cinta monyet cinta terlarang

Salam. Ko orang jawab ke? Tak de sapa balas pun salam aku. Beri salam sunat, jawab tu wajib bang! Jawab… jangan tak jawab. Jawab dalam hati? Terpulang kat koranglah… Ok, pejam celik, pejam celik, nasib baik pejam dan celik lagi. Buatnya, pejam dan terus pejam… Allaaah. Tak tau nasib aku di mana? Nasib aku sekarang di sinila. Ingatkan di usia begini, tak kena basuh baju macam kat Batu Hampar lagi. Batu Hampar dulu ye la. Mandi pagi sebelum subuh tu aku rendam jubah, kain pelikat lusuh, seluar sufi, t shirt pagoda putih. Nanti lepas kelas, tido kejap. Sebelum zohor, basuhla. Jangan rendam lama-lama. Berbuih dan busuk.

Masa tu, biasanya Retaudin Yakub ada sekali, Ramli Yadin. Basuh kat tepi telaga. Senang je, sabun dah ada, pegang sebelah tangan kat pokok multipurpose (sebab ada yang gunakan untuk mengosok daki di belakang badan), kemudian masukkan kaki kanan ke dalam baldi… 3-2-1… pijak…pijak…pijak. Akan naik buih-buih yang banyak, menanggalkan kekotoran. Merubah air menjadi coklat kehitaman. Sabun pun ada power beb!!! Takkan Kaabah tak de power. Bersama suara selawat badawi yang berkumandang dicorong speaker (guna bateri kereta), aku terhegeh-hegeh membilas dan menyidai baju…sebelum zohor ni, rupanya bila Iwan dan Zai tak de kat homestay ni, aku kembali usahakan projek dobi cap kaki ni. Tak jadi masalah, takat nak lawan dobi Abang Yacoub di Manjung, boleh sangat.

Ada suatu ketika tu, abg Fauzi… aku lupa orang Jengka mana… Al muhimm, bekas ketua pelajar Arqam Alai, pindah Bt Hampar, basuh jubah. Dia ni suka pakai jubah putih, kata orang jubah putih cepat kotor. Aku cukup tak terima. Sebabnya semua pakaian beransur kotor bila dipakai, Cuma jubah putih jelas kekotorannya. Yang warna gelap, kalau tak nampak kotor, bukan bererti tak kotor. Buktinya cuba basuh, mak datuk aiii airnya berubah hitam….Aku selalu usik Lan, sebab boring jubah dia busuk. Lan, hang senang nak tangkap patin, campak jubah hang, mesti patin kolam depan pakat timbui. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ . Tak baik kata kat Lan, dah jadi penjual kismis yang berjaya disamping pakar masak nasi air. Hai lupa cite abang Fauzi tadi, dia ni buat keja sungguh-sungguh. Muka pun serius. Basuh baju pun serius. Yang aku cemas, suatu hari masa dia basuh baju, dok ‘uli’ jubah dia kat simin tepi telaga, tiba-tiba air bertukar warna merah. Abang Fauzi macam menahan pedih. Rupa-rupanya, dalam poket jubah dia ada mata pisau cukur (almaklum pelajar Arqam dengan imej tanpa rambut), jadi bila dia basuh baju dengan tangan, pisau itu memotong bajunya dan tapak tangannya sekali… Allah pedihnya. Kena air sabun lagi, Allah saja yang tahu.

Ok, nak sebut apa post kali ni? Mari kita cerita bab cinta. Kita wajib cinta Tuhan. Cintakan Allah. Itulah cinta agung. Cinta-cinta yang lain, cinta palsu. Cinta murahan. Cinta plastik. Cinta tipu, cinta Made in China sebab selalunya barang tiruan dari sana. Allah adalah yang selayaknya dicintai. Allah kata dalam hadis qudsi: فرّغ قلبك أسكن فيه farrigh qalbaka askunu fihi. Kosongkan hatimu, aku nak tinggal di dalamnya. Selain Allah kena cinta Rasulullah saw dan pemimpin yang membawa kita pada Allah. Selain itu, cinta seseorang kerana Allah perintahkan…full stop. Allah tak benarkan kita pandai-pandai beri hati pada manusia. Kat sinilah cabaran seorang remaja…

Monyet -monyet sedang bercinta

Betul tak Alif Arsenal? Tukar nama la Lif, apa la sangat pasukan bola tu. Tak menambah taqwa. Sebenarnya untuk pengetahuan Aliff, Mujahid, Khunais, Rifaah dan semua remaja min masyariqil GISB wa magharibiha, masalah ni dari dulu dah berlaku. Zaman Arqam dulu, berjubah, berserban. Muslimahnya berfurdah hitam atau warna gelap, di sekolah je warna putih. Nampak mata je. Duduk di belakang tabir zing lagi. Pergaulan sangat terhad. Alat hubungan hanya intercom yang sangat dikawal. Keluar berjemaah baik lelaki atau perempuan. Ikut logiknya tak akan berlaku percintaan terlarang, tapi tetap berlaku. Tak ada sms, bb, fb, teweeter, ym… Tapi boleh tulis surat. Cari adik dia, belanja mee goreng, suruh jadi posmen. Beri pada akak ye! Ketika itu, masak bekerjasama lelaki perempuan. Kadang-kadang lelaki masak nasi, perempuan goreng ikan, ikan goreng pun boleh jadi posmen. Celah perut ada surat cinta berbau ikan (surat cinta patutnya bau perfume). Kadang-kadang cengkodok boleh ada surat, maklumlah zaman tu cengkodok besar-besar. Resepi Abg Mie. Kalau baling binatang buas, boleh cedera. (minta maaf Bang Mie, gurau •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ ). Persoalannya mengapa dalam keadaan dikawal pun terjadi juga?

Pulak tu, cinta monyet ni masalah… dah macam monyet. Dulu mukanya ceria, bila dah bercinta ni, berubah-ubah. Kekadang excited sangat, ada masanya murung, kadang-kadang merajuk, adakalanya tak dapat memberi tumpuan. Kalau era sekarang, ke sana ke sini dengan BB, tak berengang dari HP. Pantang dapat keluar sikit, langsung ke CC, buka FB. Yang berBB tu, ada security ketat punya, tak cukup secret pattern, ada lock BBM lagi. History tak simpan, padam terus. Mula la menyendiri, malam hari orang dah tidur, ada yang bawah selimut ber BBM lagi. Maklumlah satu dunia boleh dihubungi, friend FB jangan cakap, tak bertapis. Bila dah cinta, angau. Asyik terkenang-kenang. Nak marah-marah je. Bila tak ada bajet top up BB, macam ayam berak kapur, atau ayam demam sampar.

Sebab apa sama je? Dulu berlaku, sekarang pun berlaku malah lagi canggih. Cuba Abang Din Jerash beri pendapat? Tak pun, Abg Dad ke? Muaz Sabah ke? (Muaz aku ingin kembali padaMu….) Sapa nak beri jawapan ni. Tholut Ar Ramadhani lah… Tak pun, Syurahbil. Pada aku, sebab tuan gurunya satu. Pemimpinnya satu. Sifunya wahid. Iaitu nafsu, di beri nasihat oleh syaitan. Di hasut oleh syaitan. Dari dulu, sampai sekarang guru yang sama. Pelajarannya sama. Furdah tak furdah, tudung tak tudung, serban tak serban, kalau tak masukkan cinta Allah di hati, tak takut Tuhan, nafsu menguasai hati, terjadilah apa yang terjadi. Bercinta dalam Jemaah. Bercinta sebelum nikah.

Ketahuilah anak-anak remaja GISB. Musuh kita yahudi sangat inginkan kehancuran kita. Musuh batin kita nafsu dan syaitan sangat berusaha menarik kita dari jalan kebenaran. Abuya sangat tahu hal ini. Padanya ada sirril asrar. Sebab itu Abuya sangat larang bercinta sebelum nikah. Tanyalah Syh Farul, kalau di zaman awal semasa Abuya masih mengajar, Abuya ada strategi agar hati tak terpikat antara pelajar lelaki perempuan. Abuya kata: Nanti, yang kulit putih-putih cerah ni, akan dikahwinkan dengan yang hitam dan gelap-gelap. Maka terbatal rasa perasan di hati. Hilang bunga cinta, tak sempat berputik. Malah yang paling menakutkan, Abuya pernah sebut, Abuya tak akan bertanggung jawab pada sesiapa yang berkahwin atas dasar bercinta dahulu. Cuba bayangkan, seorang mursyid itu sangat bertanggung jawab di hadapan Tuhan mengenai seluruh kehidupan anak muridnya. Tapi Abuya ambil semua tanggung jawab kecuali bab bercinta ini. Abuya berlepas tangan. Mampu kita berhadapan Tuhan tanpa mursyid?

Pastu anak-anak yang lahir dari perkahwinan hasil percintaan, payah dibawa kepada Jemaah kebenaran. Jangan jadi pembohong dalam Jemaah, kata cinta pemimpin, tapi dalam masa yang sama ingkar arahan pemimpin. Pemimpin ingin membina perkahwinan terancang, sama-sama cinta Allah. Agar lahir, keluarga yang kuat dalam mempejuangkan Tuhan dan syariatNya. Kita, yang belum ada apa-apa jasa lagi dalam Jemaah kebenaran, gagalkan rancangan ini. Rosakkan dari dalam. Malanglah kalau ada ibu bapa yang ‘sporting’ dengan anak-anak bab ini. Ia sangat merosakkan. Mari kita cinta Allah melalui mursyid. Mari kita hentikan serta merta cinta monyet. Mari kita bersihkan hati kita. Allah tolong sucikan roh kami, tingkatkannya dan jadikan kami orang-orang roh….

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan
4.29pm Jun 27, 2011
(anjangmuor.word.pres.com)

Advertisements

One thought on “cinta monyet cinta terlarang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s