Kincir Air Hama,Syria saksi bisu pembunuhan beramai-ramai

Na’uurah

Dalam bahasa Malaysia kincir air. Inilah ‘land mark’ terkenal di Bandar Hama. Bandar yang menggamit pelancong ini juga menjadi saksi bisu pembunuhan beramai-ramai warga Hama.


Bacalah fakta ini tetapi sangat takut disebut di Syria. Mudah-mudahan ia menguatkan jiwa-jiwamu dan mencerdikkan otak kamu dalam bertindak….

Pembunuhan beramai-ramai ini bermula pada 2.2.1982 di mana bandar yg terletak di tengah Syria ini dikepung oleh tentera Syria, lalu dihujani dengan tembakan-tembakan kereta kebal dan senjata berat hingga membawa kematian antara 20- 40 ribu orang dan kehilangan lebih 15 ribu orang yang nasib mereka tidak diketahui hingga sekarang.

Selain dari mangsa-mangsa pembunuhan dan mereka yang hilang, bandar yang terletak lebih kurang 200km utara Ibunegara Syria, Damascus mengalami kerosakan yang besar termasuk masjid-masjidnya, gereja-gereja, kilang-kilang, rumah penginapan menyebabkan sebahagian besar penduduknya melarikan diri meninggalkan bandar ini selepas operasi ketenteraan tersebut.

Regim Sosialis Syria memberi kebebasan penuh kepada pihak ketenteraan untuk ‘mengajar’ pembangkang dan mereka yang simpati , malah memastikan tiada berita yang tersebar keluar agar tiada penentangan dari rakyat dan kutukan masyarakat antarabangsa.

Pihak kerajaan menuduh adanya berpuluh-puluh ahli jemaah Ikhwan Muslimin yang bersenjata berada di bandar Hama.
Kerajaan Hafez Al Asad juga menuduh jemaah Ikhwan melatih kader-kadernya menggunakan senjata api, melakukan pembunuhan dan keganasan di Syria diantaranya membunuh sekumpulan pelajar sebuah maktab tentera pada bulan Julai 1979 di Halab.

Walaupun pihak Ikhwan menafikan dakwaan tersebut, kerajaan Hafez Al Asad tetap mengharamkan jemaah Ikhwan dan melancarkan operasi pembersihan secara meluas terhadapnya dengan keluarnya undang-undang 49 tahun 1980, (akan dihukum bunuh sesiapa yang terlibat dengan jemaah Ikhwan)

Hari ini Hama menerima kami, bersama kisah sedih penduduknya dalam lipatan sejarah yang tak mampu dilafazkan sesiapa pun penduduknya secara terang-terangan. Ketakutan masih menguasai jiwa mereka.

Aku sangat terkenangkan nasyid Ikhwan Muslimin yang menjadi halwa telinga sewaktu remajaku tanpa memahami maknanya di yayasan-yayasan Al Arqam  tahun 80’an, (yg juga menerima nasib yang sama iaitu pengharaman dari kerajaan Malaysia 1994)

كلمات أنشودة “دمشق في القلب” للإستاذ أبو راتب

دمشق في القلب

روحي فداؤك طال البعد يا وطني كفى ضراما بنفسي المعذبة
مالي اصطبار فراق الشام ألهبني ..أفديك أفديك هذا بعض أمنيتي
مالي اصطبار فراق الشام ألهبني ..أفديك أفديك هذا بعض أمنيتي
دمشق في القلب …قلبي في هوى حلب ..دمي حماة ونوح الجسر أغنيتي
دمشق في القلب …قلبي في هوى حلب ..دمي حماة ونوح الجسر أغنيتي
سورية اليوم بركان ..سيول دم ..شام الرسول منار نار ملحمتي ..
سورية اليوم بركان ..سيول دم ..شام الرسول منار نار ملحمتي ..

يا شاااام ..

ذاب الفؤاد الطفل من ألمٍ..يا شام
يا شااام يكفيني من العنت ..
يا شاااام ..
ذاب الفؤاد الطفل من ألمٍ..يا شام
يا شااام يكفيني من العنت .
.
وللأحبة في الميدان منزلة ..في النفس يا طيبها يا عز منزلة .
وللأحبة في الميدان منزلة ..في النفس يا طيبها يا عز منزلة .

حلاوة الموت حقاً حين فوزك في كلا الحياتين ..من دنيا وآخرةِ
دمشق في القلب قلبي في هوى حلبٍ
دمي حماة ..ونوح الجسر أغنيتي
سورية اليوم بركانٌ سيول دم ٍ
شام الرسول منارٌ نار ملحمتي ..

Advertisements

One thought on “Kincir Air Hama,Syria saksi bisu pembunuhan beramai-ramai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s