Tuntutan Ambiga/BERSIH vs Pemimpin Berwibawa

Salam. Korang semua sehat ke? Hari ini aku berkurung di homestay, nak siapkan skrip untuk forum remaja. Tv RSA. Jam 3 pagi tadi Khaulah sampai dari Paris, esok dia akan kongsikan pengalaman keajaiban di sana. Di sini setakat coretan ini ditulis baru 3 remaja lelaki dan 8 remaja perempuan selesai shooting pendeklamasian sajak masing-masing. Baru Shooting, belum diedit lagi.Sebelum ni screen test, Syh Zul banyak membantu menegur pelbagai aspek. Sesuailah kerana dia baru sampai dari Madinah, dapat banyak panduan di sana. Kursus kepimpinan remaja remaja sedunia batch ke 2 baru aje selesai, kemuncaknya dengan sambutan Isra’ dan Mikraj. Moga semua kita di sucikan dan ditingkatkan roh seperti baginda Rasulullah saw. Menjadi pemimpin-pemimpin yang berwibawa untuk generasi akan datang.

Ok, bercakap mengenai wibawa ni, mari kita kongsikan sedikit, apa itu wibawa? Apa bezanya dengan karisma. Aku Cuma cuma ulang-ulangkan. Korang semua tentu dah tau. Tak pe kaaaan?! Dulu masa sekolah Arqam, bila cakap Ust tu wibawa la… ketua usrah tu, punyalah wibawa…muraqib baru ni, teserlah kewibawaan. Ketika itu terbayang, tergambar di kepala, atau sama-sama kita faham watak seorang yang serius, kurang senyum, menjaga masa, pakaian kemas, rajin belajar dan lain-lain. Pendek kata cenderong ke arah kurang mesra tetapi berprinsip. (Ini bukan erti wibawa yg sebenar) Kalau kita katakan, dia tu ketua usrah tapi tak wibawa langsung. Ertinya, walaupun dia dilantik sebagai ketua usrah tapi dia sendiri banyak melanggar peraturan-peraturan yang sepatutnya semua orang pertahankan seperti di Batu Hampar, masa sunat Isnin Khamis, siap operasi sulit bawa nasi, lauk, kuali dan lain-lain ke kebun sawit. Lepas kelas, masuk hutan sawit, masak nasi goreng. Tapi bila ada bahan penting tertinggal, minyak… jawabnya goreng dengan air je. •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• . Sapa buat tu? Cari sendiri la. Atau curi ayam di pertanian, pastu kata, ni ayam Jemaah. Ana pun ahli Jemaah gak, maka ana layak makan ayam Jemaah.

Karisma dalam kepimpinan itu anugerah semulajadi. Tak boleh diusahakan seperti susuk tubuh dengan ketinggian yang hampir sempurna, raut wajah yang hensome, kata-kata yang petah semulajadi, berani, mesra, pandai. Pendek kata, sesuatu yang semulajadi pada seseorang yang dengannya orang mudah terpengaruh. Sanggup mengikut kehendaknya.Karisma ini anugerah Tuhan. Ia hanya ada pada orang-orang tertentu. Dan tak semua orang memiliki kesemuanya secara pakej.

Kewibawaan adalah sesuatu keperluan bagi seorang muslim, lebih-lebih lagi pemimpin. Ia boleh diusahakan. Orang yang paling menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia adalah orang yang paling wibawa. Seorang itu dikatakan berwibawa bila dia menjaga syariat. Orang yang menjaga sembahyangnya adalah seorang yang berwibawa, begitu juga orang yang berkata benar, menunaikan janji, tepat menjaga waktu, amanah, sabar dan segala sifat-sifat orang bertaqwa. Dengan kata-kata yang ringkas, orang bertaqwa adalah orang yang paling berwibawa.

Oleh itu, di antara orang yang berkarisma dan yang berwibawa, kepimpinan yang berwibawa lebih diterima oleh hati manusia. Ok, cuba korang bandingkan, seorang lelaki hensome, badan main gym. Dah berbentuk huruf V, dengan otot-otot dan muscle yang menonjol, senyuman menarik, iq cerdik gila, dari keluarga berada, cakap petah dan sangat mesra, bagai menanam tebu di tepi bibir tapi masalahnya selalu berbohong, masa tak tepati, asyik ‘kencing’ orang dan buat ‘taik’. Tak boleh pakai punya orang.kalau salah punya 1001 alasan untuk membela diri. Mudah bengis dan pemarah serta sangat berkepentingan. Dibanding dengan seorang yang sederhana rupanya, bentuk badan biasa-biasa aja. Tak le petah sangat, dan kepandaian pun sederhana sahaja tapi sangat menepati janji, jaga waktu, tak pernah berbohong, amanah, bersungguh-sungguh dengan tugas, rajin, tiada kepentingan, sabar, pemaaf, jujur, sanggup mengaku salah dan meminta maaf jika bersalah. Diantara kedua orang ni, yang mana korang seronok kalau jadi pemimpin? Kalau aku, tentu yang kedua.

Sebenarnya pemimpin yang Allah lantik mempunyai kedua-dua kelebihan. Disamping berkarisma, mereka juga berwibawa. Diketuai oleh Rasulullah saw. Begitu juga Khulafaur Rasyidin dan pemimpin yang ditunjuk Tuhan seperti Khalifah Omar Abdul Aziz, Sultan Muhammad Al Fateh, Putera Bani Tamim dan Imamul Mahdi. Selain mereka ramai pemimpin hanyalah mempunyai karisma dan sedikit wibawa.

Pemimpin yang tidak berwibawa atau kurang berwibawa, walaupun tampak berkarisma hanya mengundang padah pada Negara. Korang rasalah kalau zaman Pak Harto, Indonesia akan jadi jadi macam sekarang ke? Rakyatnya mudah sahaja nak memberontak? Negara lain tak menghormatinya, Saudi mudah-mudah menghukum pembantu rumah Indonesia sebelum dapat pembelaan sepatutnya. Kalau ada Saddam, agak koranglah, berani ke puak-puak syiah tunjuk power?. Berani ke, militant bom sini sana?. Ada ke tentera asing berkeliaran dalam negara?

Bersih ke?

Bersih ke?

Begitulah di tanah air tercinta, kalaulah pemimpin kita berwibawa, agak-agak seorang perempuan berbangsa India yang tak pernah aku dengar namanya berani menuntut bermacam-macam perkara? Berani ke orang-orang sepertinya mengangkat muka dan suara di zaman Tun Mahathir? (moga Allah sehatkan Tun dan keluarga). Aku rasa dah sampai masanya pemimpin-pemimpin negara merujuk kepada orang-orang RSA demi kelangsungan kepimpinan mereka. Saranan Norzah Kepul dalam buletin Rakyat jangan pandang sepi sahaja. Kalau nak bertahan di PR akan datang, berbincang dengan mereka. Kalau tak, negara pasti kucar kacir. Ok, ni pandangan aku je. Tak tau sapa nak baca.

Ikhwan Homestay Jordan
7.24pm Julai 8, 2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s