Jumaat petang di Mat’am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan

Deretan Kenderaan Pengunjung Restoran Ikhwan ( Mat'am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan)

Salam. Bertemu kembali. Petang Jumaat ni aku nak tengok sendiri sambutan pelanggan Arab di Mat’am Abuya di Jerash, Jordan. Hari yang panas terik begini, ditambah dengan cuti sekolah musim panas yang baru bermula memberi gambaran baru di depan mataku mengenai Mat’am ini. Betapa tidak, lebih dari 15 meja dipenuhi pelanggan selepas solat Jumaat. Terima kasih Tuhan. Hamudeh, Shuib dan lain-lain kelihatan sangat sibuk melayan pelanggan. Menyambut pelanggan yang datang bersama keluarga, dengan troli dan anak-anak kecil, menunjukkan arah ke kolam renang, bagi yang ingin mandi di tengah cuaca panas begini, ambil order, hantar pesanan. Kelihatan sangat sibuk. Aku tak menjenguk di dapur, tentu Osama, Raed dan Sayyid juga lincah menyediakan pesanan.Hari Jumaat begini terpaksa mengambil pekerja tambahan untuk melayan pelanggan yang ramai begini. Gaji harian, dalam JD7 sahaja.

Tapi yang penting bagiku, wajah pekerja-pekerja agak ceria dengan bilangan pelanggan yang ramai begini. Selalunya, bila pelanggan kurang, kerja pun kurang, pekerja-pekerja kulihat muram, mungkin sedih mengambil gaji tetapi seolah-olah tidak buat kerja apa. Tapi, masa kosong yang terluang, itulah peluang bertanya khabar diri dan keluarga. Sampai-sampaikan minda dan fardhu ain. Ajak sama-sama memikirkan nasib Islam.Pekerja kita, tanggung jawab kita. Bak kata Sy Rasidi dalam kuliahnya, apa itu tanggung jawab? Kamu tanggunglah amanah ini dan kamu jawablah di depan Allah di Akhirat atas apa yang telah kamu laksanakan.Gerun sebenarnya kalau memikirkan tentang perkara ini. Bukan soal kebajikan lahiriah sahaja, makan, minum, tempat tinggal, ahli keluarga mereka… sehat atau sakit. Malah lebih dari itu, bagaimana hubungan mereka dengan Allah bermula dari ilmu-ilmu fardhu ainnya. Sembahyangnya.

Uqbah (petugas cafe) sempat bertafakur memikirkan masalah dunia.

Memang mereka masyarakat Arab, datuk nenek mereka majoritinya keturunan yang baik-baik, tapi bila vacum kepimpinan, setiap bangsa kembali ke watak asal mereka. Bangsa di timur tengah ini, oleh kerana bentuk muka bumi yang kering kontang, berpadang pasir, batu-batu pejal, panasnya melampau, sejuknya
ektrim. Makanan mereka daging dan lemak-lemak, berminyak. semua ini mempengaruhi sikap mereka. Bila tiada pemimpin,secara automatik mereka  kembali ke perangai asal; keras, mudah bergaduh, pemarah, tidak bertolak ansur.

Inilah masyarakat kecil yang Uqbah kena hadapi setiap hari, lebih-lebih lagi mereka berbeza asal keturunan. Ada penduduk asal Jordan, ada orang Mesir, ada orang Palestin. Masing-masing dengan watak dan sifat yang berbeza. Selalu tidak bersependapat tetapi diikat oleh satu pimpinan, maka kalau ditanya apa perasaan mereka, semua sependapat: ‘seronok bekerja di syarikat Abuya.’

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s