Kebesaran Rasulullah saw, Ini baru ‘taasub’ namanya!!!

Setiap bangsa, agama, warganegara, ahli kumpulan, anggota organisasi di kenali dengan identitinya. Tanpa indentiti, sukar untuk menentukan seseorang itu dari mana? Ketika mula tinggal di timur tengah akhir 80’an, aku tidak dapat membezakan diantara warga-warga Arab ini siapa orang Mesir, siapa yang dari Yaman? Yang mana orang Saudi, Maghribi, Jordan, Syria dll. Orang-orang Mesir (ketika itu aku tinggal di Mesir, Madinat Nasr) pun tak kenal siapa aku, bila jumpa je, mereka tanya: Yabani? Kori? Sini? (Yang tak syok mereka tanya: Enta Muslim?, walhal aku baru beri salam solat di sebelahnya.) Tapi setelah beberapa lama, aku kenal mereka melalui identiti. Warna kulit, rambut, malamih wajh, pakaian, lahjah bercakap banyak membantuku untuk mengenali mereka.

Begitu juga orang Abuya, sangat terkenal dengan identitinya. Dulu sebelum Arqam diharamkan, kesana ke sini berjemaah. Itulah identiti, syiar. Lelaki berjubah, serban, bercelak, bermisai janggut (kecuali ahli jemaah yang dari kalangan tentera), kepala botak bercukur, t shirt pagoda, biasanya putih, kain pelikat dan seluar sufi. Suka tersenyum, mesra. Baru jumpa macam dah lama kenal. Yang perempuan berjubah, berfurdah, warna hitam atau gelap. Nak makan di tempat umum, kena angkat tingkap furdah. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Yang nampak hanya sepasang mata. Orang kata macam Zorro.

Inipun orang dah kata taasub sangat. Semua nak ikut Abuya dan Ummu Jah. Tapi bila Arqam diharamkan, semua identiti itu hilang. Niat nak pakai, tapi tak dibenarkan. ‘Niat orang mukmin itu lebih baik dari amalannya.’ Moga-moga kita tergolong dalam golongan mukmin. Tapi sebenarnya ada banyak identiti yang tak boleh dibuang, dah sebati. Bahkan ada pihak SB berkata: Bekas Arqam ni, kalau telanjang pun kami tau, ni orang Arqam. Baru-baru ini ada remaja GISB menjual barangan di perhimpunan Agung UMNO. Bila dipanggil SB masuk ke bilik lalu diminta: ‘Cuba ko nasyid lagu Malaysia Indah!.’ Sampai kat perkataan Abuya… Budak ni dan dan nak ubah. SB tu kata…. Eei… Eei… Jangan ubah, teruskan. Aku tau ko orang Abuya.

Menyusun kasut di Pusat Motivasi Harmoni, BCH, Rawang

Begitulah powernya indentiti, orang boleh trace sapa ko. Itulah yang terjadi pada Datuk Syamsul ketika berkunjung ke Mesir. Datuk ini kawan baik Syh Johari Morad. Seperti yang di ceritakan oleh Aliff Kamaludin, dia boleh tau remaja-remaja di Mesir tu orang Abuya kerana kasut-kasut dan selipar-selipar mereka tersusun cantik di pintu rumah. Memang semua orang setahu aku, tak buat macam ni. Orang Abuya je yang boleh istiqamah susun kasut ni. Teringat aku Syeikh Fakhrur sebut dalam kuliahnya, Abuya berdoa: ‘Ya Allah, jadikan anakku orang yang pandai menyusun kasut.’. Korang masih amalkan ke masuk rumah susun kasut, masuk mengundur?!’ Yang ni kerajaan tak larang…•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ kalau yang ni pun tak mampu amal, tak payah cakap la nak tawan dunia. Orang yang istiqamah menyusun kasut ada jiwa hamba dan khalifah.

Terlanjur cerita tentang Datuk Syamsul bekas exco agama pemuda UMNO zaman Pak Lah ni, mari kita coretkan kisah yang beliau sampaikan:

Selepas Saiyidina Salman al Farisi mendapat ilham untuk mengorek parit besar keliling Kota Madinah, Rasulullah saw bersama 1000 tentera Islam terus menggali parit. Ketika sedang menggali parit, Rasulullah saw dan tentera Islam dalam keadaan sangat lapar disebabkan kehabisan bekalan makanan. Datang seorang sahabat mengadu kepada Baginda, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku dalam keadaan yang sangat lapar’ lalu menunjukkan 2 ketul ikatan batu di perutnya. Melihat keadaan itu, Baginda terus menunjukkan 3 ketul ikatan batu di perut baginda yang mulia, lalu fahamlah sahabat tadi bahawa Rasulullah saw lebih lapar darinya dan dia terus pergi.

Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil seorang sahabat, iaitu Saiyidina Jabir al Ansari. ‘Wahai Jabir, bolehkah engkau ke mari sebentar?’ Mendengar seruan Baginda, Saiyidina Jabir menyahut ‘Nyawa taruhanku’ sebagai adab dengan Baginda dan terus berlari ke arahnya. ‘Wahai Jabir, ada apa-apakah di rumahmu yang boleh dijamu untuk tentera-tentera Islam?’. ‘Tidak ada apa-apa ya Rasulullah saw, melainkan seekor kambing tua lagi kurus.’ Jawab Saiyidina Jabir. ‘ Pulanglah engkau ke rumah untuk bersiap-siap dan menjamu tentera Islam dengan kambing itu.’ Tanpa sebarang bantahan dia terus taat dan patuh kepada Rasulullah saw demi membuktikan cintanya. Langsung tidak terdetik di hatinya, cukupkah jamuan seekor kambing untuk seribu orang tentera. Sangat lurus hatinya terhadap Rasulullah saw. Saiyidina Jabir terus berlari pulang ke rumah dan menyampaikan berita itu kepada isterinya.

Si isteri terus menyiapkan bahan untuk dimasak, manakala Saiyidia Jabir menguruskan penyembelihan kambing, ditemani 2 org puteranya Sa’ad, 6thn, dan Sa’ed, 4thn. Seperti kanak-kanak lain, Sa’ad dan Sa’ed melihat bapanya menyembelih dengan penuh perhatian tanpa memahami hakikat peristiwa itu. Setelah selesai menyembelih, Saiyidina Jabir meninggalkan 2 orang puteranya di situ untuk menyambung proses masakan yang lain. Melihat keadaan bapa mereka yang sibuk, Sa’ad berkata pada adiknya, ‘Wahai adikku Sa’ed, mari kita bermain seperti apa yang bapa lakukan tadi,’ Sa’ed bersetuju lalu si abang menyerahkan tengkuknya. Sa’ed mengambil pisau tadi lalu menyembelih abgnya sehingga mati. Melihatkan perihal itu, Sa’ed berkata ‘Abang, jomlah main lagi, kenapa diam? . Melihatkan tiada respon daripada abangnya, kanak-kanak berusia 4thn itu terus berlari mendapatkan bapanya kerana rasa tidak sedap hati.

Sementara itu Saiyidina Jabir sedang menyiapkan unggun api yang besar untuk memanggang kambing tua tadi Setelah api marak membakar, kelihatan anaknya Sa’ed berlari dengan laju, lalu tersadung batu dan tercampak ke dalam unggun api yang marak dan besar itu. Saiyidina Jabir cuba untuk menyelamatkannya, malangnya tidak sempat, anaknya sudah menemui ajal. Mendapat tahu putera sulungnya juga sudah mati, dibawa kedua-dua mayat anaknya ke dalam bilik.

Atas dasar cintakan dan mentaati Rasulullah saw, kedua-dua suami isteri itu menyambung kerja-kerja memasak mereka. Kemudian Rasulullah saw tiba bersama dengan para tentera Islam di rumah Saiyidina Jabir. Melihatkan rumah Saiyidina Jabir yang agak kecil, berkatalah seorang sahabat, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya Rumah Saiyidina Jabir ini agak kecil, dan tidak mampu menampung bilangan kita yang ramai. Baginda berkata, ‘Sesungguhnya Allah dan Rasul lebih mengetahui’ dan Baginda terus melekapkan dua tapak tangannya ke dinding rumah Saiyidina Jabir dan menggerakkan kedua tangannya ke kiri dan ke kanan. Dinding rumah Saiyidina Jabir bergerak dan ruang rumahnya menjadi luas. Maka sekalian sahabat pun masuk dengan penuh beradab.

Di dalam rumah, setelah semua sahabat mengambil tempat duduk, makanan pun terus diagihkan mengikut sunnah Rasulullah saw yang mana tetamu yang duduk di hujung dahulu diutamakan. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi-Nya berlaku apabila makanan yg dicedok tidak kehabisan bahkan mencukupi untuk semua sahabat.

Kemudian sebelum makan, Baginda bertanya kepada Saiyidina Jabir, ‘Wahai Jabir, aku mendengar engkau mempunyai 2 org putera kecil, di mana mereka? Ajaklah mereka sekali makan bersamaku.
‘ Tidak apa Rasulullah saw, Tuan makanlah dahulu,’ jawab Saiyidina Jabir tidak mahu menganggu baginda menjamu selera jika diceritakan hal yg sebenar. Baginda berkata lagi,

‘Wahai Jabir, panggilah kedua orang puteramu itu, aku mahu makan bersama mereka’. Saiyidina Jabir menjawab lagi, tidak mengapa Ya Rasulullah saw, mereka ada di dalam. Tuan makanlah bersama sahabat dahulu.’ Lalu Baginda bertanya,’Apakah nama kedua orang puteramu itu wahai Jabir?’ ‘Sa’ad dan Sa’ed’ Saiyidina Jabir menjawab. Kemudian Baginda memanggil, ‘Wahai Sa’ad dan Sa’ed, keluar dan kemarilah kamu berdua datang menjamu selera bersama kami!’. Maka berlari keluarlah dua-dua anak itu mendapatkan Rasulullah saw dan mereka makan bersama. Kedua-dua orang anak itu hidup dan berketurunan seperti orang lain.

Begitulah kisah kehebatan mukjizat baginda Rasulullah saw menghidupkan orang yang sudah mati. Kisah yang tak pernah aku dengar. Tapi yang aku nak amik dari ceritanya ialah betapa cintanya sahabat kepada Nabi Muhammad saw sampai mengatasi kesedihan sepasang suami isteri ini yang anak-anak mereka mati secara tragis. Selesaikan arahan Rasul dahulu, ketepikan perasaan dan kepentingan peribadi. Kalau sekarang, sudah tentu orang katakan taasubnya. Sudah tentu, itulah taasub. Taasub dengan kebaikan. Ia sangat perlu. Lebih-lebih lagi ketika itu dalam suasana perang. Sangat perlu taat setaat-taatnya. Sangat perlu menjaga perpaduan. Malanglah ada orang yang nak memecah belahkan perpaduan, enggan taat, takut untuk taasub dengan kebaikan dengan mengutamakan kepentingan peribadi. Tetapi bolehkah jemaah kebenaran dihancurkan? Ini baru taasub namanya. Ok jumpa lagi.

Dewan Tingkat 2,
Mat’am Qasr Lubnan,
Jerash, Jordan.
5.23pm Julai 03, 2011
(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

One thought on “Kebesaran Rasulullah saw, Ini baru ‘taasub’ namanya!!!

  1. As salam.. kisah mengenai ank sahabat yg hidup kembali pertama skali sy dengar.. bole taw dr mane asal cerita ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s