1 Mei 2011, APA BERLAKU DI JERASH ?

Di rumah duta Malaysia ke Jordan, Dato' Abdul Malik Abdul Aziz

Tahniah, kamu mengubah cara kami berfikir. Di sini segala nasihat-nasihat agama hanya disalurkan melalui ceramah, khasnya khutbah Jumaat. Tapi show kamu tempoh hari sangat menakjubkan. Kami difahamkan dengan Islam yang praktikal melalui lakonan, nasyid, ucapan, layanan baik kamu, jamuan di tempat yang istimewa.

Itulah lebih kurang ucapan Dr Adnan… Al Qannas, Pengarah Pusat Bahasa Arab, Arab Community College, padaku ketika, aku dibawa Nizam anak Mas Iman melawatnya di pejabatnya.

Majlis itu memang luar biasa. Aku hanya datang sebagai tetamu tetapi diminta mewakili tuan rumah. Ikutkan aku nak segera kembali ke Damascus. Aku lihat, stage terletak cantik di depan kolam renang. Dengan backdrop biru dan logo kelab ‘Taat Suami’. Tetamu dengan meja esklusif mengelilingi kolam renang. Belon berwara warni terapung-apung di permukaan air kolam renang yang luas itu.

Untuk kesekian lamanya, aku bertemu penyokong-penyokong Abuya di Jordan. Syeikh Mustafa yang jelas dimakan umur. Dengan jambangnya yang lebat, berjubah putih, bertudungkan serban nipis serba putih. Nampak ‘waqqur’nya walaupun begitu, masih tak berjaya menyembunyikan kesedihannya di riak wajahnya dengan pemergian Syeikh Zamri. Oleh itulah, soalan pertamanya yang menyentuh hatiku: “Di mana anak Sy Zamri?”

Begitu juga Dr Basyir Abu Rumman, sekarang peguam Syarie, sudah dimamah usia. Mengulang kisah lama di depanku, peristiwa beramai-ramai menerima ijazah dari Asz di Hotel Marriot. Entah berapa ramai Dr dan Pensyarah, penjawat2 awam yang hadir pada hari itu. Aku tak pasti. Ia sungguh meriah.

Majlis lebih meriah bila tetamu VIP hadir. Tuan yg terutama, Duta Besar Malaysia ke Jordan bersama rombongannya dari kalangan staf-staf kedutaan dan keluarga masing-masing. Lebih istimewa Tuan yg terutama, Dato Abd Malik Abd Aziz sudi merasmikan majlis malah dengan ‘sporting’nya menyanyikan satu lagu sebagai tanda terima kasihnya atas jemputan. Datin pula, berulang kali mengucapkan tahniah kerana kerana GISB berjaya mengumpulkan orang-orang Malaysia dan penduduk tempatan yang ramai dalam satu majlis yang begitu meriah dan harmoni.

Kalau ditanya pada Dr Rohaya, siapa yang kendalikan majlis sebesar ini, dia menafikan dirinya. GH juga akan mengatakan, kami bantu show dan persiapan sahaja. Anak-anak Aitam juga tidak mengaku mereka yang berbuat. Apa lagi, Saiyid, Usama dan tukang-tukang masak itu. Siapa pun tidak berani mengaku bertanggung jawab menjayakan majlis yang mengumpulkan orang seramai itu. Di pagi 1 Mei 2011. Tarikh keramat. Ia dimulai dengan hujan renyai-renyai dan pelangi yang indah lalu disudahi dengan ingatan yang tidak putus di hati pengunjung. Buktinya Duta menjemput ke rumahnya pula pada 13 Mei. Staf-staf kedutaan mula berkunjung ke mat’am. Malah Dr Adnan meminta semua pelajar kita belajar di Pusat Bahasa kendaliannya.

Siapa yang lakukan?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s