Ramadhan…Pesta Meriahkan Roh

Selamat tinggal makan-makan di siang hari... (sementara, InsyaAllah)

Salam pagi Ramadhan yang ceria, walaupun hati kita berduka. Takut dan cemas sentiasa. Sebab RSA sedang menggelidah jemaahnya. Mengeluarkan satu persatu orang-orang yang tidak dikehendaki mereka. Sedangkan diri ini masih banyak ciri-ciri seperti mereka yang tersingkir. Diri ini masih penuh dengan ciri-ciri nifaq. Sifat-sifat munafiq masih belum berjaya dirungkai. Setiap diri akuilah sahaja masih punyai sifat nifaq, atau bersangka buruklah dengan diri sendiri agar tumbuh rasa bimbang dan cemas dengan era terkini. Kalau bukan kerana adanya sifat nifaq di setiap diri, masakan Rasulullah saw ajarkan doa, setiap kali selepas beristinjak:

اللهم طهر قلبي من النفاق وحصن فرجي من الفواحش

Ya Allah, sucikan hatiku dari sifat munafiq dan peliharakan kemaluanku dari perbuatan keji.

Semua orang menunaikan ‘hajat’ertinya, semua orang wajib beristinjak, selepas istinjak sunat berdoa seperti di atas. Ertinya setiap orang kena bimbangkan dirinya mempunyai sifat-sifat munafiq. Setiap buang air, kita dilatih berbimbang-bimbang dengan nasib sendiri. Tak mampu kita mengawalnya, kerana hati milik Tuhan. Sedangkan balasan untuk orang munafik, di kerak api neraka. Atk. Kemudian Rasulullah saw dahulukan supaya meminta kesucian hati dari pemeliharaan kemaluan dari perbuatan keji. Ini bermakna ia lebih penting dan lebih sukar menjaganya. Oleh kerana pentingnya, Saiyidina Umar merendah diri menghadap Abu Huzaifah Al Yamani untuk bertanya: Apakah ada namaku dalam senarai orang-orang munafiq? Kerana Rasulullah saw buka rahsia itu padanya. Wahai RSA peliharalah hati kami. Sucikan roh kami dari mazmumah, dari dosa-dosa, dari sifat-sifat nifaq dan tingkatkannya. Jadikan kami orang-orang roh..

Abuya ada sebutkan dalam sajaknya kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah di antara hamba-hamba dengan Tuhan. Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja. Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba. Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan. Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya.Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan.Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan. Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan.

Siapalah kita..?! mana kita mampu ungkapkan kata-kata seperti ini. Ini betul-betul ilmu ilham dari Allah. Dianugerahkan pada kekasihnya. Dalamnya ada berita gembira. Rupanya ada hadiah dari Tuhan di bulan ini, untuk kita hambaNya. Ada sesuatu yang mencemaskan, membimbangkan kerana bukan semua hadiah hamba dibalas Tuhan. Aduh… di manakah kedudukan kita? Ramadhan ini benar-benar menentukan kedudukan kita…

Wadah-wadah atau bekas-bekas orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi ada pulangannya. Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:

1.  Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba, rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur.

Mari tingkatkan puasa kita hingga membawa rasa-rasa. Tanpa rasa-rasa ini, puasa kita hanya rangka atau bangkai. Tuhan tak akan balas hadiah kita jika kita hanya hadiahkannya sesuatu yang rendah dan hina. Kita cuba kenang-kenangkan salah dan dosa, kelemahan-kelemahan diri, agar timbul insaf. Melihat orang miskin yang melarat, insaflah diri yang terbela hendaknya. Bertimbang rasalah ketika hendak berkata-kata atau memberi cadangan dan arahan. Lihatlah siapa di depan kita. Mampukah dia menerimanya. Tahan diri dari marah, mengeluh, protes atas apa sahaja yang berlaku. Semua rasa-rasa di atas ini, usaha resapkan ketika berpuasa tetapi ia bukan berlaku di tikar sembahyang atau ketika korang iktikaf. Ia berlaku di projek-projek, di premis-premis, bila berhadapan dengan orang, berhadapan dengan anak buah, berhadapan dengan karenah pelanggan, berhadapan dengan owner-owner macam AA umpamanya. Abuya bantulah kami…

 

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat,
Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.
Korang tentu dah dengar kuliah terbaru tentang sembahyang. Apa rasa yang perlu ada ketika berdiri, doa iftitah, fatehah, rukuk dan sujud tahiyyat. RSA bantulah kami meningkatkan ruh sembahyang kami.

 

 

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan. Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insan. Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang
Oleh itu baca Quran di bulan ini dan bulan lainnya, bukan kejarkan untuk khatam. Baca dengan tadarus. Seorang baca, yang lain semak. Seeloknya baca terjemahan dahulu, baru baca ayatnya. Selepas baca ayat, ulang baca terjemahannya. Mudah-mudahan dapatlah ilmu, pengajaran dan keinsafan. Ikhwan kena berbeza dari orang lain.

 

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka.

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya.Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat
Terima kasih Abuya. Kalau selama ni, bila dah habis wirid rasa dah selesai tanggungjawab, sekarang tak boleh. Mesti membawa rasa-rasa. Yang kemuncaknya tenang dengan dunia, gelisah dengan akhirat. Bukan tengah wirid hati bimbangkan jualan bazar ramadhan. (kalau bimbang Tuhan tak bantu, itu betul), baru 1 Ramadhan dah bimbang, raya ni macam mana? Nak balik kampung macam mana? Pakaian isteri dan anak-anak? Tukarkan bimbang-bimbang itu dengan gelisahkan akhirat. Kalau tak tepat aku di awal Ramadhan ini, pertengahan dan akhir lagi teruk.
RSA bantulah aku….

Kata Abuya, jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi  dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi, orang bertaqwa sungguh dapat menghayati Ramadhan dengan akal fikiran, hati dan jiwa raganya. Roh  Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya. Roh di atas roh, jiwa di atas jiwa. Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan. Itulah orang bertaqwa. Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar. Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan. Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan
Sesiapa yang tidak dapat  memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan seperti yang telah dinyatakan, dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan. Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan. Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan.

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui. Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan? Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan setiap  Ramadhan bukan? Apakah hadiah hadiah kita  itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan? Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan. Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan

Sungguh  susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan. Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan. Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang. Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan. Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa. Ramadhan bukan pesta lahiriah
Atau pesta syariat rohnya tidak ada.

Semuanya telah Abuya jelaskan. Telah diterangkan. Cuma kita selalu lupa dan alpa. Mudah-mudahan masih ada ruang untuk kita baiki diri. Untuk meriahkan roh. Untuk pesta rohaniah, hati dan jiwa di tahun ini. Layak mendapat hadiah Tuhan di bulan Ramadhan.

Semalam RSA dah layan kami dengan istimewa. Di datangkan Tuan Hj Nazif dan keluarga ke Damsyik ini. Turut serta Tuan Hj Cikgu Mohd Ani dan isteri (bapa dan ibu kepada Ibu Azwa). Walaupun masih sakit, solat dengan keadaan duduk, Hj Nazif bermurah hati menjamu semua anak-anak Abuya di Damsyik ini biryani berlaukkan kambing baladi dan ayam masak merah. Mudah-mudahan bukan hanya pesta makan minum tetapi pesta ukhuwah dan kasih sayang. Teringat Datuk Kaharuddin bila datang Jordan, sanggup turun ke pasar di Balad, beli daging dan balik rumah kami, masak sendiri kari likat tanpa santan, jamu pelajar. Di mana beliau sekarang? Mudah-mudahan sehat dan ceria dalam rahmat dan kasih-sayang Tuhan di bulan penuh barakah ini. Ampun maaf, jumpa lagi.

Ruang Tamu Rumah Us Hafiz, Ruknuddin, Damascus, Syria
6.51pm Ogo 2, 2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s