‘Jadilah orang kaya yang pemurah!’

Bangunan yang menempatkan Maqam Saiyidina Abd Rahman Auf RA

Assalamu Alaikum! Min ma’ie? Yasser! Allah yu’thikal ‘afiah ya akhi, ana sodiq li Solihin, wallahi biddi a’rif, mata tiji bas…? Aiyyu saah? Thamaniah? Thamaniah wa rubu’, thoib…thoib… Masyi ya akhi…ana bistanna….

Begitulah yang aku bualkan dengan tuan bas dalam bahasa Arab ‘amiyah yang tunggang terbalik. Aku pun bukan mahir sangat, macam Us Ramadhan, Us Jaafar atau Sy Nik Hazani. Cukup-cukup makan je… •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Call tu cuma nak pastikan driver boleh sampai tempat kami pukul berapa. Maklumlah, musim panas begini ramai yang sambung tidur lepas Subuh. Sebab perjalanan jauh, kalau keluar lewat, sampai pun lewat. Pagi ni niat nak ziarah maqam Saiyidina Abdul Rahman bin Auf, Ashabul Kahfi di Amman. Pastu menghala 200km ke selatan Jordan di Muhafazah (negeri) Karak, untuk ziarah maqam Saiyidina Jaafar bin Abi Tolib, Saiyidina Zaid bin Harithah dan Saiyidina Abdullah bin Rawahah dan Medan Perang Muktah. Seterusnya nak ziarah kota Karak yang berjaya di tawan oleh Sultan Solahuddin Al Ayubi…. Banyak tempat ni, kalau lambat keluar, takut tak boleh cover semua. Balik Amman kalau boleh nak ziarah maqam Nabi Shuib as dan maqam Nabi Yusya’ as.

Alhamdulillah, jam 8.15 kenderaan sampai. Coaster yang agak ok gak. Rombongan BOD dan Ibu 15 orang. Seat ada lebih, aku masukkan pelajar-pelajar yang belum berpeluang ziarah. Dapatlah pergi berkat tetamu.
Memang Abuya selalu sebut, rasanya ada hadis, aku tak hafaz matannya: Tetamu datang membawa berkat, pulangnya bersama penghapusan dosa.
Berkat tetamulah, aku, Imran, Din, Abir dan Fitri dapat joint xpdc ni… Terima kasih Tuhan.

Dalam setengah jam perjalanan diisi dengan taklimat safar dan kuliah Sy Yang. Ada perkara yang penting, yang Abuya sembangkan kepada Sy Yang secara tak rasmi, iaitu bagaimana cara untuk selamat sampai ke hujung perjuangan. ( Oleh kerana tak rasmi, siapa yang nak, kena PM dengan ana, atau direct pada Sy Yang) Mahal ni woo. Tak boleh sebut dalam blog.

Batu tanda Makam

Alhamdulillah hampir jam 9 sampai juga kami ke detinasi pertama kami. Maqam Saiyidina Abdul Rahman bin Auf. Ia bukannya ‘dhoreh’ iaitu kubur yang ada jenazah di dalamnya sebab bila disebut maqam dalam bahasa Arab, ia umum. Mungkin kubur, mungkin juga tempat persinggahan atau laluan seseorang. Tetapi kalau ‘dhoreh’ atau ‘maqbarah’, ia adalah benar-benar kubur.

Maqam Saiyidina Abdul Rahman ini adalah tempat beliau dan beberapa orang sahabat berkumpul berbincang. Terletak di atas tanah yang agak tinggi di Jubaihah, piggir bandarAmman, tak berapa jauh dari Jerash. Kerajaan Jordan telah membina bangunan yang indah dan surau kecil untuk maqam ini tetapi mengekalkan bentuk asal maqam di dalamnya.

Di kanan pintu maqam ada sekeping batu bertulis: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ini adalah maqam sahabat yang mulia, Abdul Rahman bin Auf, salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah. Salah seorang dari enam orang Ahli Syura di zaman Saiyidina Umar Al Khattab, dan orang yang ke 8 mula-mula memeluk Islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi, ahli keluarganya dan sahabatnya.

Saiyidina Abdul Rahman mengambil bahagian di dalam semua peperangan utama dalam Islam, termasuklah Perang Badar, Uhud, Peperangan Khandaq, Futuh Mekah, Perang Hunain. Beliau terlibat di dalam perjanjian Hudaibiyah, satu perjanjian yg telah ditandatangani diantara Nabi Muhammad saw dan ketua-ketua kabilah Mekah. Dalam perjanjian tersebut, Mekah telah memberi pengiktirafan politik serta kebebasan kepada umat Islam. Dalam penaklukan Baitul Maqdis, beliau dilantik sebagai wakil umat Islam.

Saiyidina Abdul Rahman bin Auf adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Apabila Rasulullah saw arahkannya membuka perniagaan, maka di malam hari, beliau akan berdoa, merintih kepada Tuhan dengan bertawassul kepada Rasulullah saw agar diajarkan cara berniaga yang Allah kehendaki. Malah meminta Tuhan sendiri memberikannya modal. Apa yang terjadi, keesokan harinya, beliau pasti akan dibantu oleh Allah dengan idea-idea dan modal untuk memulakan peniagaan.

Makam Saiyidina Abdul Rahman Auf - Masih dikekalkan keasliannya

Oleh kerana berniaga dengan mu’jizat Rasulullah saw, perniagaannya berkat. Kaya tidak menjadikannya bakhil. Tanpa berkat pemimpin, kita yang tak kaya sangat pun dah bakhil+tangkai jering + taik hidung masin = kedekut pahit. Sangat berkira. Berkorban perlu diminta, sepatutnya berkorban tanpa diminta-minta. Ya Allah tolonglah buang cinta dunia kami. Beliau pernah membebaskan 31 orang hamba abdi, menyumbangkan 700 ekor unta yang sarat dengan makanan. Di saat hampir kematiannya beliau mewasiatkan sebanyak 1000 ekor kuda dan 50 ribu dinar untuk didermakan ke jalan Allah.

Ya Allah jadikan kami, jika miskin, miskin yang sabar dan redha. Jika kaya, kaya yang bersyukur dan pemurah. Tawadhu’ tidak sombong dengan berkat Saiyidina Abdul Rahman bin Auf ra.

Setelah berdoa dan bergambar, kami meninggalkan maqam beliau menuju gua ‘Ashabul Kahfi’ ….ok, takat ni dulu, jumpa lagi.
Homestay Ikhwan,
Jerash, Jordan.
10.15am Jun 18, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s