Dimasyq : Ha ana jai !

Jam menunjukkan 7.40pm bila aku mengeluarkan BB  ni dari beg kecilku kerana azan Maghrib yang telah di’set’ darinya melalui program SalatMK berkumandang menerobos gegendang telinga semua penumpang bas. Saat ini juga bas ekpress Challenge ni pun dah membelok ke kanan memasuki jalan menuju Bandaraya Damascus, ibu kota yang dikatakan tertua di dunia. Tak sampai setengah jam lagi, aku, Sy Azri dan Sy Ali akan sampai ke Mat’am Sehah. Satu-satunya kafe makanan Asia Tenggara milik GISB di Syria. Keletihan di sendi-sendi anggotaku semakin terasa setelah menahan gegaran-gegaran dan hentakan-hentakan sepanjang perjalanan walaupun tak sehebat perjalanan 15jam antara Queeta, Pakistan hingga Taftan sempadan Iran yang aku tempoh 19 tahun lalu. Tapi ketika itu aku masih muda. Macam umur korang. Masih lasak. Tadi, sejak jam 2pm bertolak dari Jerash tanpa menjamah makan tengahari atau meminum seteguk air kerana mengejar masa ditambah dengan menanggung kemarahan dan herdikan AA hingga saat ini, masih belum sampai ke destinasi. Mujurlah bas ekpress ini, walaupun bukan tiket VIP, masih menghidang 2 keping biskut, 1 gelas plastik air minuman dan 1 kotak jus ala-ala bas ekspress di Turki. Walaupun dihidang oleh pramugara bertubuh kecil yang kalut, tapi aku sangat menghargainya lantaran perut yang lapar. Lebih-lebih lagi, dia mengenali rupaku yang selalu ke terminal Challenge di Damascus. ‘Malizi, betroh ‘inda Muhammad? Ila Abun Nur?! ‘. Maksudnya lebih kurang: ‘Orang Malaysian Kau nak pergi rumah Muhammad (Hafiz) di Mujamma’ Abu Nur. Aku mengiakannya je.

Sempat juga ber’BBM’ dengan kawan-kawan dan isteri-isteri sepanjang beberapa jam perjalanan sebelum melepasi border Jordan, memandangkan Syria yang dituju ini tiada perkhidmatan BlackBerry lantaran prejudisnya regim pemerintah dengan apa yang datang dari barat. Tetapi bukan semua perkara dihalang dan dilarang. Setiap yang dirasakan menggugat keamanan atau menganggu pemerintahan, itu sahaja yang akan disekat. Buktinya, budaya yang dibawa oleh TV satelit, dibiarkan bebas.

Pernah diceritakan, seorang wakil kerajaan AS datang ke Syria untuk berbincang mengadakan hubungan dua hala, paling kurang di bidang kebudayaan. Bila masuk ke bandar Damascus, dia berkata kepada pengiringnya: ‘Nampaknya, kita tidak perlu bersusah payah kerana setiap rumah sudah kita masuk’, melihatkan hampir tiada bumbung setiap rumah di sini yang tiada piring parabola pelbagai saiz. Semua rumah ada.

Kalau korang tak percaya, naik bukit/jabal Arba’ien, akan nampak semua bumbung2 rumah berparabola. Itu di kawasan penduduk miskin dan sederhana, yang kaya lagi-lagi lah. Ya, Yahudi dah masuk dalam setiap rumah. Merosak dari dalam. Dengan program-program Tv yang menarik tetapi be’racun’. Hasilnya generasi yang dirosakkan secara evolusi ini, namanya Islam tapi lidahnya yahudi. Tak heranlah orang yang disangka ulama, boleh mempertikaikan bila Dr Azlina kaitkan Tuhan dalam setiap perbincangan di BFM 89.9 baru-baru ini. Itukan jelas pendapat yahudi totok, sekular totok. Sebab itu di era kesedaran Islam yang memuncak awal 70’an ada orang Arqam yang membuang Tv dari atas jambatan Sg Muar. Korang percaya ke ni? Bukan salah TvV.. TV hanya alat. Di tangan si jahat, digunakan untuk aktiviti maksiat. Di tangan para Ikhwan diguna menyebar kebaikan. Tapi mungkin ketika itu orang Arqam itu tak dapat mengawal kebenciannya dengan pengaruh TV kepada diri dan keluarganya, lalu jalan mudah… natakhallas minhu… Campak sungai. Apa reaksi masyarakat… Ajaran sesat, songsang, ketinggalan zaman, ekstrim, tinggalkan dunia…. Bla…bla…bla. Hari ni, hari-hari (ertinya selalu sangat) orang buang bayi, tak ada yang bising-bising kata sesat, songsang dll. Malah usahakan tempat pembuangan….Huh!! Confuse….kalau tiada pimpinan.

TV tak salah. Sapa-sapa pun tengok TV tak salah. Dia benda. Yang jadi salah atau betul. Maksiat atau taat. Dosa atau pahala bukan TVnya tapi program yang disiarkan. Kita tengok tv bukan untuk lihat/tengok/tonton/saksikan fizikal tv, buatan tempatan atau import, berapa inci ukurannya, LCD ke tak. Itu bukan masalah. Masalah sebenar program yang ditayang. Apakah halal atau haram? Tuhan redha atau sebaliknya? Dengan menontonnya makin ingat Tuhan, takut, cinta, rindu padaNya atau semakin lupa Tuhan, tiada sedikitpun menambah rasa takut, cinta, rindu padaNya. Berita-beritanya, adakah semuanya benar atau bercampur aduk, benar dan palsu?

Hiburannya, adakah tiada unsur-unsur maksiat dan menaikkan nafsu syahwat atau memang dirancang secara sistematik utk menyuburkan nafsu?
Drama dan lakonannya, menyuburkan jiwa dan roh penonton atau melalaikan dan mematikan jiwa. Ringkasnya adakah rancangan-rancangan di TV itu dirancang, dibuat oleh orang yang benar-benar ingin mempraktikkan janjinya kepada Allah dalam solatnya: ‘sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Pentadbir sekelian alam.’ Atau mereka yang berjuang demi periuk nasi semata-mata, pedulik apa halal haram…. Dah darurat…? Mudah sangat sebut darurat, paham ke dak?!

Rilex anjang! Jangan marah-marah. Marah tak dapat mengubah sesuatu. Dari mula bas bergerak sebenarnya aku banyak memikirkan Bandar RSA Jerash yang semakin jauh aku tinggalkan. Bimbang dan risau kerana banyak amanah dan tugas yang diberi belum aku sempurnakan. Rasa hebatnya Abuya boleh ‘kuasai’ orang-orang seperti AA. Sedangkan aku rasa boring tahap pertama bila dia menuntut JD15 harga ayam pencen yang dulu dia sebut beri percuma.

Hebat Abuya mampu mentadbir bangsa-bangsa Palestin, Jordan, Mesir, Badawi Jordan dan Ghori hanya dengan remaja-remaja seperti Atiyyah, Khaulah, Adib, Uqbah, Alun, Atikah Azman, Shidah Bakar malah semuda Muhasibi. Mau pula orang-orang Arab ini taat dan patuh kepada orang ‘ajam. Kata Abuya, secara umum dalam Islam, bangsa ada dua sahaja: Arab dan ‘Ajam (bukan Arab). Bukan mudah orang Arab nak tunduk dengan ‘ajam, kerana Nabi saw berbangsa Arab, majoriti sahabat orang Arab. Al Quran dan Al Hadis dalam bahasa mereka. Kita hafal sepatah, mereka boleh sebut bermacam-macam ayat dan hadis. Tapi oleh RSA dalam jemaahnya, mereka boleh taat je. Pelik!!! Macam Khaulah tu, rata-rata pekerja di Mat’am akan menunggu-nunggu bila Khaulah akan adakan pertemuan dengan mereka. Maklumlah, atas tanggung jawab dan tugas dia selalu musafir. Pernah dalam 7 hari bergerak di 7 negara. Fuuh, macamana tu? Bacala blog dia yang sarat dengan rasa-rasa bertuhan. Jadi bila balik ke bandar RSA Jerash, masing-masing menunggu-nunggu, bila la boleh adakan pertemuan. Malah terasa hati kalau bertemu hanya dengan sebahagian dari mereka tidak yang lain. Ada bunga di hati. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Semuda Khaulah itu boleh mengarahkan Hamudeh berlakon dalam video klip GH. Dan Hamudeh yang kalau korang tengok rupanya, macam wajah orang badwi yang ‘keras’ boleh taat berlakon. Ini karamah Abuya. Tapi, kalau diteliti susur galur salasilah, sudah tentu kita faham keluarga Abuya memang keturunan Arab. Malah Abuya pernah katakan, kalau kekallah seseorang dalam jemaah ini, dia sesungguhnya berasal dari samada keturunan Rasulullah saw ataupun sahabat ra.

Kembali kepada persoalan TV tadi, semua kita yakin RSA lah yang akan memenangi peperangan ini. Melalui TV RSA, akan dihidangkan ke tengah masyarakat program-program yang akan mengubah minda, perasaan, roh penontonnya hingga tampak perubahan lahir dari kehidupan manusia biasa kepada kehidupan orang mukmin sebenar. Yahudi akan kalah lagi dalam peperangan Khaibar kali ke 2 ini. Lebih-lebih lagi kita akan memasuki Ramadhan dan menunggu Muharram. Mudah-mudahan puasa kali ini, kita benar-benar berubah menjadi orang bertaqwa. Orang yang didorong segala sikap dan peribadinya oleh rohnya yang sudah pandai takut dan cinta Tuhan. Barulah hasil lakonan kita, nasyid kita, sajak kita, hiburan yang kita persembahkan memberi kesan di hati penonton. Alhamdulillah, Sy Ali dan Sy Azri pun terlibat dalam shooting kali ini. Sy Daud pun dah bersajak dan menerangkan projek Mazra’ah RSA. Tinggal tunggu Sy Omar Zaki dan Ibu Nur Sakinah menyempurnakannya.

Sampai di hentian Challenge Fidaie dah menunggu. Dengan teksi yang drivernya kata, aku bawak kereta macam main atari games, akhirnya sampai juga kami ke Mat’am Sehah, menikmati nasi goreng padprik air tangan Mujahid. Mudah-mudahan RSA mudahkan urusannya untuk berkhidmat di Paris. Di rumah syabab, Fa’ah le pulak kena khidmat mengurut, tak kan nak mengurut Abu ‘Amer dan Cikgu Ibrahim je…

Bakaloni Rumah Syabab, Ruknuddin, Damsyiq, Syria.
4.20am Jul, 28 2011
anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s