Redha dengan Takdir Tuhan, format untuk menjadi kekasih-Nya

Salam perjuangan Anjang hulurkan buat remaja penyambung perjuangan, di seluruh dunia. Samada yang sedang menumbuk roti kering untuk makanan ayam di tepi bilik Anjang menginap ni di Jerash, sedang buka kafe Damascus, Generasi Harapan yang mungkin baru solat Subuh London, yang dah lama tak ziarah Malaysia di Mesir tu, juga remaja yang sedang bertungkus lumus membangunkan Bandar dan projek RSA di Lahar Yooi, Batu Hampar, Gong Kulim, Kucing dan Miri, Pekan Baru dan Sentul, Australia dan lain-lain. Harap ceria semuanya. Syukur dengan nikmat Allah, sabar dengan ujian-Nya, tawakkal dengan masa depan, redha dengan ketentuan-Nya.

Bercakap tentang redha ni, Allah sangat suka kepada orang yang redha atau seronok menerima kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya seperti sakit, miskin, dikata orang, dihina dan lain-lain. Tersebut kisah seorang wanita di zaman Rasulullah saw yang mempunyai 3 orang anak lelaki, semuanya diserahkan kepada Rasulullah saw untuk keluar berjihad. Setiap kali dikhabarkan anaknya syahid, dia tersenyum gembira. Anehnya bila dikhabarkan anak ketiganya juga syahid, dia menangis hiba. Bila ditanya, jawabnya: Aku sudah tidak punya anak untuk kuserahkan berkorban di jalan Allah. Kita macam mana? Ada yang tak boleh anak disakiti untuk Islam, cepat sangat nak membela yang akibatnya merosakkan proses pendidikan anak pejuang.

Orang yang redha tidak akan memanjakan dirinya, tetapi dia akan bisikkan kepada Allah: “Ya Allah aku sanggup menerima kesusahan yang Engkau berikan ini, kerana setiap 1 bintik hitam dosa di hatiku balasannya adalah 1 api neraka, dan setiap kesakitan yang Engkau berikan kepadaku akan memadamkan 1 api neraka bagiku di akhirat nanti. Oleh itu aku redha ya Allah dengan kesusahan yang Engkau berikan di dunia ini, sehingga kerananya aku tidak diazab lagi di akhirat nanti”.

Katakan:
(إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي)
Lakukan apa sahaja, selagi tiada kemurkaan Kau padaku, aku tidak peduli.

Bila Rasulullah saw ditanya sahabat: Tak sedih ke, doamu tidak dikabulkan agar Abu Talib masuk Islam? Rasulullah saw berkata: Saya gembira dengan keputusan Tuhan. Memang patut Tuhan buat begitu.

Siti Fatimah, Allah jadikan sebagai penghulu syurga dikalangan wanita adalah kerana dia sangat redha dengan segala kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya. Hatta dia mati pun kerana menanggung kesusahan itu dia sanggup.

Kut Siti Fatimah jauh sangat, Kalau ko orang remaja mengadu kepada bonda Ummu, ujian yang ko orang hadapi, bonda Ummu lagi teruk diuji. Gambarnya diubah di FB, dihina-hina. Bonda ucapkan terima kasih. Di buru oleh jentera kerajaan kerana kenyataan dan pendapatnya, dia redha menerima. Disihir untuk dibunuh oleh orang-orang yang pernah dia kenali, diterima kerana itu datang dari Tuhannya. Kalau bonda mengadu kepada Abuya, Abuya lagi banyak ujiannya. Begitulah kalau kita semua mengadu kepada Rasulullah saw, ketahuilah Rasulullah saw dan para sahabat lebih dahsyat diuji dari kita semua. Inilah format untuk menjadi kekasih Allah yang juga akan berlaku kepada semua Ikhwan.

أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثل فلأمثل، يبتلى الرجل على حسب دينه

Inilah panduan dari Rasulullah saw, yang mafhumnya, seberat-berat manusia yang mendapat ujian adalah para Nabi, kemudian mengikut kadar iman dan kekuatan beragama masing-masing.

Masjid Nabawi dari Udara

Kalau ada 1 orang sahaja yang boleh redha dan seronok dalam menghadapi kesusahan atau kesakitan yang Allah berikan kepadanya, inilah orang yang sangat ditakuti oleh Yahudi.

Yahudi tak takut kepada orang ramai yang tawaf dan beribadah di Masjidil Haram itu. kerana di hati mereka tidak ada rasa takut dan redha dengan kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya. Banyak cerita yang kita dengar, walapun pergi haji dengan pakej berpuluh ribu, penuh keselesaan, tapi tetap tidak puas, mulut tetap marah-marah. Tidak redha dengan Tuhan. Bukan sahaja yahudi tak takut, dah jadi pengikut yahudi.

Antara ujian yang banyak menimpa pejuang akhir zaman ialah ditimpa sakit. Apa taknya, antara hiburan yang paling kerap diperolehi ialah makan sedap.

Pegi mana tu? ‘Cak’ dan ‘ngeteh’ di warung Hamid Bukit Pasir. Apa lagi kalau tak capati dengan kari kambing. Di Mekah, Syh Inaam, jom ke Iskander Kebab. Balik Batu Pahat, jom En Salim, lama tak pekena ‘Mee Racun’ Taman Jaya. Lontong darat Wak Tunut Keluang, di Amman dan Damascus pekena Nasi Mandi Hadra Maut lagi. Kari kepala ikan Kepong. Fuuh….Kalau dah kena racun, kena mandi sampai hadir maut…lontong darat, lontong laut dan entah apa-apa lagi, ikut zahirnya mudah le kena penyakit.

Dah sakit jumpa doktor. Sebenarnya pandangan doktor fizikal berbeza dengan pandangan doktor roh. Doktor fizikal, kalau analisa sesuatu penyakit, bila tak mampu rawat, tak da harapan dah ni, nak mati dah. Doktor roh kata, ini proses roh, nak matangkan roh. Nak hapuskan dosa. Mudah-mudahan kita disehatkan zahir batin. Moga kita diproses untuk menjadi ikhwan. Jadi pejuang yang ditakuti yahudi.
Dapat maqam redha. Redha dan seronok dengan semua yang datang dari Tuhan. Atk.

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan
7.38am Jun 27, 2011
(anjangmuor.word.pres.com)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s