Ahmad dan Al Mahdi yang ghaib…

 

Kota Jerash, Jordan

Pagi ini aku dilarikan dari bandar RSA Jerash dalam perut VW Golf oleh Us Solihin. Wak Nasuha dan 2 seniman video klip ada sekali. Kereta 2nd berharga JD4K yang sebelum ini digunakan oleh Kedutaan Malaysia amat berjasa di sini. Betapa tidak, MPV Dodge merah dan pick up Chevrolet terlalu sibuk dengan urusan Mat’am dan pengangkutan pelajar. Dari Us Solihin aku dengar hubungan dengan Abu Mus’ab agak rengang sejak kebelakangan ini. Info yang sama juga aku dapat dari Anisah. Sedangkan malam aku bertemu dengannya di rumah Sidi, kelihatannya amat mesra.

Semasa di khemah, Sidi Abu Khalid bercerita,

Dia dilahirkan di tengah padang pasir. Di khemah badawi. Seperti anak-anak kaum Badwi yang lain, tanpa surat beranak, tanpa warganegara. Aku bertanya, berapa umur Saidi sekarang? Menurut Sidi, tiada maklumat rasmi memandangkan tiada dokumen tetapi dipercayai dia dilahirkan pada tahun 1935.

Namanya diberi oleh seorang syeikh yang lebih dikenali dengan kuniyahnya iaitu: Abu Ahmad. Seorang yang banyak keganjilan berlaku dalam hidupnya. Anak pertamanya Ahmad, ghaib tak dapat dikesan di Halab, Syria. Seorang lagi anaknya bernama Al Mahdi, ghaib, hilang ketika berada di Mekah. Sidi sangat dipersiapkan. Pengalaman orang-orang yang ghaib berlaku di kalangan mereka yang dekat dengannya. Kata Sidi, ketika dia ke Mekah beberapa tahun sebelum ini, dia berpeluang satu majlis dengan Perdana Menteri dan Presiden Turki. Secara spontan, bila dia melihat wajah Perdana Menteri Turki saling tak tumpah wajah Ahmad yang ghaib dahulu.

Tentulah Abu Mas’ab bukan begitu. Walaupun dia orang kuat Sidi, latarbelakangnya berbeza. Seorang kontraktor, kalau tak silap aku kelulusan AS. Pejuang dengan wadah Hizb Tahrir sebelum ini sehingga di tahan di penjara beberapa lama sebelum bertemu dan berkawan rapat dengan Sidi Abu Khalid. Pokoknya setiap orang dipersiapkan. Setiap orang diuji. Mudah-mudahan kita direzkikan kekal dalam rahmat dan berkat jemaah kebenaran.

Diantara berkat dan rahmat jemaah ialah kita dikenali ramai. Malam Selasa begini di perkarangan rumah agam Sidi ada berbagai golongan, ada beberapa orang bekas ketua tentera kerajaan Iraq di zaman Saddam. Pilot, penyair, pejuang hak asasi, ahli psikologi, ketua-ketua kabilah badawi dan lain-lain. Bagi yang kurang mengenali kami, Khalid akan memainkan peranan menerangkan kepada mereka mengenai Abuya dan jemaahnya.

Beberapa kumpulan tetamu Sidi yang datang, aku dengar menyebut: “Mereka ini dari jemaah Syh Ashaari Malaysia.” Ertinya mereka sudah kenal Abuya dan jemaahnya.

Di depan khemah itulah terjalin kasih sayang dari pelbagai golongan dan negara. Orang Jordan, Iraq, Syria, Saudi, Mesir, Bangla, Malaysia, Indonesia beramah mesra sambil minum ‘syie dhiyafah’ Sidi Abu Khalid As Syummari.

Alhamdulillah, tiket Wak Nasuha untuk balik Malaysia dah siap, kami nak gerak ke Wast Balad. Cari jubah-jubah isteri-isteri seniman yang nak balik ni pulak.. Jumpa lagi.
Wastul Balad, Amman, Jordan.
2.06pm Jun 9, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s