Solat, rokok dan Kahwin

Penulis bersama Osama (R) dan Raeid (L)

Raid seorang pemuda Palestin. Bertugas di mat’am GISB Jerash. Warganegara Jordan. ibu bapanya sudah meninggal dunia. adik beradiknya telah berkahwin, masing-masing dengan tanggung jawab keluarga. Berumur 30 tahun tetapi belum berkahwin. Siapa yang hiraukan kebajikannya?Lagipun umur 30 tahun belum berumah tangga, bukan satu kejanggalan di sini. Di timur tengah, majoriti masyarakatnya lewat berkahwin. kerana kekangan kewangan.

Tetapi ia menjadi masalah kepada Raid kerana tiada siapa yang melihat kebajikannya. Rumah pusaka sudah diambil oleh adik beradik yang sudah berkahwin. Untuknya hanya satu bilik. Makan minumnya, pakaiannya tak dihiraukan. Soal kebajikan lahiriah penting tetapi kebajikan maknawiah dan rohaniah lebih penting. Betapa tidak, orang yang macam Raid, tanpa asas agama, bila ditimpa ujian…mula mempertikaikan Tuhan. Terasa kenapa aku dilahirkan ke dunia? Mengapa aku perlu diuji begini? Malah datang hasutan Syaitan untuk membunuh diri. Ada ke cara lain untuk selamatkan dia selain memberi ilmu dan bimbingan, lalu mencari pasangan untuknya?!

BATU HAMPAR

Teringat aku dengan Idham di Bandar RSA, Batu Hampar. Seorang berbangsa India. memeluk Islam. Berasal dari Kelang. Ada lagi ke tak kat Bt Hampar? Harap-harap Us Zar, Us Sharaf dan lain-lain tengok kebajikannya. Walaupun masih merokok seperti Raid, tapi fikiran dan jiwanya positif. (Wahai remaja-remaja, ko orang masih merokok lagi ke?) Hari-hari membersihkan kawasan sekitar rumah tamu, surau dan wakaf. Pernah aku tanya, ‘sebab apa Idham suka duduk sini? Katanya, dia boleh belajar dengan semua orang. Dari remaja seperti Amin dan Dhirar, dari Pak Ya Mini Market Ikhwan, dari Ust Su yang banyak banyak membantu mesin rumput, dari Pak Ya kafe Ikhwan, dari Rahman yang mengendalikan kilang tauhu, lebih-lebih lagi dari Zar, Shidi dan Sharaf.

Beberapa kali dia ulang kepadaku keajaiban yang berlaku padanya pada Ramadhan tahun lepas. Hidupnya bergantung kepada alat bantuan untuk pengidap athma. (aku pun tak tau, pebenda namanya), sebenarnya dia pengidap athma yang kritikal kesan kerjanya sebagai pemandu lori sebelum ini. Tak boleh langsung minum ais. Tetapi yang peliknya, sepanjang Ramadhan lepas, setiap kali buka…’belasah’ (pinjam istilah Sy Anuar Perancis) ais. Ok pulak. Tak tumbang pulak. Fikiran dan jiwa nampaknya positif. Mudah tersenyum, tak nampak murung.

JERASH

Hanya Iman & Taqwa dapat membebaskan Palestine

Aku ulang-ulang padanya, Raid perlu tahu, Abuya membina jemaah ini untuk membawa manusia kepada Tuhan. Untuk cinta dan takutkan Tuhan. Pastu laksanakan hukum hakam Tuhan dalam seluruh kehidupan. Abuya cuba laksanakan semua sistem yang Allah suruh dalam jemaahnya (diperingkat jemaah- sebab itu tiada hudud, mahkamah, ketenteraan dll). Oleh kerana itulah jemaah Abuya dilihat mengancam keselamatan (walaupun hakikatnya tidak), kerana seolah-olah ada sistem dalam sistem, ada negara dalam negara. Lalu ia diharamkan. Ya, PAS tak diharamkan, Tabligh tak diharamkan, ABIM tak diharamkan… semuanya aku rasa tak ‘mengancam’. Power la Abuya.

Antara sistem yang Abuya sangat tegas membangunkannya adalah kekeluargaan bermula dari perkahwinan. Oleh itu kalau Raid ingin jemaah uruskan pernikahan, kena ikut disiplin jemaah.

‘Apa syarat yang perlu saya ikut?’

Semangat nampak…. Tadi macam lemah je, macam separuh tidur je, pelanggan Mat’am pun hanya 2 meja. Kerja kurang, lagila bertambah lemah.

‘Kena ada perubahan diri. Pertama kena jaga sembahyang.’

‘Saya sembahyang.’

‘Kena tengok-tengok juga, Osama ni sembahyang ke tidak…’ Aku mengusik, sebab Osama ni lagi liat dan banyak politik.

‘Itu antara dia dengan Tuhan.’ pandai pulak si Raid ni, mesti Osama yang ajar….

‘ Tak, Tuhan akan tanya kawannya, kenapa kamu tak ajak dia sembahyang?’ aku sanggah tegas.

‘Ok, Ok…. Pastu?!

‘Kena berhenti merokok.’

‘Ini tengah usaha ni.’

‘Sungguh-sungguh. Saya beri masa sebulan.’ tambah lagi 30% ketegasan… hehe, boleh percaya ke?

‘Lepas tu?’

‘Kita akan usaha carikan pasangan.’

‘Bukan boleh pilih sendiri?!’ (Dia tak cakap begini, cuma aku dapat rasakan, dia nak tanya)

‘Perkahwinan dalam jemaah ini bukan isu peribadi Raid! Ia percaturan pemimpin. Atas dasar memberi keuntungan kepada jemaah. Kepada Islam. Kedua-dua isteri saya, bukan saya pilih, saya beri kepercayaan kepada jemaah memilih, biar Abuya yang pilih. Lebih berkat. (Alamak… tang ni teringat kat isteri-isteri pulak, tapi kejap je… lebih-lebih lagi kuliah-kuliah sekarang agak ‘mengancam’)

Tengok keluarga Abuya: 4 isteri, 38 anak, lebih 200 cucu. Semuanya bersungguh-sungguh amalkan dan perjuangkan Islam. Tak nak ke begitu?’

‘Nak…Nak…’

‘Kita nak perangi yahudi…’ kataku.

Bab ni orang Palestin sangat teruja. Dia dengan Osama nampak lebih memberi tumpuan. Dua-dua Palestin. Maklumlah, sejak kecil mereka lihat hidup mereka merempat di bumi orang. Beberapa dekad yang sudah, ketika pindah dari Palestin, bapa-bapa mereka hanya mendirikan khemah di tempat tinggal mereka sekarang. Bila hujan lebat di musim sejuk yang menggigit, ada khemah-khemah yang dihanyutkan air deras. Anak-anak kecil kelaparan, sakit tanpa ubat. kesejukan Allah sahaja yang tahu. Pada mereka, semuanya angkara yahudi, sebab itu tumbuh dendam mereka dengan yahudi, sebahagiannya bukan atas dasar agama tetapi kerana benci, marah, sakit hati. Sebab itu bila aku kata, Abuya nak perangi yahudi… terbuka mata, betulkan tempat duduk.

‘Perkahwinan ini, kalau berlaku… adalah peperangan. Tubuhkan kelab Isteri Taat Suami, semua yahudi takut. Berpuluh-puluh wartawan dari Barat datang ke Malaysia. Ini pula orang Palestin berkahwin dengan orang Melayu. Orang Arab sudah bergabung dengan Melayu. Yahudi lagi takut. Sekarang seluruh dunia mengakui, orang Melayu adalah yang paling kuat mengamalkan Islam.

‘Ya,’ kata Osama menyampuk, ‘Kat TV, kalau dulu Malaysia ditulis Malaysia sahaja, sekarang biasa ditulis, Negara Islam Malaysia.,

‘Mat’am Abuya ini, orang-orang sekitar Jerash mengatakan Mat’am Islam yang sebenar, restoran orang-orang Malaysia. Kalau nak pegi Mat’am Islam, pegi Mat’am Qasr Lubnan.’ tambah Osama yang banyak bergaul dengan masyarakat.

‘Jadi, perkahwinan ini adalah strategi peperangan’. ‘Raid, cuba jawab! Adakah kalau sedang berperang tentera buat sesuatu ikut suka hati atau ikut arahan ketua?’ Aku menduga.

‘Sudah tentu ikut arahan, bahaya kalau buat sendiri.’

‘Ok, Biarkan jemaah susun.’ Aku putuskan.

‘Tentang merokok ni Raid, saya teringat semasa tinggal di Labuan dengan Abuya, suatu hari naik kenderaan bersama Abuya, Ummu serahkan pada Abuya sekotak rokok yang diambil dari remaja. Abuya pegang kotak rokok itu. Kotak rokok berwarna merah- Malboro.

Abuya kata, ‘Abuya rasa panas memegang rokok ni. Ia bukan tembakau semata-mata, ia telah disihir.’ Begitu juga minuman bergas, dalam botol dan tin, kebanyakannya telah disihir mengakibatkan, bila dah ketagih susah berhenti.

Osama yang juga kuat merokok mengiakan.’ Jadi, itulah dulu petang ni’…Kataku…Mereka kembali bertugas di dapur…

Oh, bukan senang nak bagi orang Arab tunduk dengan orang ‘Ajam. Abuya je boleh buat. Pekerja-pekerja di sini sudah seperti adik-beradik. Banyak sangat perubahan yang berlaku di sini sejak hampir setahun di bawah GISB. Ada masa nanti kita ceritakan… ok jumpa lagi.

Ikhwan Homestay, Jerash.

1.16 am, Jun 22, 2011

Advertisements

2 thoughts on “Solat, rokok dan Kahwin

  1. Abuya dah mati la bro, orang al arqam pulak kata dia ghaib.haha. Masih kata si arwah adalah reincarnation. Bro, Rasullulah yang pnghulu segala dunia pun xde reincarnation. Nak kahwin pun abuya pilih??? mungkin dia pilihkan untuk kau sebab kau lemah untuk buat pilihan sendiri. Aku respect abuya sebab perjuangan dia, tapi bukan fahaman dia. Macam2 la kau orang ni, kalau betul perjuang islam , aku nak tanya la..bagi aku bukti contribution korang dekat pejuang Islam? mana al-arqam masa muslim thai, moro kene bantai..bukan nak cabar, tapi aku nak bukti..kalau kau dapat bukti bro..aku diam. jgn takut sebar kebenaran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s