Sejenak berbahasa Arab… bab Tasybih ( Taat hingga boleh dil_w_t?)

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat

Salam semua kawan-kawan, dah lama kita tak buka kitab. Apa kata, hari ni kita mengaji Bahasa Arab. Bahasa Arab ni banyak cabang ilmunya. Nahwu, saraf, balaghah, mantiq, bayan  dan lain-lain. Hari ni kita mengaji balaghah, bab tasybih.

بسم الله الرحمان الرحيم

أصدقائي الأعزاء اليكم توضيح بسيط بخصوص التشبيه :
تعريفه: التشبيه هو التقريب بين شيئين لوجود صفة مشتركة أو أكثر بينهما و
أركانه: للتشبيه أربعة أركان هي المشبه و المشبه به و أداة التشبيه و وجه الشبه

Kawan-kawan ku yang mulia, untuk kamu semua penerangan ringkas apa itu tasybih. definasinya: Tasybih adalah mendekatkan di antara dua benda kerana adanya satu sifat yang sama berkongsi diantara keduanya atau beberapa sifat. Rukunnya ada 4: 1.Musyabbah 2.Musyabbah bihi 3.Wajhus syibih 4.Adatus syibih. Senangnya kita guna bahasa Melayu je. he he. Contohnya: Khalid berani seperti singa. Dari ayat ini, kita dapati:

1.Musyabbah: Khalid

2.Musyabbah bihi: singa

3.Wajhus syibih: berani

4.Adatus syibih: seperti

Oleh itu Khalid berani seperti singa bukan bererti Khalid itu seperti singa pada segala sifatnya tetapi pada keberaniannya. Kita tidak maksudkan Khalid seperti singa, gigi taringnya seperti singa, atau bulu tengkuknya seperti singa, atau kukunya seperti kuku singa. Tetapi yang kita maksudkan ialah, dari sudut keberaniannya, Khalid umpama singa.

Ok, setakat ini sahaja kelas kita hari ini. Adapun bagi mereka yang tidak faham, belajarlah memahaminya dan latihlah penggunaannya. Bagi yang faham, tapi buat-buat tak faham, atau yang memang tak nak faham; tok dopeklah den nolongnyo… Orang seperti Dr Mashitah, lulusan ijazah Universiti Al-Azhar, pastu Universiti Kaherah sambung lagi di UIAM tak sepatutnya tak faham tentang tasybih ni….

Bila KTS atau Kelab Taat Suami mengatakan isteri kena layan suami di ranjang seperti atau lebih hebat dari pelacur first class, bukan bererti isteri itu jadi pelacur. Tetapi ia bererti, isteri itu kena seperti atau lebih hebat dari pelacur 1st dalam skill melayan suaminya. Sama sekali bukan bererti, isteri jadi pelacur. Tanpa akad, tanpa hak nafqah, boleh didera, dizalimi, rendah martabat, hina, asalkan dibayar, sanggup lakukan apa sahaja dan lain-lain seumpamanya. Mengapa memesongkan kenyataan. Kalau yang cakap itu Shahrizat atau Ras Adiba, aku tak kisah sangat… Tapi Mashitah yang melenting kenapa?

Tunjuk Kuasa Allah Vs Tunjuk Kuasa Menteri ?

Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan"

Mesej yang paling utama adalah taat suami. Kenapa macam tak puas hati, hingga mengandai-andaikan yang bukan-bukan seperti (Taat sehingga boleh diliwat),(adakah ahli-ahli kelab ini mendidik anak-anak perempuan mereka bermentaliti pelacur apabila berkahwin kelak?) Cuba teliti kata-kata seorang Phd,(jangan lepas ni ada pihak yang mahu tubuhkan kelab suami taat, yang menganjurkan suami menjadi gigolo kelas pertama pula). Aku nampak kenyataan ni sangat jahat. Dah sah-sah KTS tu ajak taat suami, sesuatu yang sangat dituntut dalam kehidupan berumah tangga, sangat disalah ertikan. Tak faham tasybih ke?

Atau memang tak reti nak taat, sampai terfikir akan ada orang buat kelab suami taat. Cuba la buat, aku jamin orang yang fitrahnya suci, tak akan terfikir begitu. KTS nak selamatkan perkahwinan, suatu majlis yang mulia, berhabis-habisan, banyak masa, tenaga, wang ringgit dicurahkan supaya tidak mengundang dosa dan laknat Tuhan. Sebab terbukti sudah banyak berlaku, hasil pengalaman ramai orang, ada isteri-isteri di malam pertama lagi sudah menolak permintaan suami sedangkan jelas dalam hadis, Allah dan seluruh malaikat akan melaknatnya sampai ke Subuh.

KTS datang untuk menyuburkan kefahaman mengenai tugas isteri yang utama. Sepatutnya kita sokong. Yahudi memang suka isteri-isteri orang Islam yang menguasai rumah tangga. Queen Control. Sentiasa ingkar dengan suami, kerana akan lahir masyarakat yang pincang. Sebab kekuatan sesebuah masyarakat bergantung kepada ikatan kekeluargaan yang utuh. Apabila suami takutkan isteri, anak-anak akan hilang hormat kepada bapanya. Siapa lagi yang mampu mengawal anak-anak kerana bapanya sudah hilang wibawa?

Mat’am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan.

12.18am Jun 20, 2011

anjangmuor.wordpress.com

Taat sehingga boleh diliwat?

oleh MASHITAH IBRAHIM  ( SINAR HARIAN : 6/17/2011 7:33:19 AM )

Asalkan dibayar, seorang pelacur kelas pertama akan melakukan apa saja dikehendaki pelanggan, termasuk seks luar tabii atau adegan luar biasa untuk merealisasikan fantasi. Adakah seorang isteri perlu melakukan atau diperlakukan sebegitu atas nama taat suami?

Pelacur melayan pelanggan untuk wang, sama ada atas kehendak sendiri atau desakan hidup. Layanannya pula bersifat sementara, tiada ikatan emosi dan bukan untuk mendapat zuriat. Isteri pula berstatus pasangan yang diijab kabul secara sah sebagai teman hidup kepada suami, pelengkap keluarga serta ibu kepada anak-anaknya.

Suami memang akan bahagia jika keperluan seksnya dilayan baik oleh isteri. Lebih penting, kebahagiaan suami adalah kerana mempunyai isteri yang prihatin, saling menghormati dan memahami, sama-sama mengharungi kesusahan dan bertanggungjawab atas kepentingan keluarga serta berperanan membina rumah tangga. Isteri yang tabah, rajin, beriman dan menghormati mentua pasti disayangi suami. Isteri tidak perlu berkelakuan atau bermentaliti pelacur untuk menagih kasih sayang suami.

Cadangan agar isteri melayan nafsu seks suami seperti pelacur kelas pertama menjatuhkan maruah wanita. Ia mengukuhkan stereotaip wanita sebagai objek seks, lemah dan rendah intelek. Bagi mereka yang tidak pernah melanggan pelacur atau mendapat perkhidmatan pelacur kelas pertama, mereka tidak tahu cara, tapi bagaimana pula pemimpin kelab ini tahu aksi pelacur kelas pertama memberi perkhidmatan?

Daripada respons masyarakat umum, ramai juga lelaki, termasuk suami dan bapa, berasa terhina cadangan ini kerana tidak mahu isteri dan anak perempuan diistilah pelacur. Justeru, apakah motif sebenar Kelab Isteri Taat (KIT) membuat cadangan itu?

KIT adalah penjenamaan semula Kelab Poligami Ikhwan, diasaskan Hatijah Aam, isteri kedua Ashaari Muhammad, pengasas kumpulan al-Arqam, yang diisytiharkan sesat oleh kerajaan pada 1994. Ramai melihat tindakan KIT mempopularkan semula ajaran al-Arqam dengan menggunakan isu isteri layan suami sebagai daya penarik orang ramai menyertainya. Tidak mustahil ahli-ahli lelaki al-Arqam adalah penaung kelab ini. Lalu terlintas di fikiran: adakah kesemua isteri Ashaari Muhammad dan pemimpin-pemimpin al-Arqam berperanan seperti pelacur kelas pertama semasa melayan suami mereka?

Menurut laporan, kelab ini ada sekitar 800 ahli di Malaysia, 200 di Jordan dan sebilangan lagi di Indonesia. Kemungkinan mereka bekas ahli al-Arqam atau isteri kepada bekas ahli al-Arqam. Ahli-ahli baru yang direkrut oleh kelab ini barangkali bertujuan dijadikan isteri kedua, ketiga atau keempat.

Tujuan kelab ini untuk memberi kaunseling pernikahan, pendidikan seks dan kefahaman tentang taat kepada suami. Pada asasnya nampak baik tetapi tujuan yang baik tidak serta-merta menghasilkan kebaikan jika jalan diambil adalah keliru, salah dan menderitakan orang. Penyampaian dan mesejnya juga tidak sesuai. Adakah ahli-ahli kelab ini mendidik anak-anak perempuan mereka bermentaliti pelacur apabila berkahwin kelak?

Dalam rumah tangga, memang jadi tanggungjawab isteri taat dan melayan suami. Namun, tidak bermakna suami boleh lakukan apa sahaja terhadap isterinya. Suami juga kena hargai isteri yang bekerja dan penat lelahnya sepanjang hari mengurus rumah tangga dan keluarga. Walaupun poligami dibenarkan dalam Islam, jangan kaburi pemahaman isteri tentang taat atau pengorbanan semata-mata untuk berkahwin ramai. Taat isteri ada hadnya. Perbuatan suami yang menyeksa, memaksa atau mendorong isteri ke arah dosa dan mungkar tidak perlu diikuti. Punca sesuatu perceraian tidak semesti kerana layanan seks isteri kepada suami tidak setaraf pelacur kelas pertama. Ramai pasangan bercerai kerana masalah kewangan atau mentua, tiada persefahaman, malah kerana perbezaan politik pun ada. Jika suami makan luar, tidak semestinya salah isteri. Betapa taat sekalipun isteri, suami masih boleh berlaku curang. Malah, orang yang beristeri empat pun masih lagi curi makan!

Perkahwinan untuk menjamin keutuhan hidup pasangan dan membentuk rumah tangga bahagia dengan kedua-duanya bertanggungjawab terhadap kebajikan keluarga dan anak. Kebahagiaan bukan tertumpu pada soal seks sahaja, tetapi faktor lain juga seperti keberkesanan komunikasi, ikhlas, jujur, kompromi dan persefahaman tinggi serta kepuasan besarkan anak. Matlamat wanita menjadi isteri kelas pertama, bukan pelacur kelas pertama. Pada saya, tiada perlunya kelab seperti ini di Malaysia kerana ia bukan bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah yang kritikal. Jangan lepas ini ada pihak yang mahu tubuhkan kelab suami taat, yang menganjurkan suami menjadi gigolo kelas pertama pula.

Advertisements

3 thoughts on “Sejenak berbahasa Arab… bab Tasybih ( Taat hingga boleh dil_w_t?)

  1. Syukran ya sykh… muga2 dpt disebar2kan Ilmu Islam ni pd semua ummat akhir zaman… muga dgn ilmu ni, sape2 yg x paham boleh jd paham dengan tamsilan yang dibuat oleh presiden KTS… mzb 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s