BERKAWAN KENA SETIA – ABUYA

Abuya banyak berpesan pada kita ilmu-ilmu yang berbentuk matan. Sedangkan ilmu-ilmu dan panduan darinya bukan teori. Setelah dipraktiskan dan sebati dalam kehidupannya, ilmu itulah yang Allah izin dituturkan di mulutnya atau ditumpah di kertas dengan pena. Antara yang kita semua ingat, dan kita sendiri lihat dalam kehidupan Abuya ialah, kata Abuya: ‘Berkawan kena setia’

Antara ciri-ciri setia itu, kena sambung hubungan walaupun penghubung tidak dapat bersama. Contohnya jika kita berkawan dengan seseorang walaupun dia sudah tiada, Abuya ajar kita supaya terus berhubung dengan keluarganya, ziarahi anak isterinya, bertanya khabar, bantu membantu. Itulah Islam yang Abuya praktiskan.

Kali ini aku berpeluang menziarahi kawan Abuya di Jordan. Kawan Abuya ini bukan sebarang orang, orang putih kata: ‘key person’. Berkawan dengannya membuatkan semua orang akan menghormati kita. Orang Arab kata: Syaaa am aba…. Mau tak mau, kena hormat. Dia tidak mempunyai kuasa politik, apalagi ketenteraan. Kekayaan pun tak melimpah ruah. Tapi punya pengaruh. Merentasi sempadan politik dan geografi negara-negara Arab. Lahir di tengah padang pasir Iraq, tanpa surat beranak, tanpa IC, tanpa tercatat warganegara.

Saddam Hussain adalah rakannya. Di hari-hari Saddam kelaparan, ketika kecilnya, di keluarganya Saddam bertandang. Hinggalah Saddam menjadi seorang yang sangat ternama, menawarkan wang dan tanah kepadanya, dia menolak. ‘Biarlah persahabatan kita ikatannya hati, bukan selainnya’. Raja Husin, Raja Abdullah tahu hubungan baiknya dengan Saddam.

Pun begitu, jika Saddam ingin menziarahinya, dia tetap tegas: ‘Diantara Maghrib dan Isya’ adalah masaku dengan Tuhanku, tiada siapa boleh bertemu denganku walau raja atau presiden.’ Macam mana, power tak orangnya?

Raja Saudi pernah ingin melamar puterinya, siapalah yang mampu menolak permintaan ‘Khadam Haramain Syarifain?’, tetapi dia mampu menolaknya. Luar biasa, Raja Abdullah tidak mampu berkata apa-apa. Dia adalah ketua Kabilah Badwi Bani Syammar. Namanya Mahmood Abu Khalid Asy Syummari. Pengikutnya hampir mencapai 5 juta orang bertebaran di Jordan, Syria, Iraq dan Saudi. Sangat terkenal di kalangan ketua-ketua negara Arab di Syam dan Teluk. Cuba bayangkan, cadangannya ingin ke Mekah hanya seminggu untuk menunaikan ibadah umrah, akhirnya mencapai hampir 3 bulan kerana di setiap tempat ada sahaja majlis yang disusun untuknya dari istana King Abdullah hingga ke khemah-khemah Badwi.

Bersama Sidi Abu Khalid dan Sheikh Abu Mus'ab

Aku datang untuk menyambung tali silaturrahim yang Abuya telah mulakan lebih 20tahun yang lalu. ‘Berkawan kena setia’. Teringat ketika semajlis dengannya bersama Abuya di rumah Abu Mus’ab, rasanya sekitar 1994, bonda Ummu berkata: “Syeikh Abu Khalid tak nak berkata apa-apa ke? Abuya ada ni…” Sebab sepanjang majlis, kelihatan dia senyap sahaja.

Setelah diterjemahkan, beliau menjawab sambil tersenyum:

“Pepatah Arab ada menyebut: Jika kamu bertamu, jagalah mata. Jika di hadapan orang alim, jagalah lidahmu, kurangkan berkata-kata (kerana dia lebih mengetahui darimu) dan jika kamu di hadapan wali Allah, jagalah pergerakan hatimu (wali-wali itu membaca hatimu)”

Apalah yang aku mampu buat, aku bertamu di rumah Abu Mus’ab, aku juga berhadapan dengan orang Alim dan Wali Allah iaitu Syeikh Ashaari. Lebih baik aku banyak mendengar sahaja.

Begitulah Sidi Abu Khalid yang sangat mengenali Abuya dengan hatinya. Terima kasih Tuhan, dapat aku dan kawan-kawan menziarahinya. Kalau bukan kerana Abuya, siapalah kami untuk bertemu orang seperti ini. Ia tentu menjadi hadiah dan sejarah bagi Zai, Irwan, Zakwan dan Syakira Kak Ita. Anisah dan Atiyyah sudah selalu ke sini. Mudah-mudah Allah beri masa padaku untuk berkongsi perbualan kami. …. Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan.5.43pm Jun 8, 2011(anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s