‘Xpdc Muktah’ – Hadiah untuk Zai dan Iwan…..

Ko orang dah dengar album GH 2, ok tak? Terabur? Terlompat-lompat? 2 tiga lagu macam sama je…! Kureng!? Power Kaabah lagi power… Memang la, power Kaabah tentu lagi power. Nama pun power Kaabah. Keluar video klip nanti lagi power. Abuya pernah kata lebih kurang mafhumnya, dulu masa Jepun memerintah Tanah Melayu, semua yang dari Jepun orang kata hebat… Penampar Jepun, fuuuh…. Semua gerun tau.. Selipar, semua selipar Jepun. Lagu Jepun pun orang suka. Sapa yang pandai bahasa Jepun dapat keistimewaan, senang dapat beras. Masa British pun begitu, semua yang British bawa, pada rakyat semua ok belaka. Nanti nasyid-nasyid ni, di zaman pemerintahan Islam, inilah yang paling best… Semua orang suka. Jangan le tak percaya. Ada ke yang Abuya cakap tak berlaku? Sangat banyak yang dah berlaku, walau ada yang belum berlaku, pada aku faktor masa je.

Bukan apa, semalam xpdc dengan dua seniman video klip, Zai dan Iwan serta beberapa orang lagi ke Mazar, Muktah, Marj, Karak dan Salt, pasang lagu GH 2, tang lagu ‘Berjalan bermusafirlah’ relevan sungguh dengan permusafiran ini. Teringat xpdc dengan Abuya. Penuh berkat dan rahmat. Ada kuliah, ada dialog. Makan sedap. Ibadah terjaga. Nasyid beramai-ramai. Dapat aminkan doa Abuya di maqam-maqam. Masa tu Samer jadi driver, di mana dia sekarang!? Abuya pernah berkata, walaupun Samer tu simple je tapi hatinya pecah-pecah dengan Tuhan…. Allaaah.

Penulis dan Rakan bergambar di papan tanda 3 makam sahabat

Sebelum Zohor, kami sampai ke Mazar di mana terdapat maqam Saiyidina Jaafar Abi Tolib, Zaid bin Harithah dan Abdullah Rawahah. Selepas melalui land mark lama Mazar, iaitu tugu Asmaul Husna, kita akan temui sebuah kompleks besar menempatkan maqam-maqam ini. Sudah sangat berubah. Sangat cantik, dilengkapi deretan kedai, gerbang yang cantik, design halamannya, taman-tamannya, lorong-lorongnya, dengan reka bentuk diantara tiangnya seperti lengkungan kubah mengimbau zaman kegemilangan islam dahulu.. Aku paling tertarik dengan tanda arah dan kenyataannya ada ditulis dalam Bahasa Melayu. Bangsa Melayu yang belum memerintah tapi telah sangat dihormati. Aku tau, pembangunan yang cantik ini dibuat di masa Menteri Awqaf Jordan adalah Dr Abdus Salam Al Ubbadi, suami Ummu Anas. Dia bertanya sendiri pada Abuya, apa yang patut dia buat di kedudukannya ketika itu. Inilah jawapan Abuya yang telah dilaksanakan.

Saiyidina Jaafar bin Abu Tolib

Beliau adalah salah seorang dari 5 orang yang amat hampir rupa parasnya dengan Nabi Muhammad saw dikalangan Bani Abdu Manaf. Jaafar adalah adik beradik dengan Amirul Mukminin Ali bin Abi Tolib. Abu Tolib ketika itu, walaupun sangat tinggi dan mulia kedudukannya di kalangan kaum Quraisy tetapi hidup miskin dan punyai ramai anak. Keadaan jadi bertambah buruk bila berlaku kemarau panjang di Mekah, maka banyak binatang ternakan mati hingga ada orang yang sudah mula makan tulang-tulang kering. Ketika itu, orang Quraisy yang paling kaya adalah Muhammad bin Abdullah dan bapa saudaranya Al ‘Abbas. Maka Nabi saw berkata kepada Al Abbas: wahai bapa saudaraku, abangmu Abu Tolib mempunyai ramai anak, semua orang kita lihat sudah sangat teruji dengan kemarau dan kebuluran. Mari kita ke rumahnya, untuk meringankan kesusahannya. Aku ambil seorang anaknya, kau ambil seorang untuk kita pelihara di rumah kita. Abbas berkata: Sungguh, kau telah mengajak kepada kebaikan. Lalu mereka berdua pergi ke rumah Abu Tolib dan berkata: Kami ingin meringankan kesusahanmu memelihara anak-anakmu sehingga berakhir kesusahan yang menimpa kita semua. Kata Abu Tolib: Ambillah siapa yang kamu kehendaki tetapi tinggalkan ‘Uqail(anak lelakinya yang paling tua) Maka Nabi Muhammad saw mengambil Ali untuk dipelihara, manakala Al Abbas mengambil Jaafar untuk membesar bersama-sama anak-anaknya. Membesarlah Ali dalam peliharaan Nabi Muhammad hinggalah Allah mengutusnya sebagai Rasul dan Ali menjadi orang pertama beriman di kalangan kanak-kanak. Begitu juga Jaafar, membesar di rumah bapa saudaranya Al Abbas, hinggalah remaja dan masuk islam serta dewasa dan berdikari.

Makam Saiyidina Jaafar Abi Thalib

 

Panjang lagi ceritanya ni. Kita sambung kemudianlah. Sebab Atiyyah baru je bbm, Rais Jamiah Philadelphia dan timbalannya nak datang makan di Mat’am Abuya. Terima kasih Allah, mudah-mudahan ada kerjasama yang boleh dibuat diantara GISB dan Universiti Philadelphia. Berkat ziarah Saiyidina Jaafar, ada vip datang mat’am. Suatu pengajaran yang boleh di praktiskan dalam jemaah ialah, jika mampu, ambillah anak-anak kawan-kawan yang ramai anak, untuk meringankan bebanan mereka sebab mereka juga mempunyai tanggung jawab yang perlu ditunaikan. Dulu anak aku Kak Sal dan Wak Nasuha jaga. Di Johor, bertukar tangan, En Salim dan isteri, Khusaini dan isteri, Raudhah pun jaga. Aruah Kak Maznah pun berjasa menjaga. (Sekadar beberapa nama, maaf kalau tak di sebut).

Ikhwan Homestay Jerash, Jordan. 12.11pm Jun 12, 2011

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s