Boleh ke bersih/sucikan najis? Surat Terbuka Utk Malaysia

Pertanian di BRSABH

Pertanian di BRSABH

Salam. Apa khabar korang semua? Sini 6pagi, di Malaysia tentu dah 11 pagi. Ok ke Malaysia hari ni? Khususnya KL. Korang tak nak kongsi langsung dengan anjang… وشوقاه !!!ه Oh rindunya… Lebih-lebih lagi tengok gambar-gambar perhimpunan BERSIH. Apa nak jadi Malaysia? Macam huru hara je KL. Sy Fikri pula kata kat Australia pun depa berhimpun depan konsul. Di internet, ada gambar Anwar Ibrahim dan body guard, macam berdarah-darah je body guard dia tu. Sia-sia je kerja Anwar ni. Apa taknya, Abuya dah cakap, ‘Anwar tak akan sekali-kali dapat kerusi PM’, akur je la. Tapi masih nak gak. Apa la?! Libatkan orang lain… Berapa ramai yang susah. Jam manusia, jam kereta. Aku tengok ribuan kereta jam di pondok tol. Kalau le aku dalam wira En Salim, 1.3 manual WEG 8494, tersangkut kat jam tu, tentu mujahadah tahap merah (mujahadah ni ada tahap ikut warna lampu ke? •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ ) sebab apa mujahadah? Sebab biasanya isi petrol ngam-ngam, kalau dah jam macam tu, mau habis minyak. Menyusahkan orang betul. Ada majlis kahwin dengan jemputan 1000 orang, yang datang cuma 500 orang, membazir beb!, peniaga-peniaga biasa bisnes ok, hari tu teruk. Pelancong-pelancong lagi, sangat tak selesa. Anwar… Anwar…

Pastu, Abuya dah kata, Anwar akan jatuh terhina, ye la, diusia senja begini, sebaiknya menghalusi ibadah, menyiapkan diri bertemu Robbul ‘Izzah (bukan Izzah anak dia), banyak bertaubat, pergi ke Mekah. Banyakkan tawaf depan Kaabah macam yang disarankan bonda Ummu Jah. Ini tak, dok cuba nak BERSIHkan politik Pilihanraya yang memang dirty game. Terhina sangat…politik ni, sapa yang lebih dirty, dia le menang. Korang tau tak? Yang boleh dibersihkan ni dalam feqah, benda yang muntanajis atau yang kena najis seperti kaki terkena najis, asalnya suci, kena najis… Bolehlah disucikan dengan air mutlak. Maka sucilah diaaaaa. Pergh macam baca kitab tua. Yang dah sah-sah najis, dah asalnya najis, mana boleh cuci? Boleh ke korang amik taik kering, jirus dari atas guna air mutlak, taik tu boleh suci??!. Atau amik kulit babi ke, ko pegi samak, sampai 7 keturunan dan lebih pun tak akan suci. Politik Demokrasi ni memang asalnya dah kotor, asalnya najis, sampai bila pun tak akan bersih. Tapi pelik, ada seorang ulama, pakai serban lagi nampak dalam gambar, macam termengah-mengah, pakai baju kuning, sanggup jadi pengikut Ambiga. Apa nak jadi Malaysia. Tapi, ada jawapan yang aku dapat. Aku nak kongsikan. Petang semalam ghalit baca blog Abuyaghaib. Jumpa surat terbuka untuk Malaysia. Hah ni aku dah masukkan, atau korang boleh surf sendiri. Ghalit sampai tak perasan Us Wan Acheh dah sampai tepi meja aku di Mat’am Qasr Lubnan ni, dari Madinah. Ahlan wa Sahlan Us Wan, antara warga Acheh yang selamat dari Tsunami.
Baca jangan tak baca…

SURAT TERBUKA UNTUK MALAYSIA
Assalamualaikum Malaysia,
Bagaimana keadaanmu sekarang setelah kepergian Abuya ke negara seberang?
Selama ini engkau cukup kuat dan hebat karena Putra Bani Tamim (PBT) bersamamu! Engkau menjadi negara Islam kebanggan dunia sehingga dilantik menjadi ketua OIC. Padahal bukan mudah untuk negara-negara Arab itu menerima negara ‘ajam’ sebagai rujukan. Faktor yang sebenarnya adalah karena engkau adalah lokasi utama dimana akan terjadinya jadual Allah buat dunia akhir zaman.
Pemimpin yang akan menjayakan jadual Allah itu, Allah lahirkan di bumimu, Malaysia. Untuk itu Allah pindahkan roh Ka’bah ke Malaysia, untuk dipakaikan kepada roh PBT, pemimpin paling ajaib di zamannya. Bersama Ka’bah Rohaniah yang menjadi power umat Islam sebenarnya itulah maka kamu Malaysia telah mendapat kebesaran-kebesaran itu.
Tapi, kini rohmu tiada karena telah dikembalikan ke Ka’bah di Mekah. Di sanalah semua Nabi-Nabi menciptakan sejarah kegemilangan Islam, bersama Power Ka’bah, untuk zaman masing-masing. Tanpa Power Ka’bah, Power al Quran dan Power Pemimpin kebenaran yang bergabung, tak mungkin mereka mampu menguasai zaman Jahiliyah yang bertaraf empayar di zaman nya.
Malaysia, engkau sedang lemah bukan? Melihatmu dari bumi Haramain ini, aku melihat kelemahan yang bertimpa-timpa keatasmu. Banyaknya masalah-masalah yang tidak selesai. Musuh-musuhmu bermacam jenis dan aku melihat semuanya hampir menguasaimu. Engkau seperti buntu, bingung, tiada upaya dan penuh kekecewaan.
Oh Malaysia,
Sekiranya kamu mau berunding dengan Abuya, menerima pandangannya dan mengakui kehadirannya di negara mu, itu sajalah lagi satu-satunya jalan selamat untukmu. Percayalah wahai Malaysia! Bahwa bermusuh dengan Abuya dan jemaahnya itulah sebab utama nasibmu menjadi semalang ini. Sebab-sebab lain adalah sekunder dan bukan penentu sebenarnya. Jika engkau tak mampu mempercayai hakikat ini, berfikirlah begini wahai Malaysia.
Sudah banyak sekali usaha-usaha untuk ‘mengkerandakan’ jemaah dan kepimpinan Abuya dibuat. Tapi engkau gagal semuanya. Abuya kini kelihatan lebih berwibawa daripada sebelumnya. Engkau telah memberi baja pada perjuangannya dengan sebab bermusuh dengannya bukan? Kalau begitu mengapa tidak berbaik-baik saja dengannya. Jangan-jangan ia akan menguntungkanmu Malaysia?
Sungguh saya cadangkan di sini kepada penguasa dan penjaga atau kepada negara Malaysia semuanya, agar menukar dasar memusuhi Abuya kepada dasar baru, yakni berbaik-baik dengan Abuya. Insya Allah sekiranya kamu bijak, yakni menerima cadangan ini, kamu akan beruntung besar. Semua yang kamu idamkan akan tercapai buat bangsa, negara, keluarga dan diri masing-masing. Namun sekiranya kamu menolaknya, karena memilih untuk bermusuh dengan Islam lagi, takut kalau Islam akan merampas segalanya darimu, maka ketahuilah bahwa janji Allah itu pasti berlaku dan kamu akan jatuh cukup terhina. Mengapa? Karena Power Ka’bah sedang memakan kekuasaanmu.
Ya, Power Ka’bah dan bukan power-power lain yang engkau sangkakan. Power ini telah terbukti mampu menjatuhkan kekuasaan Rom dan Parsi untuk memenangkan Islam. Power ini sifatnya maknawi, ada di dalam diri pejuang-pejuang kebenaran. Ia tidak dapat dilihat tetapi kesan adanya dapat dilihat. Karena Allah akan menggunakan kuasaNya untuk membela manusia-manusia power itu. Nabi akhir zaman akan membela. Ka’bah ikut membela. Belum pernah siapa pun dapat mengalahkan kekuatan ini, Malaysiaku. Di semua zaman kedatangannya, ada saja musuh. namun semua musuhnya hancur dan kalah belaka.
Apa engkau mengira mampu menjadi hero untuk mengalahkan power ini? Memecahkan rekod yang tak pernah ada selama ini? Jangan, jangan, janganlah wahai bangsaku. Engkau terlalu kecil untuk berpikir begitu, Malaysia. Apa hebatnyalah yang telah kau buat untuk merasa engkau begitu besarnya?
Mengapa tidak mengambil keputusan untuk mengalah dan menyerah kepada Allah dan orang-orang Allah? Apa ruginya kalau mengalah dengan Allah? Tidakkah Allah akan membalasi dengan kebaikan yang sebesar-besarnya? Sedangkan melawan Allah, kamu akan hancur sehancur-hancurnya.
Malaysia, indahnya negaraku tercinta. Jika sejarahmu tercatat begini :
Bahwa kerajaan Malaysia akhirnya sesudah kalah perang dingin dengan Abuya, memilih jalan damai dengan PBT. Mereka sanggup mengalah dan menyerah kekuasaan kepada Abuya SZ. Untuk selamatkan Malaysia dengan Islam. Padahal Malaysia itu sebenarnya adalah kepunyaan PBT. Mereka sedaya upaya merampasnya tetapi telah gagal. Maka akhirnya, pulanglah sirih ke gagangnya. Kembalilah belut ke lubuknya dan tersarunglah cincin ke jarinya.
Malaysiaku..
Sabarlah sedikit lagi untuk menyaksikan peristiwa engkau dikembalikan kepada tuanmu kembali. Abuya, Ruhul Muqaddasah yang telah mengghaibkan jasadnya ke alam ghaib untuk membuktikan kepada kaumnya bahwa dia adalah makhluk mewakili Allah dan Rasul kepada mereka. Dia bukan seperti yang dikata. Dia ialah Ka’bah Rohaniah yang digerakkan ke Malaysia agar Malaysia dapat menjadi negara tapak bagi empayar Islam. Wibawanya Malaysia selama ini dibandingkan negara-negara Asia lainnya adalah karena faktor ini. Kalau bukan oleh faktor ini, Malaysia tak akan jauh bezanya dengan Thailand dan Indonesia saja rupanya.
Janganlah ada orang yang menyatakan ada faktor lain, kerana faktor-faktor lain itu pun sebenarnya nampaknya sudah tiada wibawanya dibanding Abuya.
Sekian,
Wassalam

Terima kasih Abuya, masih sudi menulis surat walau menggunakan tangan orang lain. Yang biasa tulis surat begini Abuya je. Abuya kata, kalau kita jawab isu masyarakat guna paper, lepas baca orang buang. Kalau melalui buku, orang akan simpan. Sebab tu Abuya pernah tulis buku khas, surat terbuka kepada Tun Mahathir: Surat Terbuka kepada PM (kalau tak silap aku tajuknya) ada surat terbuka Abuya kepada ulama. Yang ni untuk Malaysia, untuk orangnya, pemimpinnya, ulamanya, pemikir-pemikirnya, pihak keselamatannya dan lain-lain dan tak salah korang remaja membacanya. Ini masa depan kita. Masa depan yang cerah. Kemenangan yang dijanjikan. Ia pasti tiba. Ok, bagi aku sarapan pulak. Nasi goreng malam tadi tak abis lagi, si Danial anak Sy Nazri hantar burger pulak ni… Rezeki… Rezeki… Ana hayyun yurzaqq……

Ikhwan Homestay, Jordan
6.56am Julai, 10 2011
(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

7 thoughts on “Boleh ke bersih/sucikan najis? Surat Terbuka Utk Malaysia

  1. Sebut bab Sistem Politik Demokrasi Pilihanraya ni aku terigat ; beberapa tahun yang lampau aku ada download dari sumber internet satu terjemahan Thesis PhD seorang sarjana dari Timur Tengah tentang “Penganut Sistem Demokrasi (Pilihanraya) Sama Seperti Penyembah Berhala”
    Nama pun thesis PhD, jadi didalamnya penuh dgn hujah dari Al-Quran & Al-Hadith.
    Malangnya bila PC aku bermasalah , file tu hilang tak dapat diselamatkan. Jika tidak,boleh gak aku kongsikan untuk bacaan pengunjung blog ni.
    Walau apa pun, aku rasa lega kerana tak pernah mendaftar & mengundi…….heheheee
    Aku tak mau “terlibat”…………

    • tidak mahu terlibat dengan Pilihraya di Malaysia? bermakna tuan setuju dengan pemerintahan dan kepimpinan yang ada sekarang, kan? tidak terfikir ke, tentang nasib generasi tuan di masa akan datang dengan keadaan masyarakat yang hampir menuju keruntuhan moral yang sangat membimbangkan. didikan agama saja belum mencukupi kerana pengaruh luaran yang sangat kuat. sekiranya ada sebuah parti yang berusaha untuk mencuba membentuk masyarakat dan pemerintahan islamiyah, kenapa tidak disokong? jangan sampai tuan disalahkan kerana tidak bertanggungjawab untuk menukar kepada sesuatu yang lebih baik

      • Satu undi yang tuan pangkah mampu membuat satu perubahan kepada yang lebih baik.

        -Cuba tanya tuan-tuan guru yang wara’ tentang kenyataan di atas dari sudut ‘aqidah…?

  2. malaysia negaraku yang tercinta,tempat aku di lahirkan dan di besarkan ,malaysia oh tanah airku menjaga keamanan dan kedaulatanmu..

    cintailah negara kita.. sperti mnyintai diri kita
    hargailah negara kita jgn sampai ternoda..
    jgnlah kita nodai dgn mnghianatinya mnjga dan mngawalnya satu kewajiban..atk

  3. aneh betul….. faqih dalam agama tetapi tidak tahu mana yang haq dan mana yang bathil. setiap manusia yang dilahirkan mempunyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. mengundi adalah hak dan tanggungjawab setiap individu yang cukup syarat di malaysia. takkanlah nak dibiarkan negara sendiri diperintah oleh manusia yang rakus dan mementingkan diri sendiri. hebat betul abuya tuan, sudah mengetahui apa yang akan berlaku, kasyaf ke? macam tu cuba tuan tanyakan, adakah jemaah arqam akan memerintah di malaysia, dan bagaimana pula dengan nasib PM DS Najib untuk kes dia di Peranchis tu agaknya…..? kaasyaf, kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s