordan. Moga bertemu lagi. Maaf zahir batin.

Ikhwan Homestay, Ruknuddin, Damascus, Syria

2.19am Ogo 3, 2011

Lima puluh  tinggal dalam hutan di New Jersey

MANHATTAN – – Puluhan keluarga yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi di Amerika Syarikat (AS) terpaksa tinggal di khemah yang mereka dirikan di sebuah hutan di Lakewood, New Jersey, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario tersebut mengingatkan kembali pada era kemelesetan ekonomi dahsyat yang melanda AS pada tahun 1930-an dikenali sebagai Great Depression.

Setakat ini, lebih 50 orang telah menyertai penempatan setinggan khemah itu yang terletak sekitar satu jam perjalanan dari Manhattan.

Hampir semua penduduk setinggan itu hilang pekerjaan dan tidak mampu membayar ansuran rumah mereka akibat krisis kewangan yang kini menghimpit AS.

“Saya dan isteri saya telah setahun tinggal di khemah di sini,” kata seorang bekas pekerja hotel berusia 43 tahun, Burt Haut.

“Kami dihimpit masalah kewangan yang teruk sejak AS dilanda krisis hutang tiga tahun lalu,” tambahnya.

Situasi menyedihkan itu berlaku ketika anggota-anggota Kongres di Washington mengundi untuk meluluskan usul meningkatkan had hutang negara itu.

AS diramal akan jatuh muflis kerana tidak dapat membayar hutangnya jika had hutang itu tidak dinaikkan. – Agensi

DERETAN khemah yang dihuni penganggur di dalam sebuah hutan kerana tidak mampu membayar ansuran rumah di bandar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s