Ramadhan Karim

Salam. Semoga dalam rahmat Tuhan semuanya. Hari ini semua diuji. Melihat keluarga orang diuji pun satu ujian. RSA bantulah kami semua. Beberapa hari lagi, semua umat Islam akan diuji. Ya Ujian Ramadhan. Mari kita sembang-sembang tentang Bulan Ramadhan. Tentang bulan puasa yang dah nak tiba. Bulan ujian. Bulan peperiksaan. Kena sebut-sebut. Baru ada rasa di hati. Lagipun dah dekat. Tak kan biarkan, tak bual-bualkan. Macam kezahiran Imam Al Mahdi, kena selalu sebut sebab dah dekat. Ada orang kata, cakap dah dekat, tapi tak muncul-muncul pun. Ia dekat dinisbahkan dengan lamanya umat menunggu, sudah lebih 1000 tahun. Begitulah Ramadhan dekat, sebab dah berlalu lebih 10 bulan, tinggal beberapa hari sahaja lagi, akan muncullah Ramadhan.

Tentang rukun, syarat, sah, batal, fadilat, kaifiyat puasa tentu korang dah masyi (ok). Dah expert. Anak pejuang, Fardhu Ain kenalah ok. Fardhu Ain kena masyi, mantap sebelum baligh lagi, sebab bila baligh dah wajib amal, bukan baru nak belajar. Hari ni, ramai yang dah 40, 50 tahun macam belum baligh. Fardhu Ain tak lepas. Ilmu dunia bukan main expert, bangga lagi. Cakap orang putih siap slang lagi. Betul-betul macam Mat Saleh. Fardhu ain out. Korang tak percaya, cuba tanya, puasa wajib ada berapa jenis. Ramai yang jawab, puasa Ramadhan. Fullstop. Tak reti nak sebut yang lain-lain: puasa nazar, kaffarah, qadha’… Sebab apa? Sebab baru nak baligh.

Ok gak, memang tak belajar. Salah dia tak belajar. Lebih-lebih lagi malang, anak-anak yang belajar agama. Duk kat luar negeri, Jordan ke, Syria atau Mesir. Tanya bab puasa, tak boleh jawab. Pernah ponteng puasa? Dah qadha’? Fidyah tu apa? 1 cupak tu berapa gram? 1 Gantang tu berapa dalam metrik? Apa beza antara fajar sodiq dengan fajar kazib? Bayar fidyah dengan wang boleh ke? Apa tu pertemuan dua khitan? Suami isteri berhubungan jenis di siang Ramadhan, adakah kedua-dua kena kaffarah? Perempuan yang tidak berpuasa kerana takut kering susu untuk anaknya wajib qadha’ sahaja atau fidyah sahaja atau keduanya. Boleh ke mengucup isteri di siang Ramadhan? Apa beza antara syarat sah dan syarat wajib puasa. Dan macam-macam persoalan lagi. Kalau tak tau, alamat kena buka kursus intensif fardhu ain puasa. Kita kan nak perjuangkan Tuhan dan syariatNya, kenala masyi hukum hakam ni…

Aduhhhh, bab lain masyi. BB faham betul. Tau nak bbm, nak guna auto text, hantar gambar, file, voice note, sempat bercinta monyet lagi. Amik gambar, video, upload ke you tube, surf internet, scan bar code, hantar boardcast, entah apa-apa lagi. Bab puasa, malas ulangkaji.

Yang kita sebut tadi masih mudah. Ada yang lebih susah. Nak puasa macam Abuya puasa. Ini lagi payah. Sudut lahir pun dah ramai yang kantoi. Kongsi-kongsi la sapa yang tau, khususnya anak-anak YBM AFT. Abg ke? Dad ke? Sy Inaam ke? Ibu Ju ke? Abuya biasanya sahur berapa jam sebelum Subuh. Kalau tanya pukul berapa, takut ada yang keliru. Maklumlah di sini agak berbeza. Sekarang Subuh di Amman jam 4.04am, Maghrib jam 7.44pm. Kata Ibu Rohaya, di Paris nanti Subuh dalam jam 2am, Maghrib jam 10pm. Aduh…. Cabaran. Panjang tu masa kena posa. Pulak tu kat Eropah. Atk.

Yang zahir-zahirnya, kita tengok A, waktu buka. Abuya mula baca doa buka puasa, selepas habis azan dan baca doa azan. Orang awam biasa, azan je terus doa buka… Apa lagi… Belasah!!! Pastu yang azan, Abuya pesan; azan rengkas-rengkas. Jangan le masa tu ko nak tunjuk skill azan bertarannum ko. Penuh dengan hijaz, bayati, nahawand, jawabul jawab… Tak payah… Rengkas-rengkas je. Lagilah Ajwad dan Mamat kat Paris tu, dah le lapo 20 jam, kalau ko tarik azan macam kat radio Jordan, alamat Sy Anuar habiskan semua buka yang orang Turki tu siapkan. Pernah buffet di sebuah hotel, bila mula azan. Aku cuba ikut Abuya, aku tengok semua yang duduk di keliling aku, tak berani nak buka. Pegang kurma, tapi mata semua tengok orang Abuya. Dah azan tapi orang Abuya tak buka lagi, tak berani nak buka. Mereka lebih yakin dengan orang Abuya. Tak percaya dengan tv. Walhal memang dah masuk waktu. Depa bukan tau, aku ikut disiplin atau adab-adab berbuka Abuya.

Pastu buat apa? Kalau di Labuan dulu, Abuya berbuka dengan tamar, minum air pastu terus solat Maghrib. Lepas Maghrib (wirid dll), kadang-kadang Abuya minta kami sambung makan-makan bubur atau kuih muih baki buka tadi. Lepas tarawih nanti, baru makan malam. Bincang-bincanglah ikut kesesuaian tempat masing-masing.

Di bulan Ramadhan, banyakkan baca Al Quran. Bukan rebutkan untuk khatam tapi ada 2 tujuan: 1. Baca tadarus, seorang baca, yang lain semak. Kalau salah, betulkan on the spot. Tujuannya untuk betulkan dan kemaskan bacaan. Pejuang kena kemas bacaan, jangan macam muallaf je. Wahabi memang teruk aqidah dan syariat mereka tapi bacaan Al Quran lebih fasih dari kita.

2. Baca dengan terjemahan. Tujuannya untuk lebih menghayati makna dan mengambil pengajaran. Boleh juga digabungkan kedua-duanya sekali. Yang penting ada ketua yang lebih mahir dari yang lain.

Sembahyang tarawih, buat rengkas-rengkas. Bukan laju-laju sampai mengah makmum. Yang tua-tua tak larat ikut, yang muda dah hilang rukun tomakninah. Tapi cari ayat yang pendek-pendek. Pejuang banyak tugas, amalan wirid zikir yang perlu ditunaikan pun banyak. Nilai-nilailah. Jangan berlama-lama. Pastu Abuya pesan, jangan banyak keluar di bulan puasa. Bila perlu sahaja. Banyakkan doa, taubat, selawat dan sedekah. Kena usaha jadi murid yang baik, kenalah cuba contohi Abuya di semua hal.

Meniru yang lahir ni sebenarnya masih mudah dibanding mendapatkan rasa-rasa. Abuya ajak kita merasakan kedatangan bulan ini, bukan seperti bulan-bulan yang lain. Rasa tu di hati. Cubalah paksa-paksa. Dengan bertawassul. Mudah-mudahan Allah kasihan. Lalu dianugerahkan, rasa. Rasa besarnya, agungnya, mulianya Ramadhan. Macam orang ke Mekah, takkan sama rasa orang ke London. Susah gak kalau cakap dengan orang yang tak pernah ke Mekah dan London. Atau macam orang masuk bazar Ramadhan dengan orang ziarah maqam, rasanya tentu berbeza. RSA bantulah kami mendapatkan rasa-rasa ini!!. Payahnya. Untuk menulis pun susah. Apalagi untuk mendapatkannya. Nanti kita cuba tulis lagi, banyak sangat pengalaman berpuasa zaman pelajar Arqam, berbuka makan bubur kacang dengan bersudukan daun nangka. Ossd/ord di Kampung Manjoi, Ipoh dalam bulan puasa… Dan lain-lain…Oh zikrayaaat….laita ta’ud syababi yauman.

Ikhwan Homestays, Jerash, Jordan

5.38pm Jul 18, 2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s