Ramadhan…Hadiah & Cemburu

Salam ceria. Korang semua sehat ke? Ceria lah sikit, esok Ramadhan ni. Jangan masam je. Ngantuk je. Memangla teruji bila masuk Ramadhan ni. Lebih-lebih lagi musim panas di Syria ni. Siangnya panjang. 3.50 dah azan Subuh, ertinya sebelum pukul 3.00am dah kena bangun. Untuk solat tahajjud, hajat dan witir dan perangat lauk untuk sahur. Tapi kalau warga rumah atau asrama ramai, bilik air pulak terhad, kena bangun lebih awal. Kalau tak, terjejas kualiti solat jemaah. Dah tak cantik, kalau ada yang masbuk.
Teringat era kuarantin di Nilai dan sekitarnya, seawal pukul satu dah beratur panjang di depan toilet. Fuuh… Penuh takut, malu dan beradab. Takut bisa naik, malu bangun lewat dan beradab dengan yang tua-tua dan sakit. Kalau mereka potong que kena redha, tak berani protes. Buatnya kawan yang kencing manis, tak tahan terkencing kat pusat kuarantin, naik bisa semua. Lambat le keluar. Atk. Pastu kalau bangun awal, adjust la, nilai diri, jangan awal sangat, sampai ketika nak solat subuh mengantuk.

Pastu nak tunggu maghrib di sini, 8.00pm. Boleh tahan panjang siang. Ditambah dengan cuaca yang sangat panas. Fuuh. Dalam 40 lebih ke 50 darjah celcius. Berpuasa, lapar dahaga.
Udaranya kering, tak macam Malaysia yang tinggi kelembapannya. Tekak rasa kering sangat. Awal pagi dah rasa nak minum air. Kalau angin tak ada, terasa derita kepanasan. Bila angin bertiup, terasa bahang menyapa pipi dan membakar kulit. Terujinyaaa. Tapi, cubalah datangkan kegembiraan di hati kita macam orang-orang mukmin dahulu menyambut Ramadhan.

Ada pepatah Arab mengatakan:

‘Tirulah/ikutlah walaupun kamu tak sama seperti mereka kerana mengikut orang-orang yang mulia itu adalah kemenangan.’ ‘ تشبهوا إن لم تكونوا أمثالهم فإن التشبه بالكرام فلاح’

Anak-anak semua, mari kita ulang-ulang apa kata Abuya tentang Ramadhan. Sapa yang sukakan sesuatu, dia akan banyak menyebutnya selalu mengingatinya. Dengan rahmat Tuhan, Ramadhan tiba lagi. Ramadhan umpama seorang yang sangat kaya lagi pemurah. membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya
mahal dan besar-besar dari Tuhan yang Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Korang tak suka ke hadiah? Semua orang yang waras, sukakan hadiah. Lagilah kalau hadiah itu dari seorang yang sangat terkenal. Hadiah yang diberi pula sangat istimewa. Tak percaya, cuba seorang remaja menerima hadiah jam tangan swiss hand made, bertatah permata dari seorang penyanyi remaja Korea. Perghh… 1 bulan, pot pet, pot pet cerita tak habis. Betapa lah, hadiah ini dari Raja segala raja. Dari Tuhan semesta alam. Hadiahnya pula sangat ‘special’ kerana berguna untuk dunia akhirat. Setakat jam tadi, harap mahal je, kalau datang program masih lambat, kamu masih tak pandai memanfaatkan jam.

Cuma… Tak semua orang layak menerima hadiah ini. Kata Abuya, hadiah ini untuk orang bertaqwa
Bukan untuk orang Islam biasa.
Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq
Jadi, kita nilailah diri kita… Dah bertaqwa ke belum? Paling tidak, ada usaha tak menempuh jalan taqwa. Ibadah paling asas iaitu solat, jaga tak? Jaga macam mana anjang?

Menjaga solat tu macam mana?
i.Awal waktu, sebelum azan dah siap berwhudu’, berselawat.
ii. Berjemaah
iii. Safnya lurus dan rapat
iv. Usahakan khusyu’ dengan memahami makna bacaan
v. Membawa rasa-rasa.

Kalau kita tak jaga solat, kira awam muslimlah, lebih-lebih lagi kalau merokok, tak tutup aurat, cakap celupar, lucah, ego, bakhil, hasad, mementingkan diri… Semua ini boleh jatuh kepada fasik dan zalim. Kalau beginilah sikap kita, kita bukan orangnya untuk menerima hadiah ini. Atk

Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

Hadiah keampunan Tuhan. Korang tak nak ke? Sapa yang tak ada dosa. Bumi mana yang tak ditimpa hujan.

Dosa anggota yang tujuh pun sukar dijaga:
i.Mata
ii.Telinga
iii. Lidah
iv. Tangan
v. Kaki
vi. Perut
vii. Kemaluan

Betapa lagi dosa fikiran yang kotor. Lebih-lebih lagi lah dosa dalam berperasaan. Patut bersyukur tak bersyukur. Sepatutnya sabar, tak sabar. Patut sedih, tak sedih. Patut gembira, kita sedih. Semua ini dosa. Antara yang sangat kena jaga, dosa syirik kepada Allah, derhaka ibu bapa dan dosa berkaitan dengan guru mursyid. Setiap dosa itu, tanpa pengampunan Tuhan, neraka tempatnya. Manalah kita mampu menanggung siksa neraka. Yang penghuninya dibakar. Lapar dan dahaga yang teramat sangat, yang ada hanya minuman cairan besi panas dan makanan buah zakkum berduri. Tak mampu kita. Puasa di musim panas begini pun terasa teruji, nak masuk neraka?!! Tak mampu!!! Tiba-tiba di bulan Ramadhan, kita dapat hadiah pengampunan. (Cuma dosa dengan manusia, kena minta maaf, minta halal) Oh, indahnya. Ada dosa tapi diampunkan. Dah calon penghuni neraka, diselamatkan. Siksa neraka boleh ke dibayar dengan RM1 billion?

Pastu, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa ialah hadiah keredhaanNya, fuuuh!! mahal tu. Orang yang Tuhan redha, dia buat apa sahaja, walaupun sebahagiannya pada mata kita melanggar syariat tapi bila seseorang itu Tuhan telah redha walau apapun dia lakukan, dia sudah mendapat keredhaan Allah. Keredhaan Allah itulah yang utama. Bila Tuhan redha, pasti syurga. Para sahabat itu mendapat pangkat: rodhiyAllah ‘anhum.

Antara hadiah yang akan diperolehi ialah kasih sayangNya yang sangat diperlukan. Tanpa kasih sayang Allah, kita dalam kemurkaanNya. Kalau kita dalam murka Tuhan dan laknatnya, ketahuilah semua makhluk melaknat kita. Pakaian yang kita pakai melaknat kita. Udara yang kita sedut, mendoakan kecelakaan atas kita, debu-debu yang berterbangan, marah dan melaknat kita. Seluruh makhluk di langit, bumi, lautan semuanya membenci kita. Sebenarnya kita berada di jurang api neraka. Aduuuh. Kita sangat perlukan kasih sayang Tuhan.

Oh Tuhan, rasa kerdilnya diri kita. Korang rasa kita ni perlukan bantuan Tuhan ke tak? Sangat perlu. Apa lagi yang Tuhan akan beri sebagai hadiah … Kata Abuya, Tuhan akan hadiahkan kita rahmatNya, tanpa rahmat kita tidak akan selamat. Masuk syurga pun dengan rahmat Tuhan. Rahmat Tuhan adalah keperluan. Rasulullah saw sendiri adalah menjadi rahmat kepada seluruh alam. Ya Allah anugerahkanlah kami rahmat Allah.

Dah? Setakat itu je? Tak, masih banyak lagi yang Tuhan nak beri antaranya hidayah dan taufiqNya. Sedangkan hidayah betul-betul milik mutlak Allah. Sapa yang Tuhan nak je, Dia beri. Tak semua orang dapat. Tiba-tiba kita dapat. Betul-betul hadiah dari Allah. Alangkah beruntungnya. Begitu juga taufik, dengannya kita dapat mempraktikkan ilmu secara tepat. Oh, untungnya… di usia remajamu, kamu hidup dalam
hidayah dan taufik Tuhan.

Ada lagi ke? Ada, kata Abuya kita akan dihadiahkan berkat dariNya dunia Akhirat. Berkat sangat diperlukan dalam hidup kita. Kalau kita faham diri kita bagaimana, sangat lemah, selalu gagal dalam banyak hal, sangat mengecewakan banyak pihak, betapa kita terlalu perlukan berkat dari Tuhan. Tuhan akan menjadikan usaha kecil kita, hasilnya mencukupi… Itulah berkat. Jadikan kami orang yang bertaqwa, agar layak menerima hadiah-hadiah istimewa ini…

Ramadhan juga datang bersama pahala berganda-ganda dari Tuhan. Buat sikit, dapat banyak. Sapa tak mau,…. bodoh. Ya Allah, jangan jadikan kami dari golongan argbiyak. Buat yang sunat, dapat pahala macam amal yang wajib. Yang wajib, diganda-gandakan, 70, 700 hingga tak terhingga. Korang kerja di bazar Ramadhan jual kurma, serunding daging, ayam goreng, air soya dan lain-lain ada dapat untuk poket korang RM70-RM700 sehari?, mana ada!! Sebab tu ada yang tak sabar, rembat duit jualan. Berdosa bang…. Ramadhan lagi, pastu ada yang beli rokok lagi… Rokok tu berhenti la, mulakan hari ni. Jangan tangguh-tangguh. Jangan gembirakan yahudi, gembirakan Tuhan saiyidina Muhammad saw di bulan Ramadhan ni.

Pastu ada hadiah yang sangat popular, dikejar oleh ramai orang-orang yang memahaminya. Sejarahnya panjang. Dari zaman Rasulullah saw, bila baginda ceritakan kepada sahabat perihal pejuang agama Allah di zaman Bani Israel bernama Sam’un Al Ghazi, yang berjuang ratusan tahun. Walaupun dikhianati oleh isterinya, lalu ditawan oleh musuhnya, apabila berjaya melepaskan diri, dia tak putus asa dengan Tuhan. Dia terus berperang fi sabilillah ratusan tahun. Mendengarkan cerita ini, para sahabat merasa cemburu. Ya sahabat sentiasa cemburu dengan kebaikan.

Ziarah maqam sahabat Sayidina Muawiyah Abu Sufyan RA di Damsyik. Mungkin berkat mereka kita direzekikan berjamaah bersama IM.

Pernah suatu ketika baginda istiharkan di kalangan sahabat ada seorang yang dijamin syurga sebanyak 3 kali dalam 3 majlis, pada orang yang sama. Maka seorang sahabat sanggup follow sahabat yang dijamin syurga ini ke rumahnya semata-mata untuk melihat bagaimana dia beribadah hingga dia dijamin syurga. Apa dorongannya? Rasa cemburu dengan kebaikan atau ghibtah. Begitu juga bila baginda saw menceritakan kerinduannya pada Ikhwan, orang yang tidak pernah melihat Rasul tetapi beriman kepadanya. Maka sahabat-sahabat sangat cemburu. Lalu berdoa agar dipanjangkan umur untuk moga-moga terpilih sebagai ikhwan. Ada ada di kalangan mereka yang berdoa moga-moga ikhwan itu dari keturunan mereka. Inilah ‘penangan’ cemburu.

Tapi hari ini jarang kita dengar orang cemburu dengan kebaikan orang lain. Cemburu bercampur hasadlah yang banyak. Bila KTS a.k.a. OWC dihigh lihgtkan media massa, ramailah yang cemburu.
Tumpang nak popular sekali. Patutnya jika kerja-kerja menyelamatkan keruntuhan akhlak dan kerosakan masyarakat hasil budaya yang ditaja yahudi, dilakukan oleh satu pihak secara sukarela tanpa bajet khusus dari kementerian tertentu…kena sokong. Kerja kita orang bantu buat, ahlan wa sahlan. Silakan. Ini kalau kita buat kerja kerana Allah. Tak tahulah, cemburu atau hasad yang mendorong serangan-serangan dilancarkan terhadap KTS.

Paling popular cemburu ni perempuan yang belum solehah. Biasa orang kata bila bermadu, ya…. tapi sebenarnya, benihnya dah ada. Bila bermadu, ia teserlah. Sebab tu, Abuya bila tanya dengan Abang Ali Sungai Serai: Enta dah poligami? Poligami bagus, kata Abuya… Ada lawan-lawan. Sambil mengacah-acah empat jari tangan kanannya berdepan dengan empat jari tangan kirinya. Bila berlawan-lawan, keluarlah mazmumah, bila keluar mazmumah, kenallah diri. Baru tau nak fokus penyakit mana nak dirawat. Kalau tak ada cabaran madu, macam sehat, tak sakit. Ye la, tak teruji. Bila diuji, baru tau.

Katakanlah dapat madu yang lebih muda, pandai pula tu. Dah la muda, pandai, cantik lagi. Ada lesen memandu pula. Timbullah cemburu. ‘Ustaz ni, bila drive berbual dengan saya, kita duduk sebelah, sikit pun tak pandang. Bila dia drive, asyik pandang muka dia je. Mentang-mentang dia muda, lawa.’ Ni cemburu yang tak elok. Tak boleh diikut, kalau ikut boleh accident sebab drive sambil nak tenung isteri berbual.’ Kata Nabil,: Lu pikirlah sendiri!’

Tapi, berbeza dengan sahabat, mereka cemburu dengan kisah Syam’un Al Ghazi lalu mengadu pada Rasulullah saw, : Wahai Rasulullah, umat dahulu umurnya panjang, dapat berjuang ratusan tahun. Malanglah kami. Umur kami pendek-pendek, tak dapat kelebihan seperti yang mereka dapat.’ Maka Allah medengar rintihan mereka lalu dihadiahkan untuk umat ini, satu malam dalam bulan Ramadhan yang kelebihannya, jika beramal pada malam itu, nilainya lebih baik dari 1000 bulan beribadah, iaitu lebih kurang 83tahun. Ia cemburu yang baik, hasilnya baik. Bukan sahaja sahabat yang dapat, semua kita kalau bersungguh-sungguh akan dapat hadiah istimewa ini.

Hadiah terakhir yang paling istimewa untuk pemburu Tuhan di bulan Ramadhan ini ialah, Syurga Tuhan yang kekal abadi.
Indahnya tak tergambar oleh mata, tak pernah didengar oleh telinga, tak terlintas di hati manusia. Aku pun tak mampu nak cerita. Apa yang nak, kau akan dapat, dengan penuh nikmat. Kata Abuya, kalau nak minta rasa jatuh dari kapal terbang pun boleh, tapi jatuh dalam keadaan penuh nikmat. Macam mana tu?!! Wallahu a’lam. Kalau nak melawat seluruh syurga dalam satu second pun Allah akan tunaikan, macam mana?!! Wallahu a’lam.

Ok… Ada sambungan lagi sajak-sajak Abuya yang kita ulangkaji ni. Kita sambung kemudian la. Sy Ali dah balik Malaysia semalam. Us Hafiz sampai petang tadi dari Turki. Dengan Tuan Hj Nazif dan keluarga. Aku menumpang ruang tamu rumah Us Hafiz. Nasib baik ada air-cond. Tadi semasa ke soq Hamidiyah dengan Sy Azri dan Sy Zul, panasnya yang amatttt. Macam furun. Kalau bukan kerana urusan tiket Sy Azri dan beli manto (jubah), kami tak keluar. Nasib baik ada air tamar hindi, melegakan tekak.

 

 

Ruang Tamu Rumah Us Hafiz, Ruknuddin, Damascus, Syria
7.21pm Jul 31, 2011
anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s