Yahudi Khaibar Vs Kelab Taat Suami

Perbarisan pahlawan & serikandi remaja kita di Jordan

Pagi tadi di perbarisan pagi, selepas nasyid Jihad dua versi, bahasa Arab dan Melayu serta 1 nasyid selingan, pengisian pagi bermula. Oleh kerana agak lewat, selepas membacakan surah Al Fatihah, aku meminta Mus’ab yang mengetuai perbarisan membaca petikan dari buku Syh Nasar berkenaan pembukaan Khaibar.

Mus’ab ni anak Syh Zamri. Kali terakhir aku bertemu dengan ayahnya ialah ketika dia menghantar aku dan Sy Tengku di KLIA untuk mengerjakan haji tahun lepas. Syh Zamri melakar sejarah besar di Mekah. Lama aku berkawan dengannya, tak sangka Allah pilih dirinya. Aku kenal mak dan ayahnya, beberapa kali ziarah ke rumahnya di Kg Delek Kanan, Kelang. Wong Jowo, mesra dan peramah.

Baca betul-betul Mus’ab!!Mus’ab yang tadinya ikut suka dia je mencampur adukkan makhraj huruf,tiba-tiba spontan bertukar, membaca teks sejarah itu dalam slang baku.Nak gelak pun ada,aku perhatikan anak Fizah ni.

Kubu Nazar - sejarah perang Khaibar, bekas tinggalan Yahudi yang dikawal polis takut-takut pelawat buat hal BID'AH

PEMBUKAAN KUBU NAZAR

Tentera Yahudi lari ke Kubu Nazar. Kubu Nazar ini adalah Kubu mereka yang paling kuat. Kubu di atas bukit. Kerana kubu ini yang paling kuat, anak anak dan perempuan mereka semuanya diletakkan di sini. Kubu ini paling selamat bagi mereka. Rasulullah Saw mengepung kubu ini, tentera Islam beberapa hari cuba menawan kubu ini tapi belum berjaya. Kali ini Yahudi tak mahu keluar dan tak mahu lagi berlawan satu dengan satu. Bila tentera Islam mendekati kubu, mereka hujani tentera Islam dengan panah dan dengan lontaran batu. Tak ada siapa yang berani mendekati kubu. Belum ada sebarang tanda-tanda kubu ini akan ditawan.

Replika Kereta Kebal

Ketika itu Rasulullah Saw perintahkan tentera Islam bawa manjanik, alat untuk melontar batu dari jauh dan kereta kebal Yahudi yang mereka jumpa dalam Kubu mereka yang kedua. Kereta kebal ini ialah diperbuat dari kayu yang kuat dalam bentuk tangga yang besar yang boleh dilekatkan kedinding Kubu. Dari depan dia dilindungi oleh kulit binatang untuk menahan dari anak panah dan lontaran batu. Walaupun begitu pertahanan depan yang diperbuat dari kulit binatang yang tebal ini masih boleh ditembusi oleh lontaran api. Lontaran api boleh membakar kulit ini. Maka Rasulullah Saw perintahkan agar kulit ini dibasahkan sebelum membuat serangan.

Menjanik semua tahu kan? Cuma kereta kebal, janganlah bayangkan macam kereta kebal sekarang. Ia sesuai pada zaman tu la. Belajar sejarah ni penting. Pernah suatu ketika, Abuya ziarah sebuah pondok di selatan Thai, soalan Abuya, ada belajar sejarah tak? Kalau tak ada, memang Abuya tak puas hati…. Siapa yang tidak tahu sejarah yang lepas, dia tak akan mampu membina kejayaan di masa depan. Aku teringat, sewaktu Abuya bersoal jawab dengan bekas-bekas pelajar Arqam luar negara di Nilai, beberapa tahun lalu, banyak soalan sejarah yang keluar. Hampir semua aku kantoi seperti siapa SU PBB dari Burma yang terkenal? Presiden USSR yang pertama, kedua…. Mati aku.

Sambung Mus’ab…

Selepas itu mulalah tentera Islam menyerang Kubu Nazar dengan manjanik yang dibina oleh Yahudi sendiri. Rasulullah Saw perintahkan agar mereka melontar batu ke satu tempat saja supaya cepat pecah dinding kubu di situ. Dari arah yang lain Rasulullah Saw arahkan satu pasukan mendekati kubu dengan kereta kebal tadi. Bila Yahudi panah mereka, tak kena sebab dilindungi oleh kulit. Yahudi lontar api pula kepada mereka, tak berkesan juga kerana kulit tadi telah dibasahkan. Tentera Yahudi terus berusaha mempertahankan kubu ini kerana semua anak isteri mereka di sini tapi serangan tentera Islam dari dua arah ini sangat menyulitkan mereka. Tembok kubu mereka sudah mula pecah dan tentera Islam sudah mula menyerbu masuk melalui tembuk yang pecah ini.

Kereta kebal pula makin mendekati dari arah yang lain pula untuk memasuki kubu. Tentera Yahudi melihat tak ada harapan lagi untuk mereka bertahan, cepat-cepat mereka melarikan diri dari kubu ini tapi anak isteri mereka tak sempat lari. Beberapa minit saja tentera Islam sudah menguasai Kubu ini. Semua perempuan dan anak-anak dan harta-harta di Kubu Nazar ini sudah jatuh ketangan Umat Islam.

Bacaan sejarah hari ini sangat relevan dengan era sekarang. Mari kita fikirkan.

Orang buta sejarah tak akan faham apa yang Abuya buat. Orang yang hafal fakta pun kalau Allah tak bagi faham, lagi teruk komennya dari si buta tadi. Sebab itu Rasulullah saw bersabda: من يريد الله به خيرا يفقهه في الدين.. Siapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, nescaya Allah akan memberi dia kefahaman tentang agama. Rasul tak kata, Siapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan, nescaya Allah akan memberi dia hafal Al Quran, Al Hadis, hafal fakta-fakta. Sekadar hafal/hafaz tanpa faham, vcd, dvd, hard disk lagi banyak hafal.

Pastu di hadis ni, disebut Allah yang bagi faham. Tentulah orang itu orang Dia, orang yang Allah sayang hingga Tuhan beri faham. Tak semua orang.

Sejarah membuktikan Rasulullah saw menggunakan senjata yahudi untuk mengalahkan yahudi. Guna kereta kebal dan menjanik untuk menembusi kota yahudi. Semua tahu FB ciptaan yahudi, BB, internet,TV, Akademi-akademi fanta sia-sia, program-program realiti, konsert-konsert, air-air minuman, makanan-makanan segera, pakaian terdedah, pelacuran terancang dan segala perkara yang merosakkan iman dirancang oleh yahudi.

Maka Abuya gunakan senjata mereka untuk menentang mereka, era Arqam lagi Abuya dah buat makanan Islam, pakaian Islam, kalau perempuan tu bertutup habis, nampak mata je, keset-kaset, video-video, nasyid-nasyid walaupun ada suara sumbang mengatakan, nak negara boleh ke dengan nasyid? 20 tahun lepas tu, depa buat group nasyid… •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Abuya tonjolkan Mawwaddah, ramai penghafal-penghafal fakta tak setuju, suara auratlah, pakaian seksi la. Mereka ada KFC, kita ada ARI. Apa lagi bila Abuya lancarkan kelab Poligami Ikhwan, dan sekarang yang sedang panas…. Kelab Taat Suami (KTS) ataupun ‘obedient wives’ club (OWC)….

Logo Kelab Taat Suami

Ayam Rangup Ikhwan - Alternatif kepada KFC

Maka berkokoklah ayam-ayam yang hendak berkokok dengan ekor berpalit tahi. Sedangkan wartawan-wartawan yahudi datang dari seluruh dunia, penuh cemas dengan arahan ketua masing-masing “by hook or by crook” melihat perkembangan musuhnya. Beratus tahun sudah yahudi merancang agar suami-suami takutkan isteri, walaupun suaminya jeneral tentera tetapi Abuya merosakkan pengamalan ini.

Iman dan taqwa adalah asas kekuatan, tetapi dalam pertempuran, yahudi mesti dikalahkan dengan senjata mereka sendiri. Mereka dah masuk, bukan sahaja dalam rumah kita, malah dalam fikiran dan jiwa kita, dalam nafas yang kita hirup, masih lagi nak berkokok, atau kita adalah agennya tanpa sedar.

Walaupun begitu dalam menggunakan senjata mereka perlu ada panduan, bimbingan, pimpinan seperti yang Rasulullah saw lakukan dalam peperangan Khaibar ini. Rasul minta:
i . Basahkan kulit kereta kebal.
ii. Tembak menjanik di tempat yang sama.
Dalam ertikata yang lain, perlu ada pimpinan mursyid. Mursyid yang tentukan bagaimana senjata itu digunakan. Bukan setiap orang ikut pendapat masing-masing. Ya Allah fahamkanlah hati kami tentang agamaMu melalui orang-orangMu.
Ikhwan Homestay Jerash, Jordan. Jun 6, 2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s