Saiyidina Wahsyi membunuh Musailimah al Kazzab.


Perjalanan yang jauh hari ini dari Jerash ke Mazar, Muktah dan Karak sangat meletihkan. Tapi keindahannya dapat kembali menziarahi maqam Saiyidina Jaafar, Saiyidina Zaid dan Saiyidina Abdullah dan medan perang Muktah. Cuma tiada mood nak menulis (menaip) lebih-lebih lagi dalam kenderaan dan menggunakan BB sahaja. Tapi melihatkan jalan jam ketika balik, ditutup di merata tempat di Amman ni, cuba ambil peluang menamatkan kisah Saiyidina Wahsyi ra.

Jalan jam sebab Raja Abdullah mengumumkan semua saman-saman sebelum bulan 6 dilupuskan, diberi pengampunan. Begitulah kata Hussam, murid Abuya, warga Jordan, keturunan Palestin. Bila diberi pengampunan, inilah jadinya…. Rakyat hendak tunjukkan kegembiraan dan berterima kasih, berarak beramai-ramai dengan bendera dan igal merah putih, menyatakan sokongan. Dalam masa yang sama jalan-jalan terpaksa ditutup, menambah berkali-kali ganda kesalahan lalu lintas tapi tidak boleh disaman…LOL.

Oleh itu, baik kita sambung cerita Wahsyi sambil hantar power, takut minyak habis dalam jam…. Kereta mewah, kalau minyak habis, malu beb… Kat Mesir 1989 pernah tolak van VW rosak di tengah kesibukan kota Cairo. Pelancong-pelancong orang putih shoot video lagi, kurang asam punya mat saleh.

Wahsyi melanjutkan ceritanya, walaupun aku tahu, apabila seseorang masuk Islam, segala dosanya sebelum itu diampunkan tetapi aku tetap sentiasa rasa bersalah atas jenayah yang aku lakukan terhadap agama Islam dan kaum muslimin. Aku sentiasa menanti-nanti peluang untuk menebus dosaku.

Setelah kewafatan Rasulullah, umat Islam membai’ah Saiyidina Abu Bakar sebagai khalifah. Ketika itu kaum Bani Hanifah telah murtad diketuai oleh musailamatul kazzab. Khalifah Abu Bakar menyusun pasukan tentera untuk memeranginya agar mengembalikan kaumnya kepada Agama Allah.

Ketika itu aku berkata di dalam hatiku, inilah peluangmu wahai Wahsyi, rebutlah, jangan biarkan ianya terlepas dari tanganmu.

Pahlawan Habsyi dan Lembingnya

Kemudian aku keluar bersama-sama tentera Islam, aku bawa bersamaku tombakku yang kubunuh ketua para syuhada’ Saiyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Aku amat mengharap, aku dapat membunuh dengan tombakku ini, Musailimah atau aku sendiri mati syahid.

Ketika tentera Islam menyerbu Musailamah dan tenteranya di Taman Maut dan berlaku pertempuran dengan musuh-musuh Allah itu, aku mencari-cari Musailamah. Aku lihat dia sedang berdiri dengan pedang terhunus di tangannya. Ketika itu aku melihat seorang sahabat dikalangan kaum Ansar juga sedang menanti peluang sepertiku. Kami berdua mahu membunuhnya.

Apabila aku mendapat posisi yang sesuai, aku goyang-goyangkan lembingku hingga aku yakin ia akan tepat mengenai sasaran lalu aku lontar tepat padanya.

Saat aku lontarkan lembingku ke arah Musailimah, di masa yang sama lelaki Ansar itu melopat kepadanya lalu memancungnya dengan pedang. Tuhan sahaja yang tahu, siapakah yang membunuhnya diantara kami.

Sesungguhnya jika akulah yang membunuhnya bererti aku telah membunuh sebaik-baik manusia selepas Nabi Muhammad dan aku juga membunuh sejahat-jahat manusia.

Begitulah kisah Saiyidina Wahsyi, tidak merasa puas hati selagi tidak menebus dosanya. Mudah-mudahan kita mendapat hati yang putih suci sepertinya walaupun hitam kulitnya. Setakat ini dulu, dah dekat sampai maqam Nabi Shuib as. Jumpa lagi.

Masjid Maqam Nabi Shuib, Salt, Jordan.
7.24pm Jun 11, 2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s