merajuk… vatican vs GISB

Salam. Kabo korang semua? Sehat naa? Aku ok je. Penghuni Homestay ni pun semua macam ok je. Sy Azri dah ok. 2 hari tak sehat, balik ziarah rumah bekas menteri. Pagi esoknya macam nak muntah. Yang pelik, bila Sy Daud beri dia air Abuya, baru sua kat mulut, rasa mual nak muntah bertambah teruk… Bila minum je, tak dan apa… Berlambak kat bilik air, muntah segala-galanya. Sah bukan sakit biasa. Mudah-mudahan ok. Doa dan tawassul juga buat Sy Hashim Muhammad yang masih sakit di KMC. Semoga segera sembuh. Atk. Yang lain di sini ok je. Us Wan Acheh ok. Sehat, semalam baru tunjuk skill main nan cha ko. Sy Ali Sodiqin sehat dan ceria. Baru sampai semalam, kesian dia kena tunggu berjam-jam di Airport. Ceria khosatan ba’dama tazauwaja as thalithah, syaabah min Sarawak. Yang paling ceria tentu Sy Zulkhairi Othman, Zai dan Suhaimi sebab jam 6.30 terbang ke KL. Sy Salleh, Sy Kadir, Azam Sy Nik, Ibu Tim dan Hafiz ke Turki. Solehin pun ke Turki dengan familynya tapi dah balik. Member senasib di Pelubang 5 tahun sudah, Sy Isnil dah sampai Mesir. Tersangkut beberapa hari di Bangkok. Sy Anuar dah sampai kampung dia di Perancis.

Malaysia ok ke? Kat Malaysia isu bersih macam kurang panas dah, isu bekas Arqam tuduh GISB larikan isteri bertahan 3 hari je. Isu cincin Rosmah, pembangkang suka sangat. Lebih lagi bila disebut ia hasil wang simpanan sejak kecil. Boleh percaya ke? •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Isu yang paper tak highlightkan, ketua negara Islam (bagi ramai umat Islam, Malaysia adalah negara Islam contoh), diiringi menteri bahagian Agama dan ulama melawat Vatican dan secara rasmi menjalin hubungan Malaysia-Vatican. Sapa mengadap sapa? Patutnya yang mulia dikunjungi. Bukan mengunjungi. Mungkin juga yang dikunjungi lebih ‘mulia’. Dalam post yang lepas, aku cadangkan ikut nasihat Norzah Kepol, berbincang dengan orang-orang GISB demi kebaikan negara, tapi diaorang nak bincang dengan Vatican. Terpulanglah… Nak jatuh setandan ke? Ulama PAS sokong Ambiga, Ulama UMNO dok pegi mengadap Pope.

Susah nak cari orang yang betul-betul hendakkan Tuhan macam Abuya. Sebab tu yang sayang Abuya, sanggup ikut sampai mengadap Tuhan.

Contohnya orang lama, banyak jasa dalam jemaah, tawadhu’, kalau tak silap, anak murid Abuya dari Sg Leman lagi, baru sahaja pergi menghadap Allah pada 16hb Julai yang lalu. Ust Maulana Yunus. Al Fatihah. Namanya Yunus, maulana tu gelaran je. Anaknya Akasyah kawanku ketika di Pakistan. Lebih muda dariku. Pandai berniaga. Moga-moga rohnya bersama para auliyak dan solihin. Banyak jasanya pada jemaah khasnya bab-bab kebajikan dan perkahwinan. Dalam nak menyatukan dua pengantin mengikut strategi Islam, kepentingan perjuangan, banyak peristiwa pahit manis dia hadapi. Kena marah, kena herdik, kena hina. Kena kejar. Ada yang mengamuk nak tetak guna parang. Rasa ralat juga tak sempat catatkan pengalamannya sewaktu bersama-sama dengannya di Labuan ketika beliau melatih remaja bersilat.

Bab remaja ni, boleh tak hari ni kita bincang tentang merajuk. Ya tajuk yang baik rasanya. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Korang pernah merajuk? Tak pernah? Ye ke…. Cayaaaa la!!! Langsung tak pernah….? Boleh percaya ke? Aku tak tau la, macam tak boleh percaya je sebab aku kaki merajuk. Pulak tu, katanya orang Johor jenis kuat merajuk. Syed Hussin Al Attas yang cakap. Onn Jaafar tu, dia yang tubuhkan UMNO, bila idea dia nak buka keahlian UMNO kepada non Malay tak diterima, dia merajuk, keluar UMNO. Aku biasa merajuk, malu nak sebut beb, tapi itu hakikat. Bila gaduh dengan adik, mak menangkan adik…. Merajuk. Diam. Tarik muka. Masam. Muncung panjang. Protes, tak mau makan. Lagi mak marah. Sebenarnya merajuknya berapa kategori? Cuba korang cerita sikit! Ala… Hantam aja, salah betul bukan ada hadiah…

1. Kategori budak-budak

Bila yang dikehendak tak dapat, atau ketika main kena marah. Pecahkan cawan kena marah. Mulalah merajuk. Lari masuk bilik. Duduk tepi katil. Sorok belakang langsir. Menangis sebamkan muka ke bantal. Tak nak makan, tak nak minum. Hati pedih, rasa semua orang tak sayang. Hati harap ada yang pujuk. Mak aku nak pujuk? Tak dak la… Bawak puntung api lagi nak cucuh… Ha, nak mintak simpati abah. Nak kena libas dengan talipinggang. Bagus, mak abah tak beri muka. Baru aku tak naik tocang. Tapi hati, memang pedih sangat.

2. Remaja Merajuk

Macam-macam sebab remaja merajuk. Korang lebih tau. Time remaja kadang-kadang aku terbawak gak merajuk. Kalau ada sebab, kalau tak merajuk aku mengamuk almaklum ada darah bugis dan jawa, contohnya: kena paksa sangat, aku merajuk gak. Sebab tak larat. Pernah masa ke Singapore dengan Syh Lah Ariffin, cari barang-barang untuk projek silk screen. Aku ada penyakit lemah kaki, lenguh-lenguh. Masa kecik, nak tido malam, mak kena picit-picit sampai tido (terima kasih banyak mak)Sekarang nampaknya diwarisi oleh Tiyah dan Ala’. Anak-anak Ju macam ok je. So, tak larat jalan jauh, bila terpaksa jalan jauh-jauh macam tu, ikut Syh Lah, dia tinggi pulak, langkah panjang…mulalah datang perangai merajuk. Masa di Mesir pun macam tu, bawa jalan Sy Inaam, aku senior sikit, dia baru sampai dari Pakistan ke Mesir. Dia mintak bawa ke tempat-tempat perniagaan di Hussain dan Atabah. Aduhhhhh, penat gila. Dia panjang langkah, aku ni pendek, Semua tempat dia nak masuk. Belinya dak. Al maklumlah, bisnesman. Datang le perangai merajuk. Buat malu je, dah beso nak merajuk… Remaja bercinta lagi suka merajuk, kadang-kadang ber’cinta’ dengan adik angkat je… Tetiba, adik angkat kena tackle Ustaz muda, Pergh, merajuk mengalahkan cerita hindustan… Lagi lah kalau terlibat cinta monyet, merajuk mengalahkan monyet. Ala test market je, pujuk sikit…cair balik. Merajuk untuk amik perhatian.

3. Kategori baru kahwin

Macam-macam sebab isteri nak merajuk. Suami balik lewat merajuk. Balik, isteri ajak makan tak mau sbb dah pulun mee goreng mamak dengan member, merajuk lagi. Muncung bibir. Suami lupa birthday’s gift. Masam muka. Suami pula, bila isteri tak angkat call, naik hangin dan merajuk. Bini dok sibuk dengan anak je, mula le merajuk.

4. Kategori isteri bermadu

Bila suami tersilap panggil, nak panggil yang pertama, terguna nama isteri ke 2. Fuhh, merajuk. Sampai hati, sampai lupa nama kita… Bla…bla… Bila bergegas sangat nak ke rumah/ke bilik isteri kedua bila sampai giliran… Merajuk… Kat kita tak macam tu pun, kat dia… Nak cepat je gi… Suami tak tanya kesihatan dia dan anak-anak, mulalah merajuk. Siapalah saya. Menumpang. Orang jahat. Abg lebih sayang orang lain, bla… Bla… Bla…Bila tak dipujuk, tak dipuji, atau suami malas hantar power, mulalah delete contact bb, delete contact ym, tak balas sms dll. 😀 ªkªkª =D ªkªkª =)) ªkªkª . Kemuncaknya lari dari rumah. Boleh cepat tua laki.

5. Orang Tua Merajuk

Anak-anak tak balik raya, merajuk. ‘Asyik balik rumah mentua je’. Balik sekejap sangat, pun merajuk… ‘Baru nak gurau dengan cucu kok nak balik, kejap sangat.’ Anak tak makan bila dah masak, merajuk. ‘Dulu ko, bukan main suka makan ni… Sekarang kok, tak bertambah.’ Balik tak bawak cucu kesayangan pun boleh merajuk. Hai, macam-macam sebab boleh merajuk.

6. Merajuk Ustaz-ustazah

•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Jangan marah! Ada ustaz/ustazah, bila orang tak address nama dia dengan Ustaz atau Ustazah, merajuk. Ungkit-ungkit, tak nak isi program. Mengelak bila jumpa. Kadang-kadang, salam pun tak jawab.

Ada yang merajuk sebab murid tak cium tangan, •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Yang tu dia harapkan sangat, tetiba tak berlaku, merajuk. Hee huduhnya.

Aduhhh. Banyaknya cerita orang merajuk. Sebenarnya merajuk ni apa? Merajuk ni confirm mazmumah. Ia hakikatnya dari seorang yang ada ego tapi penakut. Ego, tapi tak berani betul-betul melawan, lalu protes dengan macam-macam perangai untuk mengambil perhatian. Untuk meluahkan perasaan. Rasa diri bersih, diri mulia. Diri tak patut di zalimi, tak patut dihina. Hakikatnya ego. Orang ego musuh Allah. Si ego, tak dapat cium bau syurga, sedangkan baunya dapat dihidu sejauh 500 tahun perjalanan.

Sedangkan kita hamba, kita dari tanah, kita dari air mani. Kita sangat lemah di semua sudut. Tak mengapa kalau Allah hinakan kita melalui mulut orang lain. Hakikatnya Allah yang hina kita, cuma Allah izinkan melalui mulut atau sikap orang. Kita hamba, hamba kena rasa hina. Hamba kena rasa hamba, tak boleh rasa tuan. Lebih-lebih lagi tak boleh rasa diri Tuhan!!.. Orang merajuk ni tak kuat jiwa, terikat dengan sikap dan perangai orang, patutnya tak payah hirau apa orang kata, apa orang lakukan pada kita. Yang nak dirisaukan apa Allah kata, Apa Allah nak!

Abuya lebih suka seorang yang agak kasar, kurang berdisiplin tapi berani dari seorang yang nampak berakhlak, lemah lembut, tapi asyik nak merajuk je… Ok.. Jumpa lagi. Berhentilah merajuk… Kata mak aku, nanti cepat tua…

3.09pm Jul 20, 2011

Ikhwan Homestay Jordan,

anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

2 thoughts on “merajuk… vatican vs GISB

  1. tk atas segala yg di tampilkan,

    merajuk dan pujuk dua perkara yg berbeza namun kepada yg merajuk pastikan ada yg nak pujuk kalau tidak buang masa je merajuk2 ni…dulu kita tengok Dr Mahathir pun merajuk, sekali masa zaman Tungku rahman dan sekali lagi dlm perhimpunan umno..Tapi kena gayanya ada yg pujuk dia, kira menjadi…satu percubaan yg baik jugak laaa..

    org yg memujukpun banyak peringkat mengikut kepentingan masing2…cuma kat sini tak sempat la nak tulis, kalau nak tahu kena mengadap dan bawa hati yg lurus kerana takut ada yg teruji dan merajuk pulak…

    dlm jemaah juga banyak yg merajuk tapi tak semuanya Abuya pujuk…tapi Abuya pujuk sebab nak selamatkan iman, PUN BEGITU ADA YG AKHIRNYA tak kenang budi dan sepak balik, macam2 ada…

  2. ana suka statement ni…Abuya lebih suka seorang yang agak kasar, kurang berdisiplin tapi berani dari seorang yang nampak berakhlak, lemah lembut, tapi asyik nak merajuk je…Atk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s