Hormatilah guru-guru kita!…

Khusyuk meng-update posting ke blog...

Queen Alia International Airport, Amman, Jordan

Jam dah 12 lebih, dengan mata separuh tertutup ini aku cuba siapkan post untuk blog yang tak sempat diupdate. Kat mana? Di bangku lobi menunggu Queen Alia International Airport. Sepanjang 3 hari berprogram dengan kawan-kawan, tadi xpdc sehari suntuk hampir 500km ke Karak, Aghwar, Salt… sangat meletihkan. Alhamdulillah kumpulan ke 3 diketuai Sy Yang dah check-in. Cuma perlu tunggu, kalau-kalau lebih muatan, ada beg/kotak yang direject untuk dibawa balik.

Kalau tengah malam begini di Pantai Remis, sedap pekena tom yam sebelah Sekolah Tahfiz Nur Ikhwan. Sambil berbual-bual dengan Cikgu Suhaimi, menghirup kuah tom yam sea food yang masam-masam, pedas mengasyikkan. Sesekali disulam dengan udang goreng tepung, cicah sos…. Aaah itulah nikmat Tuhan. Orang kata rezeki jangan ditolak, aku kata, kena tolak… Tolak dalam mulut. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Slurrppp !

Cikgu Suhaimi ajar BM kelas aku di Batu Hampar sekitar 87-89. Pada aku dia guru aku. Aku perlu hormat dia. Bahkan wajib. Begitu juga Sy Mujahid, putera Abuya. Walaupun dia cuma ajar Bahasa Arab dari kitab Al Hilal. Dan, aku pun lupa, berapa kali sahaja. Tapi sudah cukup membina perasaan, dia ustaz, aku murid. Apa lagi, Sy Lah Ariffin, Sy Tengku, aruah Us Zaidun, Tuan Guru Ismail Puteh, Sy Hashim Muhammad, Sy Lutfi Hamim. (Mohon maaf ramai lagi yang tak disebutkan nama) Lebih-lebih lagi pemimpin di situ iaitu Sy Farul.

Ini adalah kesan didikan dari kecil agar menghormati guru. Lebih-lebih lagi semasa di Yayasan Al Arqam. Ustaz-ustaz biasa sebut kata-kata Saiyidina Ali: من علمني حرفا صرت له عبدا. Siapa yang mengajarku satu huruf, aku telah menjadi hamba baginya (yakni aku sanggup berkhidmat padanya). Begitulah kefahaman dan keyakinan Sy Ali. Adakah dia dapat kefahaman ini tanpa guru?

Mustahil!!!, sudah tentu dia dapat dari Rasulullah saw. Walaupun dia tidak nyatakan. Walaupun dia tak berterus terang. Kerana apa? Kerana dia membesar di rumah Rasul saw seperti yang kita ceritakan sebelum ini. Rasul lah gurunya. Oleh itu, dalam hidupnya dia praktiskan keyakinannya. Dia hambakan diri pada Rasul. Dia sangat berkhidmat pada Nabi Junjungan. Hatta walau berkorban nyawa. Seperti menggantikan tempat tidur Nabi di malam Nabi berangkat hijrah.

Jom!, Zakwan anak Sy Nizam tiba-tiba muncul. Beg-beg dah lepas semuanya… Alhamdulillah. Cuma… Hurmmm. Kena sambung taip dalam pick up le nampaknya.

Ulama-ulama besar dikalangan sahabat, tabi’en, tabi’ut tabi’en, para mujaddid, syeikh-syeikh sufi yang hak semuanya terkenal amat menghormati guru. Sebab itu ilmu mereka berkat, mudah amalkan dan berjuang. Lihatlah Abuya sangat menghormati guru-gurunya. Abuya bawa anak-anak muridnya menziarahi guru-gurunya. Abuya bela keluarga guru-guru, anak-anak mereka setelah kematiannaya.

Ko orang macam mana dengan guru? Rasa seronok tak memuliakan mereka.? Rasa lapang dada kalau dapat berkhidmat dengan mereka.? Rasa bersalah kalau melukakan hati mereka? Walaupun dia hanya ajar ilmu dunia. Ok… Jumpa lagi. Sini tak de tom yam.. Yang ada Mat’am Asy Syaibani… Nasi Mandi … Yaman. Kalau macam ni, sampai rumah azan Subuh, sebab Subuh jam 3.49am.

Mat’am Syaibani, Jubaihah, Amman, Jordan.

2.41am Jun 17, 2011

Advertisements

One thought on “Hormatilah guru-guru kita!…

  1. Salam, koi memang suke dengar crite2 SH kita ni.. Mengingatkan zaman mude2 dulu. Penulis ni dulu memang ligat. Setakat musafir 2 ke 3 hari dari Irbid turun ke Mu’tah ni stedy je. Begitulah fizikal kita dah dimamah usia.Mudah2an roh nya semakin aktif dan tak dimamah usia. Ambo buke nak syaroh lek … 😉 QAAirport tentu dah banyak berubah. .Mule2 koi sampai dulu 1990-1991 depa suruh siap2 bwa baju sejuk. Kita pun capailah baju sejuk mcm sweater tu kat cowkit. Bila dlm QAA tu ok lah panas,sampai bulan 12 (tgh shitak). Apa bila tebukak je pintu nak keluar ke teksi . Punyalah sejuknya. Allah saje yg tahu jari2 mula rasa nak krem .. MasyaAllah. Selang seminggu duduk Jordan salji turun punyalah lebat. Fisrt time in my life… Indahnya ciptaan Ilahi. Berkat jemaah dpt menjejaki dunia luar. Kalo para sahabat dunia 3 1/4 dibawah pemerintahan kalimah Thoiyibah. Sejarah pasti berulang. Itu janji Tuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s