Dr Hisham At Tamimi & Kelab Taat Suami

Ziarah Dr Hisham At Tamimi

Salam. Bertemu lagi. Walau tak bersua muka. Cuma di baris-baris ayat, celahan kata-kata, menumpahkan apa yang berlegar di kepada, apa yang terasa di dada. Tulisanku ini kutujukan pada remaja, maaflah jika ter’send’ pada semua. Bahasanya, kureng beradab pada pemimpin dan yang ditua-tua.

Ok… Ko orang pernah makan durian? Tentu pernahkan. Tapi maksud aku, makan di dusun. Bukan beli tepi jalan. Lebih-lebih lagi bukan beli yang siap kupas, dalam polistrin, di ‘wrap’ plastik nipis, ada kesan-kesan orang cucuk jari lagi. Harga RM10, adalah dlm 5 ulas di Giants tu .

Ni yang di dusun, kutip sendiri, kepala pakai bakul durian untuk ‘safety’. Kutip buah baru jatuh. Tiup kat tangkainya, mudah-mudah jatuh banyak lagi. Kumpulkan setempat. Masukkan dalam bakul. Bawa ke pondok. Bersihkan dengan penyapu lidi khas, pendek. Pastu pilih, letak atas kain buruk, supaya tak mudah tergelincir, kopek dengan parang kontot, cari alur di pangsa, tekan parang. Cubalah buka! Masukkan kedua-dua tangan di celah yang terbuka, tarik kedua tangan ke arah yang bertentangan…Tarik kuat-kuat. Biar berpeluh dahi.. Kuat-kuat lagi.. Ni baru real makan durian. Baru nikmat makan… Jangan lupa baca doa dan minum air dalam pangsa untuk mengelakkan panas berlebihan. Ni baru nama makan durian..

Gugusan Putik Anggur Bakal Masak Ramadan ini (Gulp!)

Tu durian, anggur pernah makan? Fateh Azam!, kalau setakat beli kat pasar malam/pasar minggu Taman ‘U’ kat Sri Iskandar tu…tak best. Ni di ladang, bergantung-gantung, bergayut-gayut. Macam syurga (macam aku pernah masuk syurga…•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ ). tapi aku pun belum dapat makan, masih putik.

Huhu. Ha ni nak cerita tentang ziarah ke rumah dan kebun Dr Hisham At Tamimi, beberapa hari lepas kami ke Madaba. Aku, Solihin, Hafiz, Zai, Syh Daud dan isteri serta Ibu Anisah. Mula-mula ke Jabal Nebo, di sinilah Nabi Musa wafat tapi dikebumikan di Areha. Lalu Nabi Yusya’ menggantikan baginda mengetuai Bani Israel membuka Palestin.

Pastu kami turun ke lembah, dengan jalan berliku-liku tapi tak terlalu jauh, untuk melihat satu kebesaran Tuhan di muka bumi. Yang membenarkan kisah-kisah dalam Al Quran. Tempat yang perlu diziarahi jika anda ke Jordan. Itulah ‘Uyun Musa’ . Matair Nabi Musa as. Dari kesan mukjizat seorang Nabi, hanya dengan mengetuk tongkatnya ke batu setelah diperintah Allah, maka mengalirlah 12 matair untuk minuman 12 puak dari kaumnya. Kenapa 12 keluarga? Panjang ceritanya, di post yang lain insyaAllah kita ceritakan.

Uyun Musa

Pastu ke rumah Dr Hisham At Tamimi, yang menyambut kami dengan gamis biru muda ‘nus kum’. Ahlan ahlan… Tafadhal… Tafadhal… Sapa mesra beliau. Dah putih seluruh janggut dan rambutnya bersama berlalunya usia muda. Kalau masuk TV RSA gerenti kena inai macam Syh Salleh yang tampak wibawa sekarang. Isterinya juga menyambut ibu Anisah, penuh mesra. Berkat Abuya, orang-orang Melayu dan Arab dah jadi macam adik beradik.

‘Ala rohatakum… Tafutu am nasyuf mazra’ah… Terpulang, yang mana kamu selesa, nak terus masuk atau kita tengok kebun…kami pilih ke kebun. Dr Hisham ni, ‘tangan sejuk’, tanam apa pun mudah menjadi. Di keliling rumahnya penuh dengan berbagai tanaman. Pohon anggur berbaris-baris, dengan buah yang berjuntai-juntai. Tapi masih putik. Masih muda. Menurutnya, bulan Ramadhan ni masak, tak taulah ada rezki ke tak. Ada pokok tin, epal, tomato, cili dan macam-macam lagi. Saja aku bergurau: ‘Pokok ni musyrik Dr!!’ Sambil menunjuk kepada pokok bunga matahari. ‘Kenapa?’. Dr bertanya?…. Dr kena tanya pada aku, sebab orang Arab panggil ‘ubbad syams’.

Penyembah matahari, sah syirik, kita sembah Allah. ‘Eh, betul jugak…’ Kata Dr (tapi ni aku dah terjemah…. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ , dah tentu dia cakap bahasa Arab.

Di rumah Dr Hisham ada tetamu dari Syria. Kawan baik Dr Hisham. Abu Bilal. Yang asyik bercakap tentang kelebihan Syam. Imam Al Mahdi akan ke Syam dll. Tak mau berhenti. Oleh kerana dah masuk Magrib, aku timbulkan soalan… Saja nak bagi Abu Bilal berhenti bersyarah:

‘Ya Aba Bilal, Allah yukrimak…biddi atrah soal…
‘ ‘Eea tafaddhal!!’
‘Man a’arafan nas bil mahdi?
…aaa, la a’rif.
‘Al jawab, ba’dal Magrib… InsyaAllah.
Alhamdulillah, strategi berjaya…

Bersalaman dengan Abu Bilal

Lepas Maghrib, Dr Hisham pun bertanya perkembangan Jemaah. Dr Hisham ini, walaupun pensyarah aqidah di Universiti Jordan, ada Phd. Tapi sangat tawadhu’ dan lurus hati. Abuya dah proses awal. Mungkin juga faktor keturunan, dari Bani Tamim. Bukan mudah alim ulama nak bertanya dengan kita. Lagi-lagilah, dia orang Arab. Kitani ‘ajam… Jawa+Melayu+Bugis (tak tau nama apa). Begitulah di Jordan, Abuya sangat diterima. Allahyarham Syh Nuh Qudha, Syeikh Ali Faqir, Syeikh Hassan As Saqqaf, Syeikh Abu Khalid dan lain-lain, bukan sebarang orang di sini. Semua itu kawan-kawan baik Abuya.

Berapa ramai pensyarah-pensyarah universiti di Timur Tengah yang menyokong perjuangan Abuya? Ramai le sangat.!!!. Dr Basyeer Abu Rumman, Dr Walid Awajan, Dr Abdullah Fawwaz. Dr Badi’ Lahham, Dr Sameer, Dr Hassan Bugho, Dr Jawwad Khalf, Dr Solahuddin Kaftaru, ayahnya Syh Ahmad Kaftaru, Dr Abd Sallam Al Harras dan ramai lagi…Mereka memandang besar apa yang Abuya dah laksanakan, bukan sekadar cakap. Dr Basyeer tu sampai nak pakat-pakat dengan kawan-kawannya beli tanah, nak buat kampung Islam, macam Abuya buat…Tapi, mana mampu, sapa yang mampu satukan hati manusia? Bukan mudah. Tapi, kat Malaysia, tak ramai yang berani sokong Abuya terang-terang. Takut beb… Ujian berat.

Jadi jangan dengan mudah mengatakan sesuatu tu tak betul tanpa menilai dahulu. Isu KTS umpamanya, kenapa Mufti Perak sokong? Kenapa MUI Sumatera sokong?

Dr Hisham: ‘Mengapa sekarang buat tumpuan di Mekah?’ Aku maklumkan, bukan sekarang, dah lama usaha nak masuk, tak berjaya. Tapi sejak Abuya pergi, Allah beri peluang masuk. Ada projek, ada istana, ada villa, kenderaan. Dah macam kampung sendiri. Ya la, Mekah tu kampung Rasulullah, kita nak jadi orang Rasulullah saw, kena bergelanggang di sini. Siapa nak bebaskan Kaabah dari Wahabi? Sepatutnya, semakin beribadah, khasnya lakukan kemuncak rukun Islam, iaitu haji, umat Islam semakin berakhlak, berkasih sayang… Tapi tak berlaku, betul tak Abu Bilal? Betul-betul. Kali ni giliran orang ‘ajam pulak cakap, Abu Bilal khusyu’ mendengar. Sebab itu, sebenarnya Al Mahdi dah zahir di musim haji yang lepas, cuma dia ada teknologi roh menutup jasad, kita tak nampak. Yang nampak hanya kesan-kesannya…

Generasi Harapan Europe Tour

Apa kesan-kesannya? AS mahu ke Mubarak dan lain-lain bonekanya di Timur Tengah jatuh? Tak mau, tapi dia mampu halang? Taaakk. Ada satu kuasa yang sedang lakukan. Ketika hutan di Israel terbakar, di musim sejuk yang lepas, tak mampu nak padamkan, mengapa? Malah ada negara-negara nak menghulurkan bantuan, Tuhan banjirkan pula seperti Australia, mengapa? Skandal pemimpin-pemimpin dunia sangat banyak, selama ni tak terbongkar, kenapa ia terbongkar tahun lepas oleh Wikileaks? Ada tangan ghaib yang berperanan.

Terakhir ni kita lancarkan Kelab Taat Suami, mengapa berpuluh-puluh wartawan dari mass media barat datang? Mengapa hp Persiden dan timbalan presidennya mendapat call bertalu-talu? Bukan saja dari wartawan dalam negeri, juga luar negara. Mengapa ada kumpulan wartawan dari barat sanggup, follow group Generasi Harapan yang sedang tour di Eropah untuk interview? Semua ini kerana yahudi sudah tahu, Muhammad ke 2, sudah muncul. Yahudi sangat takut. Yahudi tahu, mereka akan kalah, malah sedang dikalahkan kerana berperang dengan orang yang mereka tidak nampak.

Imam Mahdi & Fata at Tamimi

‘Jadi, siapa yang paling kenal Imam Mahdi, wahai Abu Bilal? ‘ ‘Tak tau’.
‘Dr Hisham macam mana?’ Aku menduga…
‘Ketika belajar di Mesir, saya pernah bermimpi, bertemu dengan Imam Al Mahdi, ketika itu orang ramai sedang berbai’ah dengan beliau, sayalah salah seorang darinya.’ Ujar Dr Hisham.
‘Dr menoleh ke tepi atau belakang tak dalam mimpi tu?’ Aku bertanya.
‘Mengapa?’
‘Manala tau nampak saya di situ, kataku bergurau.’
Dr Hisham tergelak. Dalam hati rasa sangat tidak layak tapi mengharap, moga-moga aku dan kawan-kawan ada sekali.

Dr Hisham pula bertanya, sebenarnya siapa yang paling tahu tentang Imam Mahdi.? Aku berterus terang: Dia adalah Putera Bani Tamim.
Dr Hisham: ‘Macam mana saya nak dapatkan info dan perkembangan ni, nak update?’. ‘Kami sentiasa dapat, khasnya setiap dua minggu.’
‘Kalau macam tu, setiap dua minggu, kita berjumpa la.’ ‘InsyaAllah.’
Nampak semangat Dr Hisham ni. ‘Cuma saya akan masuk Syria… Beberapa hari lagi.’Kataku.
‘Sampai masa, masuk la ke Jordan, atau saya ke sana nanti.’ ujar Dr Hisham.
Semangat betul Dr Hisham ni, sebab aku pancing dia dengan kuliah terbaru, ‘sex dalam Islam’ dan perkembangan KTS. Baru promote je, Dr Hisham dah nak ajak rehlah makan-makan dengan keluarganya di satu lagi kebunnya di Uyun Musa.
Mudah-mudahan Dr Hisham sekeluarga diberkati Allah dan tergolong dalam pejuang akhir zaman. Moga kami juga selamat, kerana ramai je orang yang kononnya nak menyelamatkan orang, tapi dia sendiri terkorban. Atk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s