‘KELAB TAAT SUAMI’ aka ‘The Obedient Wife Club’ bukti GISB Syiah??

Isteri-isteri yang berusaha taat suami

Komen seorang netter : Pada pendapat saya, Jemaah Darul Arqam,Rufaqa atau kini Global Ikhwan sama seperti Syiah yang mengeksploitasi naluri seksual lelaki untuk meraih sokongan secara halus. Lelaki2 terdorong untuk mendekati jemaah dan aliran, bukan kerana gerak hati mencari Allah semata. Agama bertopeng Nafsu sebenarnya, yang dilihat dari pandangan bashirah, adalah satu bentuk jenayah rohaniah terhadap agama Allah. Kholif Tu’raf. Cari perbedaan pasti anda famous, kata pepatah Arab. Dengan sedikit publisiti murahan, nah, anda dikenali. Perkara yang baik, disebar dengan cara yang tidak hormat, sama seperti menjatuhkan agama.

Bertemu kembali, hanya kerana pelancaran kelab taat suami yang kelihatan memberi kredit kepada para suami, sedangkan semua maklum taatkan suami bukan kehendak suami, ia adalah perintah Allah…. Tiba-tiba ada orang yang mengatakan Jemaah Darul Arqam, Rufaqa atau kini Global Ikhwan sama seperti Syiah
Ko orang boleh terima ke? Kalau tanya kat Qasim, pelajar di Syria, budak Iraq yang mak Syiah, bapanya Ahli Sunnah, bercerai kerana aqidah (kawin kerana apa aku tak tau), mati hidup balik 100 kali pun dia tak percaya Syiah. Bila aku sempat tayangkan padanya rakaman ceramah Abuya tentang Bahaya Syiah, di taman sebelah Mat’am GISB Syria, spontan Qasim yang boleh berbahasa Melayu berkata: Syeikh kamu adalah sebenar-benar ulama sejati. Alim besar. Tak ada orang yang berani membongkar kejahatan Syiah begini!

Amat silap kenyataan jemaah Abuya sama seperti Syiah. Kenyataan yang bukan fakta tapi penuh emosi. Abuya adalah penentang Syiah lebih awal dari mana-mana tokoh di Malaysia. Abuya benteng Ahli Sunnah di hari ulama2 membisu seribu bahasa sedangkan ahli-ahli politik ‘Islam’ sudah ada yg cenderung menyokong Syiah.

Doa kehancuran untuk Syiah dibaca oleh pengikut Abuya setiap ketika khasnya seusai solat 5 waktu. Bekas-bekas Arqam yang dah tolak Abuya pun, rata-rata kalau diminta doa secara spontan, doa tu la juga dibaca. Mana ada doa lain. Itupun tak bersyukur ikut jemaah (maaf terlencong sikit). Yang kata jemaah Abuya seperti Syiah ni jelas kurang kajian terhadap jemaah Abuya dan tiba-tiba keluarkan kenyataan dangkal. Sangat tidak menghormati disiplin ilmu.

Katanya ‘sama macam Syiah yang mengeksploitasi naluri seksual lelaki untuk meraih sokongan secara halus. Lelaki-lelaki terdorong untuk mendekati jemaah dan aliran, bukan kerana gerak hati mencari Allah semata.’

Oh mudahnya membuat tuduhan. Mari kita bincangkan. Jemaah ini asalnya dari seorang iaitu Abuya Ashaari. Dia yang mengasaskannya, bermula dari peribadinya. Kalau siapa kenal Abuya secara peribadi tak akan tergamak berkata: ‘mengeksploitasi naluri seksual lelaki untuk meraih sokongan secara halus.’ Kalau baru sekarang nak berkenalan secara peribadi, tidak mungkin, tetapi bacalah karangannya dengan buku-buku lebih 70 tajuk, sajak-sajak nukilannya, ribuan jumlahnya, jumpalah anak-anak dan isteri-isterinya, tanyakan kehidupannya. Selidiklah kehidupannya dan pengikut-pengikutnya. Tanyalah Ann Wan Seng, Sayuti Omar, Marah Mahadi, Zulkifli Nordin, Dr Zawawi, Datuk Zahid
Hamidi siapa Abuya yang mereka kenal…(sekadar menyebut beberapa nama). Kerana setiap
perkataan yang kita keluarkan, ayat yang kita tulis kita akan dipertanggung jawabkan di akhirat.

‘Agama bertopeng Nafsu sebenarnya, yang dilihat dari pandangan bashirah, adalah satu bentuk jenayah rohaniah terhadap agama Allah.’

Jawapan:
Ok, tunjukkan jemaah mana yang benar-benar jemaah Tuhan. Yang menepati pandangan ‘basiroh’? Agama itu ‘millah’ atau cara hidup. Sila tunjukkan jemaah mana yang dalamnya ada cara hidup Islam ada sistem Islam dari semua sudut, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, kewangan, kebajikan dan lain-lain. Mari kita ikut beramai2. Jangan hanya mengecam tanpa mampu berbuat lebih baik…
Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu katakan, apa yang tidak kamu kerjakan, besar kemurkaan Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.

Tuduhan bersambung: ‘Kholif Tu’raf. Cari perbedaan pasti anda famous, kata pepatah Arab. Dengan sedikit publisiti murahan, nah, anda dikenali.’

Tolonglah, Al Arqam sudah sangat terkenal, begitu juga Rufaqa’ dan Global Ikhwan. Al ‘alam fauqal jabal. Terkenal bagi yang mencari kebenaran. Untuk apa cari publisiti murahan?

Sabda Rasulullah saw: ‘Islam bermula dalam keadaan ganjil, ia akan kembali ganjil seperti ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang ganjil yang membaiki apa yg dirosakkan oleh manusia.’

Ada ke apa yang dibawa oleh Abuya sama dengan amalan umat Islam di waktunya? Hampir semuanya berbeza…. Adakah semua ini untuk publisiti murahan atau ia membenarkan hadis di atas?
1.Di saat masyarakat Melayu tidak hiraukan makanan yang mereka makan dan yang disuap ke mulut isteri dan anak-anak mereka, halal atau haram, Abuya perjuangkan makanan halal. Kicap, cili sos, mee, taucu, roti dan lain-lain siapa yang mulakan?!… Ia berbeza, ini utk publisiti murahan? Atau demi menegakkan fardhu kifayah.

2.Di waktu ulama2 sudah ber’neck tie’, gondol tak bertutup kepala, kerja waktu rasmi shj, agama utk disyarah2, anak dan isteri pun tak buat. Abuya ubah, pengikutnya beserban, jubah, bercelak. Bukan bekerja makan gaji, tetapi berjuang tanpa mengharap balasan wang ringgit, tidak terikat dengan masa, sangat berusaha agar anak dan isteri atau rumah tangganya jadi model dahulu. Ini amat berbeza dari masyarakat, perbezaan ini saja dibuat untuk publisiti murahan?

3.Di saat masyarakat Malaysia khususnya remaja, terhibur dengan muzik rock, rock kapak, rock leleh, pop, jazz, blues, rap dll… Abuya bawa nasyid yang begitu sopan, membangun jiwa, mendidik roh…. Inikan jelas berbeza, untuk publisiti murahan?

Perlukah saya senaraikan segala macam keganjilan jemaah ini sebab ia mengamalkan amalan Islam yg telah lama ditinggalkan, lalu dia dituduh mencari publisiti murahan hanya semata-mata untuk memuaskan hati (atau nafsu) seorang yang malas mengkaji…?

‘Perkara yang baik, disebar dengan cara yang tidak hormat, sama seperti menjatuhkan agama..wallahu a’lam.’

Yang ni aku beri peluang pembaca-pembaca sendiri jawab… Malas nak jawab pada orang yang belum tentu nak kebenaran….

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan.
11.36am Jun 10, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

5 thoughts on “‘KELAB TAAT SUAMI’ aka ‘The Obedient Wife Club’ bukti GISB Syiah??

  1. ekoran dari tuduhan lapuk, syiah karena mengamalkan “likhamsatun…”.

    Dia pikir Klub Taat Suami sama dengan Klub Kawin Mut’ah? Pelik sangat….

  2. Komen ni asalnya muncul di blog Heliconia.
    —- >Ni nak ulang balik apa Sheikh Anjang cakap : Allah tolong kami…

    Tolonglah, Al Arqam sudah sangat terkenal, begitu juga Rufaqa’ dan Global Ikhwan. Al ‘alam fauqal jabal. Terkenal bagi yang mencari kebenaran. Untuk apa cari publisiti murahan?

    • ‘Alam fauqal jabal ertinya bendera di atas bukit, atau annar fauqal jabal: api di atas bukit maksudnya sesuatu yang semua orang nampak. Sangat terkenal. Tak perlu diperkenalkan lagi.kerana bukit dah tinggi, semua org nampak,pastu ada api lagi, mlm hari pun org nampak. Atau ada terpacak bendera lagi… Sangat terkenal.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s