Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan ‘seks Islam’

Salam. Kaifal hal? ‘asakum bi khairin. Di kesempatan ini, marilah kita doakan kesihatan Sy Hashim Muhammad mudah-mudahan segera sehat. Kita perlukan pimpinan beliau yang sangat kuat keyakinan dan semangat dalam perjuangan. Mengalahkan remaja. Remaja atau syabab yang kita nasyid-nasyidkan. Nahnu syababul Islam fi kulli waktin wa zaman, nabzulu juhdana lil Islam… inilah antara nasyid zaman belajar di Yayasan Al Arqam. Tapi semuanya tinggal kenangan. Sekarang, kalau ada nasyid Arab pun, masing-masing lagukan lagu Maher Zain. Tak pandai aku. Suara tak power. Yang mudah nak hafal, Baraka Allah lakuma wa Baraka ‘alaikuma fil khair... hehe. Ada soalan teka teki, aku baru cipta untuk korang, sapa nak jawab angkat tangan… tak de respon pun? Ok Us Malek Raswan… beri peluang orang Muktah jawab. Sekarang dah jadi orang Bukit Beruntung. Tak pun Us Fuad Ibrahim, dah di Nogori 9. Ke Kak Dila nak jawab. Tak pun, Ibu Jeera. Cepat le soal… banyak sangat intronya.

Soalannya, apa dia… kalau turun tak nak naik dah, kalau naik tak nak turun dah? Pedia? Sapa dah sampai Bandar RSA Jerash mesti tau jawab.

Punya nak mengatur nafas, perlu 3 ke 4 minit, dengan teknik tai chi Uncle Wong Labuan.

So, macam mana program pelancaran buku SEKS ISLAM PERANGI YAHUDI untuk kembalikan SEKS ISLAM di Gong Kulim? Semuanya ok? Moga-moga semuanya ok. Sini aku dapat tengok gambo je. Nampak gambar Syh Tuan Zul melancarkan buku. Tekan button roket bom yahudi. Dengar cerita SB datang penuh profesional dan pegawai Jabatan Agama yang datang macam nak bergaduh. Cerita tentang pelancaran buku ni, terasa bahang KTS aka OWC
masih terasa. Dari pelancaran di Jordan, di Perangsang Club, di Jakarta, Indonesia. Pro dan kontra di media massa, di blog-blog, di stesyen-stesyen tv dan radio. Malah ia diperkatakan oleh menteri-menteri, dibincangkan dalam Dewan Negara. Lebih dari itu, sebenarnya ia dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.

Pada mulanya, ramai yang nak menjadi hero menentangnya tapi sebenarnya majoriti senyap itulah yang ramai menyokong.


Itulah juga yang terjadi di Singapura. Sebagai anak Johor, dari Bakri, Muar. Singapura tu jiranla. Ramai lagi saudara mara di sana. Kenyataan dari seorang menteri Melayu di sana yang tak akan membenarkan KTS dilancarkan di Singapura amat mendukacitakan. Pastu ada isu antara MUIS dengan pendokong KTS Singapura, sampai tahap nak saman menyaman. Akhirnya tersiar di Berita Harian Singapura jawapan rasmi dari KTS aka OWC, jadi sapa yang belum baca tu, bolehlah luangkan masa membacanya. Maaflah aku tak sempat buat coretan sebab sibuk, ada program di sini dan keluar ziarah. Mat’am pun sibuk soifi ni, 3 hari lepas, sebelum Mat’am tutup, aku menegur 2 orang yang agak berumur tapi berpakaian kot kemas. Rupa-rupanya, melalui pekerja, aku diberitahu, mereka adalah: Menteri Kehakiman Jordan dan Timbalannya. Minum-minum sambil berbincang di Mat’am Abuya di Jordan. Hebat Abuya. Ok, sapa-sapa yang belum baca, silakan. Yang dah baca pun boleh baca, tak de hal…

BERITA HARIAN SINGAPURA

18 Jul 2011

Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan ‘seks Islam’

Oleh
A. Rahman Basrun

KELAB Isteri Taat – atau nama sebenarnya Kelab Taat Suami (KTS)
– yang menganjurkan kaum isteri memenuhi 100 peratus kehendak seks suami tampak
terus diselubungi kontroversi. Terbaru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)
menjelaskan kenyataannya: bahawa ia sebenarnya tidak menganggap KTS ‘menyalahi
ajaran agama’ tetapi sebaliknya ‘berpegang pada pandangan agama yang tidak
menurut kefahaman lazim’ (Muis: Club’s views on wives at odds with most S’pore
Muslims, The Straits Times, 9 Julai).Pun baru tersiar hasil satu kajian yang
menunjukkan kaum lelaki di watan ini secara purata inginkan 3.5 kali lebih
banyak hubungan seks dalam tempoh empat minggu, manakala kaum Hawa inginkan 1.8
kali lebih banyak dalam tempoh sama.

Saya ingat sebulan lalu pojok ini yang
pertama mengulas isu KTS di akhbar ini (Kelab Isteri Taat atau Taat Isteri?, BH,
13 Jun).Jadi, wajarlah di sini juga berakhirnya isu itu – menerusi interviu
eksklusif saya dengan pengerusi KTS sendiri dari Malaysia, Cik Hatijah Aam. Cik
Hatijah, 57 tahun, bergelar Ummu Jah, adalah isteri nombor dua Allahyarham
Asaari Muhammad (juga bergelar Abuya), pengasas gerakan Al-Arqam yang diharamkan
di seberang Tambak. Ummu Jah juga pengerusi eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd
(GISB), kumpulan niaga yang diasaskan beberapa bekas pengikut
Al-Arqam.

PERKEMBANGAN KELAB
Soalan:
Apakah perkembangan KTS sejauh ini?

Ummu Jah:
KTS kini berpusat di Makkah. Cawangan-cawangannya di Jordan, Mesir, Syria,
Eropah (Perancis), Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia dan
Thailand.

Soalan:
Sejak dilancarkan, apakah keanggotaannya terjejas? Kenapa?

Ummu Jah:
Sejak KTS dilancarkan ia telah menerima sokongan besar daripada masyarakat.
Bancian kami mendapati bilangan yang menyokong jauh lebih banyak daripada
bilangan yang menentang.Kenapa mereka menyokong? Suami mana tidak mahu isteri
taat padanya 100 peratus? Ia petanda manusia sudah mahu kembali kepada
Tuhan.

TAKRIF ‘ISTERI TAAT’
Soalan:
Ungkapan ‘taat suami’ terkandung dalam nama
kelab. Bolehkah KTS perjelaskan takrif ‘taat suami’?

Ummu Jah:
Ertinya isteri
memberi ketaatan 100 peratus kepada suami atas perintah Allah swt, dalam keadaan
suami 100 peratus taat kepada Allah. Taat kepada suami dalam semua aspek hidup,
terutamanya komponen seks. Hal ini tidak menafikan boleh berlaku perbincangan
budi bicara, kerjasama dan lain-lain. Namun, keputusan akhir di tangan suami,
selaras anjuran Islam iaitu suami pemimpin manakala isteri dan anak-anaknya
pengikut.

Soalan:
Menurut sesetengah pengkritik, takrif KTS terlalu sempit dalam
menghuraikan masalah rumah tangga. Mereka menyenaraikan faktor lain, seperti
masalah kewangan, salah bimbing anak dan suami tidak menjalankan
tanggungjawabnya.Apakah pandangan KTS?

Ummu Jah:
Mula-mula suami isteri itu
bersetuju berkahwin, ketika kahwin bercinta, tetapi selepas itu kenapa ada
masalah? Sepatutnya orang bercinta apabila ada masalah duit boleh sama-sama
selesaikan. Apabila ada masalah anak boleh berbincang. Apabila bercinta, suami
tentu bertanggungjawab. Menurut KTS, selagi perasaan cinta dapat dipertahankan
pasangan, hubungan kelamin mampu berlaku dengan baik sekali. Hinggakan begitu
bahagia, apa masalah pun mampu diatasi bersama. Soalnya, kenapakah cinta hilang?
Kenapa hubungan seks menjadi kurang dan hambar? Sebab si pemimpin gagal
membuatkan isteri taat padanya. Maka apabila Allah mendatangkan ujian-ujian
hidup berkeluarga, seperti masalah kewangan dan lain- lain, jadilah sebab untuk
berpecah-belah.

KELAB SUAMI SETIA?

Soalan:
Apakah reaksi KTS pada saranan tubuhkan
Kelab Suami Setia sebagai pengimbang kepada KTS?

Ummu Jah:
Oleh kerana KTS jugabertanggungjawab pada mana-mana suami yang gagal, maka cukuplah dengan KTS
saja. Sebabnya, dalam KTS para suami kami lelaki-lelaki bertaraf pemimpin, hidup
bersyariatkan sunah Nabi Muhammad saw. Kelab untuk mereka tidak perlu. Dalam
GISB, para lelakinya dipimpin agar pandai jadi pemimpin. Sesiapa yang ingin
bersama, cukup dengan mengikut program GISB. Pokoknya, apabila manusia kembali
kepada Tuhan, suami setia, isteri taat.

PENUMPUAN PADA SEKS
Soalan:
Sesetengah
pihak tidak setuju takrif ‘isteri taat’ harus menyaingi ‘pelacur kelas pertama’,
seperti yang disebut naib presiden KTS, Dr Rohaya Mohamed. Apakah KTS menganggap
unsur seks sebagai unsur terpenting bagi ‘taat suami’?

Ummu Jah:
Rumah tangga baik ialah rumah tangga Islam. Suami memimpin isteri taat. Apabila berkahwin tentulah perlu ada hubungan seks. Namun, kalau isteri tak ikut Islam, iaitu tidak taat pada kehendak seks suami 100 peratus, sekalipun di atas belakang unta (dalam kenderaan) mengikut hadis, maka suami akan selalu berasa kekosongan dan kecewa. Di situ cinta pun berkurang, lama- lama semakin pupus. Maka ini memaksa suami curang. Untuk penyelesaian, KTS ingin membawa masyarakat kembali kepada Islam. Faktor utama ialah kededuanya, suami dan isteri, mahukan Allah dan Rasul, dan taat kepada kededuanya. Formula ini nescaya membina semula rumah tangga yang sudah gagal.Namun, bagi mereka yang tidak mahu kembali kepada Tuhan, tetaplah seks itu menjadi punca utama masalah mereka.

Soalan:
Boleh tak senaraikan
kegiatan-kegiatan KTS? Berapa banyakkah ia tertumpu pada unsur seks?

Ummu Jah:
KTS sebenarnya berusia 30 tahun – sejak zaman Abuya Asaari Muhammad lagi.
Sepanjang tempoh itulah anggotanya ditanamkan iman dan Islam di hati, melalui
program pimpinan dan pendidikan oleh Abuya. Hasilnya, rumah tangga mengikut
disiplin Islam 100 peratus. Lahirlah pula anak-anak yang dididik dengan Islam
sedari kecil. Sekarang, dengan anggota lama serta anak-anak yang telah
berkahwin, KTS berusaha mempertahankan masyarakat yang tiada penzinaan, buang
bayi dan lain-lain, iaitu dengan program yang membawa ke arah itu. Apabila
masyarakat semakin teruk dengan gejala sosial, maka KTS mengisytiharkan
formulanya untuk dikongsikan dengan masyarakat.Iaitu, bahawa meriahnya rumah
tangga dengan seks Islam adalah jalan keluar bagi menyelesaikan masalah dalam
masyarakat, supaya seks Islam dilaksanakan sepenuhnya. Itulah program utama KTS.
Maksudnya, KTS telah, sedang dan akan memperjuangkan Tuhan dan sunah Nabi. Nabi
dan orang- orang soleh menjadikan seks Islam tradisi dan budaya hidup
mereka.

Soalan:
Ada pihak mengatakan perumpamaan isteri sebagai ‘pelacur kelas
pertama’ melampau kerana pelacur tiada batasan dalam seks berbanding isteri
Muslimah. Ini termasuklah, maaf cakap, seks ‘dari belakang’. Atau, adakah Dr
Rohaya tersilap menggunakan perumpamaan sehingga mencetuskan segala kontroversi
sekitar KTS kini?

Ummu Jah:
Selama ini terdapat pemimpin negara berzina dengan
pelacur, masyarakat tidak tersinggung pun. Mengapakah pula apabila KTS kata tiru
pelacur, supaya suami tidak lari kepada pelacur lagi, ada yang sensitif sangat
lantas diputarbelitkan kenyataan asal. Kami di KTS tidak tersilap sama sekali kerana berkata begitu. Memang, dalam taat kepada Allah dari segi menjalankan
seks Islam, isteri di rumah gagal. Umumnya, menurut banci kami, dia cuma taat 10 peratus saja daripada apa yang Islam perintahkan daripada apa yang suami harapkan. Kalaulah isteri boleh berikan 100 peratus layanan tiada tandingan seperti pelacur, demi keredaan Allah, nescaya rumah tangga bahagia. Namun, KTS tidak bermaksud isteri itu menjadi pelacur, iaitu untuk mencari duit daripada suami. Seks Islam yang 100% itu, tidak dimaksudkan guna dubur. Apa yang KTS maksudkan ialah seks Islam itu ikut disiplin Islam tapi tatacaranya 100% macam pelacur layan selagi halal sehebat-hebatnya. Bukan 10% seperti yang umum isteri Islam berikan sekarang. Sebenarnya kena tiru Nabi dan isteri-isteri baginda. Tapi masalahnya berapa orang yang faham bagaimana ianya berlaku. Tapi bila sebut pelacur orang boleh agaklah. Saya ulangkan sekali lagi, apa yang dimaksudkan oleh Dr Rohaya ialah layanan sehebat-hebatnya untuk seks suami.

Soalan
Ada yang mendakwa penubuhan KIT adalah satu lagi usaha menghidupkan semula gerakan Al-Arqam yang telah diharamkan atau sekurang-kurangnya gerakan sepertinya. Apakah reaksi KIT?

Ummu Jah:
Mengajak isteri taatkan suami ialah mengajak kepada Islam. Arqam disesatkan bukan faktor mengajak kepada isteri taat. KTS mengajak orang taatkan Allah dan Rasul. Ertinya KTS ada unsur menghidupkan (ajaran) Tuhan dan Nabi.

Soalan
MUIS telah mengeluarkan kenyataan bahawa ia ‘tidak bersetuju dengan asas-asas atau matlamat kelab tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh media’. Ia menyifatkan pandangan KIT bahawa layanan seksual yang memuaskan dapat menyelesaikan masalah sosial sebagai sempit, tidak menggambarkan kerumitan rumahtangga dengan tepat dan merendahkan martabat wanita dan institusi keluarga yang dimuliakan dalam ajaran Islam.

Dalam jawapan MUIS kepada teguran KIT pada 9 Julai lalu, MUIS telah menjelaskan kenyataannya tidak melabel pandangan kumpulan itu sebagai ”contrary to Islamic teaching” (bertentangan dengan ajaran Islam), tetapi bahawa “pandangan kelab bahawa seks yang memuaskan adalah penyelesaian utama kepada masalah rumahtangga dan masalah sosial dalam masyarakat adalah satu dongeng dan ia tidak memaparkan kerumitan masalah yang dihadapi oleh pasangan yang berkahwin. Dan bahawa ” satu pandangan yang diambil mudah ini sebenarnya menjatuhkan wanita dan institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang amat di pandang tinggi dalam Islam”.

Boleh tak KIT berikan reaksi kepada jawapan MUIS ini?

Ummu Jah:
Kepada MUIS, KTS nak tanya, kalau lah apa yang disebut KTS itu dongengan saja, kenapa kami boleh dapat perhatian dunia? Mengajak orang beramal dengan agama Tuhan dan Nabi semula, sebagai penyelesaian gejala negatif di dalam masyarakat. Memang akan menerima reaksi beginilah daripada orang Islam yang pro sekuralisma Yahudi ini. Walhal majoriti umat Islam yang mahukan Tuhan sangat menyokong KTS ini.

Soalan:
Akhir sekali, boleh tak beritahu apakah asal usul disebalik penubuhan KIT? Bila dan bagaimanakah ideanya tercetus? Apakah cabaran awal dalam menubuhkannya?

Ummu Jah:
Sebab-sebab penubuhan rasmi kelab ialah untuk mengajak isteri-ister taatkan suami 100% terutama dalam hal seks, yakni melakukan seks Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul. Sebagai jalan keluar kepada masyarakat yang penuh masaalah sosial dan buang bayi. Awalnya menurut bancian kami, umum isteri rupanya hanya melakukannya 10%. Suami-suami mengaku bahawa mereka tak dapat 100%. Cabaran awal, ialah syak wasangka masyarakat yg tidak faham, tiada kesedaran perihal pentingnya manusia taatkan Allah dan Rasul dalam semua hal termasuk melakukan seks Islam di dalam rumah-rumah mereka. Kalaulah rumah mampu melakukan seks Islam, akan lengang dan sunyilah rumah-rumah pelacuran. Sejak zaman Rasulullah dulu hingga kini, inilah cabarannya.

Fuuuh, dah cukup panjang ni. Larat ke korang baca? Itulah Bonda Ummu. Mampu mencetuskan kontroversi dan menjawab segala persoalan. Ingat dia buat sendiri ke atau ada yang mendorong? Mampu ke Bonda buat sendiri? Kalau ada yang rasa mampu macam Razif Bukit Beruntung, silalah. Buat sesuatu sampai semua wartawan datang. Bukan kita pegi kat TV atau mengadu ke wartawan untuk buat kenyataan. Jenis macam tu, bolehlah bertahan 3 hari. Ni dah dekat 4 bulan Beb! Makin panas. Ok, mee goreng dah sampai. Rezki berkat masakan bandar BRSA Jerash. Terima kasih pada Muhasibi dan Imran, bantu bawa rezki dari dapur bandar. Tak larat nak naik bukit. Dah turun, tak naik dah. Dah naik, tak turun dah… Homestay riadhah. Fat burner…program untuk slim cara selamat.

Ikhwan Homestay Jerash
9.53pm Jul 24, 2011
anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

3 thoughts on “Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan ‘seks Islam’

  1. salam puan. sy peminat setia puan. bgaimana sy nk beli buku seks islam, perangi yahudi untk kemblkn seks islam kpd dunia. sy di manjung perak. Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s