Tak ada cite lain ke? Kelab Taat Suami lagi?!! Ikut Era Beb…

Salam. Moga kita semua selamat dunia selamat akhirat. Harap-harap siapa pun di sekeliling aku, walau apa makhluk pun, selamat dari kejahatan mulutku, tangan dan kaki aku. Mata penaku dan keybod net book yang aku tekan, keypad bb yang aku ketik, juga apa yang aku taip serta sebarkan. Kerana aku tahu, aku masih belum baik. Minimum orang baik itu dipanggil orang soleh, pastu yang tinggi lagi… Muqarrabin, pastu Siddiqin. Hak orang soleh pun belum lepas lagi.

Abuya pernah tanya, sebab apa orang-orang sufi dahulu bersuluk di hutan, di gua, menjauhi diri dari masyarakat, ketika masyarakat semakin rosak? Ok cuba hangpa jawab tengok?! Aku dah kena dengan Abuya, kantoi… jawab guna minda lama. Dikira tak update minda. La ni minda kena update, paling kurang 2 minggu sekali. Mana-mana yang tuang program tu, sangat ketinggalan. Macam blog tak update, orang mai surf dari merata dunia, duk mcm tu. Bersawang. Takat boleh tangkap nyamuk dan lalat je la kalau guna minda lama. Kumpul-kumpul, cerita dulu Abuya, dulu Abuya… tak mampu nak cakap minda-minda baru seperti bab sex dalam Islam, bab bagaimana memerangi yahudi, bab skrip tv Islam tanpa meniru yahudi. Apalagi nak buat projek baru…Tak mampu. Al hasil, yang datang mendengar, nyamuk penghisap darah dan lalat pembawa taik je la. Oop… oop, kembali kepada isu kita. Sapa nak jawab?

Silakan Suhaimi anak Cikgu Raman Keningau mewakili Sabah. Fida’ At Tamimi wakil Jerash (jawab betul-betul Fida’, jangan buat malu company), Fakhrur Mizan, wakil Mesir. Tib wakil Australia. Abil, wakil Haramain. Zubir Jamal, wakil BCH (entah ada lagi kat BCH atau tak Zubir ni), Zubir Hassan Bt Hampar nak jawab pun boleh (mudah-mudahan segera sembuh). Dah jawab?! Guna roh je… masalahnya aku belum orang roh, tak dengaq.

Abuya kata, bukan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan kemaksiatan di tengah masyarakat. Kalau kata begitu, dah ada rasa diri baik, lagi rosak program suluk itu. Menambah mazmumah. Makin suluk, makin jauh dengan Tuhan. Seperti sebahagian orang yang istiqamah ke masjid rasa diri lebih baik dari orang lain.(tak semua ye, jangan terasa). Sebenarnya menurut Abuya, mereka rasakan diri mereka masih jahat, takut kejahatan mereka akan memberi kesan negative kepada masyarakat, lalu mereka menjauhkan diri dari masyarakat…. Itu dulu… era dulu.

Sekarang kena terjun di tengah masyarakat. Masa ini Islam dijanjikan dengan kemenangan. Suluk kita di premis-premis. Kena berjuang. Perjuangan itu kena berjemaah. Berjemaah kena ada pemimpin. Pemimpin kena ditaati. Bagi perempuan, di rumah, pemimpin mereka adalah suami-suami. Terutama isteri-isteri yang remaja, mungkin ada yang membaca tulisan ini. Suami kena ditaati. Dah latih-latih taat suami, agak meningkat dari 10%sebelum ini ke lebih baik, dengan target 100% atau dengan kata-kata yang lain, taat setaat taatnya, ajak masyarakat pulak taat suami. Itu yang wujud Kelab Taat Suami tu. Taat suami ni Tuhan suruh. Allah suruh. Bukan asalnya suami minta (walaupun fitrahnya memang suka isteri yang taat, tak tau la kalau fitrah-fitrah yang dah tercemar, ternoda, diracun oleh sekular dan yahudi? Takut je dengan bini)

Allah tu bukan makhluk. Allah Khaliq,pencipta makhluk. Allah bukan abang kita, adik kita, ayah kita, atuk kita. Kalau abang, adik, ayah atau atuk kita minta buat sesuatu, kita tak mahu. Mereka pun boring, marah, tak seronok. Itu sesama makhluk, bukan depa cipta kita. Ini Tuhan yang minta, sedangkan dia yang ciptakan kita. Dari tiada kepada ada. Tentulah Tuhan marah kalau tak ikut arahan dia. Kemarahan Tuhan, ada yang segera, ada yang ditangguhkan. Yang segera, ada yang sepanjang kehidupan, ada yang ketika mati.

Tapi bagi yang mentaati suami, semata-mata kerana Allah. Hidupnya diberkati. GISB bukan cakap kosong, (moga Allah pelihara hati-hati pejuang agama). Telah dibuktikan. Seorang guru yang ada 4 murid dan berjaya groom dan educate murid-muridnya dengan baik, sudah tentu lebih berkualiti dari seorang guru yang hanya mempunyai seorang murid. Begitulah yang berlaku kepada suami-suami yang dipoligamikan dalam GISB. Bilamana isteri-isteri taat. Masing-masing menjalankan tugas sebaik mungkin. Di hari yang bukan gilirannya, isteri-isteri inilah yang bergelanggang di premis-premis di bandar-bandar Ikhwan. Menjadi wanita-wanita yang berkarier.

Hebatnya Abuya, mereka bukan berkarier dengan makan gaji tapi usahawan-usahawan (orang pompuan aku tak tau, depa panggil apa? Usahanita… Entah pekenama) Bukan usahawan jamu kuat kat jalan-jalan raya di Kota Jakarta, ikat bakul di belakang. Ada pelbagai jamu. Madu. Telur ayam kampung (tak basuh kulit).. Bukan juga menjual batik jawa dan pakaian di Pasar Siti Khadijah Kota Baru… Mari Bae….!!! Mari Bae!!! Cari gapo dio?
Atau usahawan wanita kemboja yang datang dari rumah ke rumah menjual tudung bawal. Abuya letakkan mereka berniaga di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur… Wa ma adraka Kuala Lumpur.?! Pusat segala kebaikan, pusat segala kejahatan. Pusat buat duit, pusat buang duit. Di sini semua manusia berkumpul. Rakyat tempatan, pelancong, pendatang, PATI dan lain-lain. Kalau nak ubah Malaysia, ubahlah Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, nescaya satu Malaysia boleh berubah.

Lebih-lebih lagi di Bukit Bintang, menjadi idaman BN dan PR. DAP, UMNO, Keadilan. Port rebutan kepala-kepala gengstar dan kongsi gelap. Di sini Abuya letakkan isteri-isteri yang taat ini bergelangang. Mengendalikan Coffe House. Dari A hingga Z. Kewangannya, concept, decorate, lighting, bahan mentah, resipi, layanan, hiburan dengan matlamat menghiburkan manusia. Agar semua pelanggan mendapat Tuhan. Agar berubah wajah Bukit Bintang yang penuh dengan hiburan yang melalaikan, kembali kepada hiburan mendekatkan diri pada Pencipta.

Wahai para remaja, semuanya bermula di rumah. Dari didikan, pimpinan, dari makan bersama, solat berjemaah, dari taatkan suami setaat-taatnya. Di situ keberkatan. Disitu rahmat Tuhan turun. Jiwa terdidik. Boleh diarah, boleh disusun, boleh diatur untuk jadi pejuang. Bukan jadi pekerja. Jadi staf. Setakat staf sahaja, tak akan mampu mengubah masyarakat. Lebih-lebih lagi masyarakat antarabangsa di Bukit Bintang. Mudah-mudahan berubah Bukit Bintang, berubah KL, berubah Malaysia. Kena ada jiwa besar dan cita-cita….

Ya Allah, bantulah kami mengubah diri agar berjaya mengubah masyarakat. Ok jumpa lagi. Ni dok amik Syh Zulhairi Othman yang sampai dari Madinah. Banyak cerita baru tentang keterampilan diri dan TV RSA. Kita sembang lain naaa.

Dari Q.Alia Air Port on the way ke Jerash, Jordan
8.49am Julai, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s