ANAK JEMAAH PERTAMA DI JORDAN….KENANGAN 1990

Penulis bersama Dhirar "Saya Dhirar, cucu ke 28 Abuya. Sungguh, keluarga besar tapak perjuangan ini adalah ciptaan yang paling ajaib oleh orang yang menumpukan seluruh hidupnya demi Tuhan. Sebab itulah datuk tidak perlu bersekolah tinggi-tinggi. Memang orang-orang kerohanian tidak akan disekolahkan dengan sistem sekolah akal. Itulah yang telah dicontohkan kepada Rasulullah saw yang tidak perlu menulis dan membaca kerana mendapatkan ilmu secara wahyu dan ilham dari Allah terus ke hatinya. Hati sebagai alat menerima ilmu. Di dalamnya ada seribu satu keajaiban yan tidak masuk akal kerana hati diciptakan bukan oleh akal. Akal hanya terpinga-pinga sahaja di hadapannya"

Beberapa hari lepas di FB ramai kawan-kawan dan keluarga ucapkan selamat ulangtahun yang ke 21 kepada putera Syh Fakhru Razi dengan Ibu Norlia, cucu Abuya yang ke 28, Mohd Dhirar. Nama yang tak akan aku lupa. Macam mana nak lupa, kelahirannya adalah hari kegembiraan kami bersama.

Ya, sangat cepat masa berlalu meninggalkan hari-hari remajaku. Lebih 21 tahun lepas lagi Abuya dah bertapak di Jordan. Setelah beberapa tahun Us Ramadhan dan Us Jaafar dihantar, Jemaah mula menghantar tambahan pelajar. Ketika itu kami duduk di Markaz Al Arqam Jordan. Di Bukit Jubaihah. Betul-betul berdepan dengan Madrasah Thanawiah lil Banat.

Aku satu bilik dengan Fateh. Us Ramadhan dengan Us Jaafar 1 bilik. Tapi, aku 1 kumpulan memasak dengan Us Ramadhan. Ketika itu ada Ali Che Abang (juga pakar masak) dan beberapa orang lagi. Sy Fakhrur juga tinggal di rumah yang sama. Begitulah, Abuya tidak akan hantar pelajar kecuali ada Ustaz yang memimpin, mendidik dan memastikan matlamat asal penghantaran pelajar terlaksana. Asas didikan Abuya berlaku di rumah, di Jamiah atau diluar rumah, kita belajar segala-galanya untuk dijadikan alat dalam perjuangan khususnya mengenal masyarakat dan menguasai bahasa Arab.

Oleh itu, time masak, kami le yang kena beli barang. Sebagai latihan untuk praktis bahasa Arab. Dari rumah kena hafal perkataan, basol, basol, basol, bandura, bandura… Ar ruz, ar ruz…sukkar, sukkar, sukkar, kirfah, kirfah, zeit, zeit….walla’ah, walla’ah, qaddhah… Qaddahah.. Sampai kedai lupa…•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Kadang-kadang tulis senarai atau sampai baqqalah, tunjuk… Urid haza…. Atau tanya ma haza bil arabiyah? Akhirnya mufradat bertambah setiap hari. Secara paksa rela…

Ketika itu kami belajar di Jamiah Urduniyah. Markaz Loghat. Hari-hari jalan kaki, pegi turun bukit. Balik naik bukit. Musim Syita’ masa tu, pakai punyalah tebal, dah macam penguin berjalan. Yang tak syok, bila naik bukit, peluh diantara nak keluar dan tidak. Punyalah gatal. Nak garu tak boleh, tak rasa apa sebab baju tebal. Kat rumah nak jimat, letak periuk, dapur dan tong gas dalam bilik air. Bila nak whudu’, campurkan air, baru gunakan. Punyala susah. Di masjid Jamiah ada tadfi’ah markaziyah, panaslah airnya.

Masuk kawasan Jamiah ikut pintu kecil tepi masjid jamiah. Di bawah deretan pokok rhu yg dicat separuh putih. Cantik tapi ujiannya kena lalu Syari’ Syaitoon juga. Dari dulu dah ada Syari’ Syaitoon ni. Pastu, musim syita’ pun depa tak cuti. Syaitoon mana ada cuti, maka ramailah manusia yang diroskkannya. Musim soifi lagi la…. Ketika tu kami pakai serban jubah. Bila ada mata yang memandang sinis, gelak-gelak lagi, sabar je la. Dalam hati berkata, InsyaAllah Abuya akan menang. Sunnah Rasul akan dibanggakan orang. Rasanya ketika itu terasa, kemenangan hanya setahun dua lagi.

Tapi Allah tak buat begitu. Perjuangan kebenaran bukan segera dapat kemenangan. Bukan macam mee segera yang budak Arqam makan, kepala masuk dalam almari (kecil), badan je di luar. Abuya kata, ia memakan masa yang panjang. Firman Allah: اقتربت الساعة،وانشق القمر ……… Ertinya telah terlalu dekat hendak berlakunya hari qiamat, bulan pun sudah terbelah (antara mukjizat Rasulullah saw) tapi sehingga hari ini, kiamat sebenar belum berlaku lagi. Maha Suci Tuhan dari berbohong.

Dipanjangkan masa dengan pelbagai tujuan, mengandungi 1001 hikmah. Sangat menguji para pejuang. Macam baru semalam, kami bertahlil, maulid, marhaban, mendukung bayi bertuah, anak jemaah pertama lahir di Jordan, Dhirar.

Aku rasakan baru menggunting sedikit rambutnya di malam ‘potong jambul’ itu, merasakan manisnya tamar ke mulutnya dan sedikit madu ke langit-langitnya. Tetapi, beberapa hari lepas dia sudah berusia 21tahun, memegang stereng Dodge, mengalas perjuangan ini di Jordan. ……..bersama ratusan, malah ribuan ahli yang telah terkorban di selekoh-selekoh perjuangan yang sangat getir dan panjang waktunya. Ya Allah bantulah kami…. Atk. Homestay Ikhwan Ahad 3 Rejab 1432/Jun 5, 2011

Advertisements

5 thoughts on “ANAK JEMAAH PERTAMA DI JORDAN….KENANGAN 1990

  1. Jubaihah…Dhohiatu Rashid…Sweileh…Wasatul Balad…Jabal Hussein…Mustashfa Islami…Wadi Sir…Zarqa..Irbid..Mu’tah..Aqoba.. Sangat kami rindui..menyeusuri jejak para Sahabat..jejak ASZ,tahniah tak terhingga kepada penerus perjuangan yg suci.Allah pasti membela.

  2. Jubaihah…Dhohiatur Rashid….Sweileh…Wadi Sir….Wasatul Balad…Amman…Irbid…Mu’tah…Aqoba…menggamit kerinduan untuk kembali menjejaki jejak-jejak para Sahabat dan ASZ…. selamat berjuang, Allah pasti membela.

  3. salam…
    ana nak tanya…
    serban yang dipakai tu di mana nak beli ye…
    ana cari kat malaysia ni memang x jumpa…
    boleh x anta bagi info…
    ana memang berkenan sangat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s