patut mati tapi tak mati…. pelik!!!

Penulis bersama Syeikh Abu Khalid

Lepas Asar semalam aku, Zai, Irwan, Zakwan, Atiyyah, Anisah dan Syakira bertolak dari Mat’am Qasr Lubnan menuju rumah Sidi Abu Khalid di Fuhais. Pekan Fuhais ni ramai orang Kristian. Kedai menjual arak banyak.

Sampai di rumah agamnya, di tepi bukit, pinggir bandar Amman hari dah senja. Tampak dari dalam MPV Dodge merah, seorang yang aku kenal susuk tubuhnya sedang menyiram pokok bunga dan jalan di halaman rumah agar tidak berdebu. Tapi seakan-akan tidak percaya, Sidi menyiram sendiri jalan depan rumahnya.

Aku turun dari kenderaan menuju kepadanya, Assalamu ‘alaikum ya Saidi! Walaikumus salam. Ahlan ahlan. Jawab Sidi dengan sebutan badawinya yang mendalam. Senyuman tak terpisah dari bibirnya. Dengan berkaca mata, mengenakan jubah hitamnya seperti biasa dan serban nipisnya menjadi igal, lengkap dengan kasut hitamnya, beliau mengalu-alukan kami.

Kaif sehhah ya Saidi? Alhamdulillah… Mutaassifun, ji’na min ghair mu’ied musbaqan….

Tafadhal…tafadhal... Saidi mempelawa dan mengiringi kami ke ruangan di tepi khemahnya lalu mempersilakan kami duduk di kerusi-kerusi plastik yang membentuk halaqah, seperti adat biasa kaum Badwi. Bergegas pekerja Bangldeshnya meletakkan alas duduk agar lebih selesa. Kau faham bahasa mereka Ahmad? Kata Saidi…. (Ini dah terjemah… Kot-kot ada yang faham Sidi cakap Melayu)

Pekerja Bangla itu terus berbahasa Melayu. Saya lapan tahun kerja Malaysia. Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang Kulim dan beberapa tempat lagi. Bukan kebetulan kata hatiku, Saidi ambil pekerja yang pernah tinggal di Malaysia. Boleh berbahasa Melayu.

Dengan di kelilingi pohon aprikot, peach yang sedang berbuah muda, bunga-bunga musim bunga yang sedang berkembang bermacam warna, kami mula bertanya khabar. Saidi baru pulang dari tanah Haram. Selama hampir 3 bulan di sana. Sempat bertemu dengan Syeikh Fakhrur di Mekah tetapi sekejap sahaja katanya.

Di perkarangan rumah Syeikh Abu Khalid


Petang itu sebenarnya aku tak ada modal nak bersembang apa sebab Sidi baru lepas jumpa Syh Fakhrur. Lagipun Sidi bukan orang biasa-biasa. Dia Syeikh Qabilah. Mengetahui isi hati agaknya, Sidi yang banyak bercerita. Aku terjemahkan serba sedikit kepada kawan-kawan.

Sidi bercerita tentang Syeikh Daghistani. Seorang Syeikh tarekat yang mempunyai beberapa keajaiban.

Pernah terlibat berperang dengan Russia dan ditembak di dadanya menembusi jantungnya. Ramai menyangkanya telah mati. Tetapi tidak. Ada ke orang yang kena tembak di jantung masih hidup? Di usianya melebihi 100 tahun dia berkahwin lagi dan mendapat anak.

Suatu ketika, dia perlu dibedah, dia berterus terang mengatakan jantungnya pernah kena tembak. Pihak hospital tidak mempercayainya tetapi setelah dilakukan pemeriksaan terbukti benar kenyataannya. Doktor pakar yang merawatnya mengatakan, ia perlu dibedah 3 kali. Jarak antara pembedahan hendaklah selama 6 bulan memandangkan usianya yang lanjut dan kemungkinan lukanya lambat sembuh.

Syeikh Daghistani mengatakan, 3 pembedahan itu buat sekaligus, tak perlu tunggu 1 tahun setengah. Sedangkan umurnya ketika itu 135tahun. Doktor beragama Kristian itu menjelaskan risikonya besar.

Syeikh Daghistani berkata: Kamu jangan bimbang, aku tidak akan mati. Aku tahu bila aku akan mati. Aku dijanjikan, aku tidak akan mati sehingga aku melihat Imam Al Mahdi.

Apa yang berlaku, setelah pembedahan, keajaiban berlaku, luka anggota badannya yang dibedah sembuh dengan kadar yang amat cepat seoalah-olah luka pada seorang anak kecil. Dan dia sehat seperti sediakala. Keajaiban yang Allah lakukan padanya sangat memberi kesan kepada doktor yang merawatnya hingga ia memeluk agama Islam.

Ya, Allah Maha Kuasa. Kuasa Allah mutlak. Ada orang yang akal dan ilmu doktor mengatakan, ia pasti mati dengan sebab-sebab tertentu, tetapi bila Allah kata tidak. Dia tidak akan mati dengan sebab itu. Akan sampai masa ajalnya, Tuhan sahaja tahu bagaimana, bila dan di mana.

Oh sungguh, lain orang, lain pengalamannya. Jangan kita nafikan pengalaman seseorang, sedangkan kita tidak mengalaminya.

Pepatah Arab mengatakan:
من لم يذق لا يدري.

Siapa yang tak merasai sesuatu, dia tidak mengetahui. Orang yang tidak pernah merasai buah zaitun, tak akan tahu pahit dan lemaknya ia.

Lebih-lebih lagi jika seseorang itu terkenal dengan sifat wara’ dan benar dalam berkata-kata, tiba-tiba menyebut perkara-perkara yang kita tidak faham. Jangan terus menafikannya. Ia bukan pengalaman hidupmu. Hari ini ramai sangat orang yang ingin memberi kenyataan dan pendapat walaupun bukan bidangnya.

Ketika itu tetamu sudah mulai berdatangan. Rupanya setiap hari Selasa, ada pertemuan selepas Isyak yang dihadiri ramai tetamu. Abu Mus’ab juga akan datang malam itu. Terima kasih Sidi, terima kasih Abuya yang mengizinkan kami menyambung silaturrahim ini. Kita jumpa lagi, dengan lain-lain kisah, insyaAllah. Alun pun dah nak tutup mat’am, mata aku pun dah separuh tutup. Atk.

Mat’am Qasr Lubnan, Jerash.
Jun 8, 2011, 11.03pm.
(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

One thought on “patut mati tapi tak mati…. pelik!!!

  1. Pingback: Respon kepada soalan saudara ‘razif’ tentang Fatwa JAKIM « Heliconia's Weblog @ Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s