Angin Jahat

Gerbang ke Perkampungan Batu Hampar

Di rumah:
‘Abi, angin jahat tu apa?’
‘Entah, angin mazmumah ke?’
‘Tak …. Salaaah!’
‘Habis apa?’
‘Angin jahat tu yang keluar ikut bawah… poooot. Angin baik yang dari mulut… eeerk.’
‘Oooh, angin jahat tu kentut kan? Angin baik tu sendawa, betul tak?’
‘Betul, betul, betuuul.’
‘Sapa ajar Cimah ni?’
‘Dulu, Ustazah Nin yang ajar.’
Bebudak ni kalau ajar dari kecik, kuat mengingat. Tak ajar pun mereka tiru. Sebab tu bila anak dah mumaiyiz, kena berhati-hati mendidik sebab semua sikap kita dia tiru. Pada mereka, betul belaka.

Surau Batu Hampar

Di surau:
‘Bang Zar, apa hukum kentut di saf?’
‘Harus, nape?’
‘Tak de apa. Tapi kalau ketut tu kuat sangat, buatkan orang ketawa macam mana?’
‘Kena tengok keadaan. Kata Abuya: Sendawa kadang-kadang wajib. Kentut macam tu juga.’
‘Eeh takkan sampai wajib.’
‘Uwais tak pernah dengar kuliah Abuya ke? Semua perkara harus tak akan terlepas dari lima hukum, makan, minum, tidur, berbual hatta kentut.’
‘Kita bahaskan hukum wajib kentut. Kalau seseorang itu mengidap sakit angin. Dia tak mampu tahan kentut. Bila nak kentut, dia terpaksa lepaskan. Kalau tak lepas, dah jadi pengalaman dia akan rasa sakit amat sangat. Rasa macam nak tercabut nyawa. Ertinya kalau tak lepaskan, membahayakan dirinya. Maka ketika itu wajib dia lepaskan. Kalau tak lepaskan berdosa. Bila lepaskan dia dapat pahala.’
‘Jadi Ustaz Su tu dapat pahala la kentut kuat-kuat di saf? Kadang-kadang ketika berjalan dari saf ke kolah, sepanjang jalan dia selamba kentut. Berbagai intonasi bunyi jadinya.’ Kata Ustaz Yek, ‘kalau ana, tak masuk surau dah… malu beb! Ada muslimah kat belakang tu.’

‘Tak baik ngata-ngata. Ustaz Su lebih tahu keadaan dirinya. Mungkin memang dia tak mampu tahan. Hari-hari kerja dengan soya. Air soya, wap soya, tau fu fa mungkin menambah angin dalam badan, sangka baik je la. Uwais tak payah fikirlah.’

Penulis dan rakan

‘Ye betul. Sepatutnya semua orang di saf solat sudah sangat bersedia untuk berhadapan dengan Tuhan. Bukan fizikal sahaja dijaga, malah hati pun dijaga. Penuh rasa takut dan malu. Kalau Abuya setiap masa malu dan takutkan Tuhan. Sebab itu berlunjur kaki mengadap kiblat pun tak. Batuk-batuk dan berdehem pun Abuya elakkan ketika di saf. Hati Abuya memikirkan dirinya di hadapan Tuhan.’
‘Jadi salahlah kentut macam Ustaz Su tu?’
‘Uwais…Abuya, oleh kerana amat memikirkan dirinya, tak sempat memandang salah orang, lebih-lebih lagi memang dalam majlis rasmi dengan Tuhan. Kalau kita masih memikirkan salah orang, kita tak dapat roh sembahyang yang sebenar seperti Abuya. Sebaiknya kita doakan semua orang….’

Macam itu rupanya, tapi Uwais macam tak puas hati je.
‘Ala Uwais, banyak lagi orang tak jaga adab di saf, tak sapa bising. Mengantuk hari-hari ketika wirid dan dalam sembahyang. Sangat tak beradab. Mengaru-garu, betulkan kain pelikat. Imam nak takbir baru berlari-lari ke saf… semua tu sangat tak beradab. Moga A beri kekuatan untuk kita beradab dengan Tuhan.’

Masjid Biru Batu Hampar dalam Pembinaan

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s