Panas… Panasss… Soifi yang Panasss

istana RSA

Qasr RSA

Salam. Moga sehat dan ceria. Gigih melawan nafsu, membina syakhsiah diri dengan menghayati ibadah agar ia berbunga dan berbuah, demi menjadi bahu-bahu yang memikul di dalam perjuangan ini, bukan hanya mata-mata yang memandang. Lebih-lebih lagi mulut yang hanya pandai berkata-kata, atau menghamburkan umpat, fitnah, adu domba, maki dan cerca. Yang merupakan najis-najis maknawi dan rohani, perosak hubungan sesama manusia.

Angin panas, bahang musim soifi dah mula behembus sepoi-sepoi bahasa, kadang-kadang agak kuat menerjah pepohon di mazra’ah Abuya di Jerash. Terliang liuk dek terjahan angin ranting dan daun zaitun yang menguncup menahan terikan matahari. Pokok-pokok anggur dengan gugusan buah-buahnya yang menanti masak di bulan puasa ni, sangat mengasyikkan.

‘Siapalah manusia ini…. Siapalah manusia ini… Kejadian pertama, dari tanah… Hinaaaaa.’ Tempat pijakan seluruuuuuh haiwan yang melataaaa.’ Entah berapa kali kuulang-ulang, menjerit2 di wadi dekat mazra’ah… Kadang-kadang lebih kuat dari suara badwi menghalau kambing biri-birinya di jurang gunung sebelah sana. Kicauan burung, kadang-kadang dah kurang menarik bila memikirkan sajak yang belum dapat ku hafaz sejak semalam. Anak-anak di sini sudah hampir semua shoot aksi mendeklamasikan sajak masing-masing. Aku je yang ketinggalan, banyak dosa dan dah berusia.

Musim panas yang membawa bahangnya di Jerash ni, panas lagi Saudi kata Us Wan Acheh yang sampai semalam. Hinggakan padanya, di sini masih sederhana. Mandi masih terasa dinginnya. Ya, panas di Saudi melebihi 40 C. Sebenarnya, Malaysia pun panas, panas dengan aksi-aksi penganut demokrasi yang bermacam-macam gaya. Kenapa aku katakan penganut, kerana dah dijadikan demokrasi itu macam agama. Dijadikan cara hidup. Agama itu cara hidup. Itulah keutamaan, dipandang besar, banyak difikirkan, banyak diperkatakan. Politik… Politik… Politik….

Sedangkan sah-sah dah kena tipu Yahudi. Yahudi ni bukan pandai sangat. Memanglah Abuya kata mereka cerdik, pandai tapi Abuya jelaskan itu hanya kerana keturunan mereka asalnya orang baik-baik, dapatlah keberkatan. Orang yang dapat berkat, belum tentu dapat rahmat. Sedangkan yang dapat rahmat je yang selamat. Tapi Abuya juga jelaskan dalam menentang kebenaran, mereka bukan pandai sangat. Mereka hanya menterbalikkan arahan Tuhan dan Rasul saw.

Apa sahaja perintah Tuhan kepada umat Islam, mereka akan usahakan seluruh umat Islam berbuat sebaliknya. Korang tengok dari perkara kecil sampai besar, dia songsangkan. Inilah yang sesat, songsang tapi tak de sapa nak sebut. Allah suruh ‘sami’na wa ato’na’, yahudi ajak ‘sami’na wa ‘asoina’, Rasul saw suruh buka puasa (ramadhan dah dekat ni) atau mulakan makan dengan buah-buahan, yahudi ajar sebaliknya, diakhiri dengan buah-buahan… Cuci mulut katanya. Nabi ajar suap makanan tangan kanan, yahudi ajar, pegang pisau tangan kanan, suap tangan kiri. Rasul saw ajar, nak buat apa kebaikan pun mulakan dengan kanan, jalan umpamanya. Yahudi trained, kawad tentera pun mula kiri baru kanan… Kiri, kanan, kiri, kanan… Tak sapa berani ubah. Islam ajar, bila nak address orang dalam majlis, secara umum lelaki didahulukan. Yahudi songsangkan, ladies and gentleman.

Dalam Islam, ramai dan sedikit tidak menentukan kebenaran. Yang benar tetap benar walaupun sedikit pendokongnya, yang batil, sesat, salah, songsang, kafir, dll tetap salah walaupun ramai pengikutnya. Malah dalam sejarah pejuang kebenaran itu selalunya sedikit.

Allah sendiri sebut dalam Al Quran:
وقليل من عبادي الشكور.
Sedikit sekali di kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur. Ertinya, ramai yang tak bersyukur. Yang bersyukur tu sikit, itu yang benar. Bacalah sejarah, jangan dok kata orang buta sejarah, sendiri tak nak baca. Sapa yang buta.? Pengikut-pengikut Nabi semua minoriti. Bukan majoriti. Tetapi mereka sangat kuat hubungan dengan Allah, lalu Allah bantu mereka.

Tapi oleh Yahudi, diajarkan sistem demokrasi. Yang ramai itu benar. Yang sikit itu salah. Majoriti itu benar, minoriti itu salah. Maka jika ada majoriti, dia layak menang, kerana dia benar. Manoriti, kamu sedikit. Kamu kalah sebab sedikit bukti kamu salah. Berakar umbilah dalam pemikiran dan hati umat Islam, kita kena pejuangkan Islam cara ini. Dah tak de cara lain. Kena ramaikan ahli. Tak kualiti pun tak pe. Kena kumpul ramai-ramai, tak dapat premit pun tak pe. Ramai tanda kuat. Campur lelaki perempuan, islam kafir, fasik, munafik, solat ke tak, semua tu tak jadi hal. Yang penting ramai. Ramai tanda kuat, tanda bersatu… SAPA AJAR? Yahudi… Yang dikatakan ulama pun terbabit…

Sedangkan Allah berfirman:

تحسبهم جميعا وقلوبهم شتى.
Kamu sangka mereka bersatu sedangkan hati-hati mereka berpecah belah.

Bersatu ikatan hati dan fikiran, walau berjauhan fizikal. Aku di Jerash, Jordan, Zailani di Perth, Australia dikira bersatu kalau cukup syaratnya dibanding kalau hanya berkumpul ramai-ramai walaupun depan kaabah, masih tak diiktiraf sebagai bersatu dalam Islam, itu baru berkumpul. Apalagi kalau atas nama demokrasi tajaan yahudi. Itu cuma berkumpul. Inilah yang aku katakan kat Malaysia lagi panas. Demokrasi dah nak jatuh setandan, baik pembangkang mahupun kerajaan, macam pemimpin negara-negara sosialis yang berjatuhan satu persatu di Afrika utara dan timur tengah. Bila suatu sistem jatuh, segala yang bergantung bawah sistem itu akan jatuh sekali.

Sekarang sistem Tuhan sedang menuju kekuasan. Islam akan kembali gemilang diterajui oleh RSA. Janji Rasulullah saw pasti berlaku. Kemenangan Islam yang hakiki adalah muktamad. Yahudi dan segala ideologi dan sistem ciptaannya sedang menuju kemusnahan.
Kalau PAS tak percaya, nak juga perjuangkan Islam melalui demokrasi. UMNO tak yakin, nak pertahan kerusi masing-masing hingga sanggup agama di hina, aku tak heran. Sebab keyakinan milik Tuhan. Dia boleh beri pada siapa yang dia kehendaki. Dia boleh tarik balik dari siapa yang dia mahu. Cuma sedikit kekesalan bila ada orang yang dahulunya dalam jemaah kebenaran tetapi cuba menganggu perjalanan jemaah ini bila kehendak peribadinya tak ditunaikan.. Kata Abuya, kalau tak akan ada sesiapa mampu menghalang perjaanan jemaah kebenaran. Rasulullah saw bersabda: لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين على الحق لا يضرهم من خالفهم حتى يأتي أمر الله.

Tak payah terjemahlah. Ko orang mesti dah tau maknanya. Kata Abuya, kalau jemaah ni bukan jemaah kebenaran dari zaman Akbar Anang dah hancur. Mereka yang buat panas dalam jemaah ni tak baca sejarah juga ke. Atau rasa lebih hebat dari bekas PM Malaysia yang nak hancurkan jemaah, jemaah tak hancur dia yang jatuh. Tapi dia jatuh, akhirnya mencium tangan kebenaran. Ada orang yang di dalam kebenaran, banyak sangat yang dia tak puas hati, komen sana, komen sini. Komplen sana, komplen sini. Tapi tak berusaha membaiki, Tuhan tarik nikmat berjemaah. Tiba-tiba cuba menghancurkan jemaah. Nampak sangat tidak belajar dari sejarah. Panas… Panas…soifi yang semakin panasssss.

Ikhwan Homestay, Jerash.
7.24pm, Julai 11, 2011

Advertisements

One thought on “Panas… Panasss… Soifi yang Panasss

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s