Nikmat, Ujian…Peluang

Nikmat Wajib Disyukuri

Nikmat itu selalunya dirasai setelah ketiadaannya. Itulah taraf kita orang awam yang belum menghayati dirinya hamba yang hina sedangkan Allah adalah pencipta, Maha Pemberi nikmat. Setiap suku detik kita dihujani dengan nikmat Tuhan. Nikmat zahir, maknawi dan rohani. Nikmat yang kita minta. Nikmat yang tidak kita minta. Oh alangkah banyaknya. Tak mampu mengiranya. Kira pun tak mampu betapa untuk disyukuri. Sedangkan syukur atas nikmat itu wajib. Ya Allah ampunkan kami yang tidak mengenang2kan nikmatMu. Taubatkan kami tidak bersyukur atasnya.

Pemimpin yang ditunjuk hadis wajib kita ikuti

Pemimpin adalah nikmat Tuhan. Jika dalam berbilion umat Islam, kita ditakdirkan ada pemimpin, itu nikmat besar. Lebih-lebih lagi pemimpin itu boleh membawa kita kepada Tuhan. Bertaraf mursyid. Malah Sohibuz Zaman. Bertambah-tambah nilai nikmat tersebut jika beliau dijanjikan oleh lidah baginda Nabi saw yang mulia. Hanya muncul sekali sepanjang umur dunia.

Pemimpin biasa hanya mampu menyelesaikan masalah fizikal dan mental manusia. Makan, minum, tempat tinggal, kenderaan, pelajaran dan sebagainya. Guru-guru dan para ustaz hatta sebahagian besar pewaris tarekat hanya mampu selesaikan tuntutan ilmu, fardhu ain, disiplin ibadah, wirid zikir dan suluk pengikutnya. Sedangkan pemimpin yang dijanjikan Tuhan melalui sabda Nabi junjungan, menyediakan sistem yang lengkap agar pengikutnya selamat dari nafsu, mazmumah, syaitan, dunia dan musuh-musuh lahir. Agar semua pengikut dibawa kepada Allah melalui pintu Rasulullah saw.

Terlepas dari pimpinannya adalah bala bencana. Kita tak akan mampu merindui Rasulullah, lebih-lebih lagi, kita akan terputus dengan Allah. Kerana kita diberi peluang. Renungilah sejarah lalu, ‘azazil diberi nikmat, Firaun dalam lautan nikmat, Qarun juga dilimpahi nikmat. Juga diberi peluang, mahukan pimpinan wakil Tuhan atau tidak? Sombong, bangga diri, cinta dunia menghalang diri dari tunduk, maka putuslah hubungan dengan Allah.

Asiah juga dalam nikmat. Puteri Balqis juga dilimpahi nikmat, tetapi bila diberi peluang untuk beriman, lunak hati mereka menerimanya, maka selamatlah dalam nikmat dan rahmat Allah. Kita sekarang dalam nikmat, maka hargailah. Menunggu setahun adalah sedikit jika dikira untuk membina kekuatan. Tetapi setahun adalah terlalu panjang jika dikira ujian-ujian yang bakal berlaku. Tak tau di selekoh mana kita tercampak. Tak pasti di simpang mana kita terkandas. Hati dirampas syaitan lantas gagal dalam ujian. Atk…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s