Kemurkaan Tuhan & Pendakwah Bebas

Suatu masa, Nabi Musa berjalan melalui sebuah kampung. Baginda mendapati, kampung itu baru sahaja musnah sama sekali akibat kebakaran. Tiada yang tinggal melainkan kesan-kesan rumah, pokok-pokok dan tanaman, juga haiwan ternakan yang hangus terbakar. Mayat-mayat yang rentung, tidak berupa. Sangat mengerikan. Timbul rasa kasihan yang amat sangat di hatinya disulami dengan tanda tanya, mengapa penduduk kampung ini diperlakukan Tuhan begitu sekali.

Oleh kerana baginda dianugerahkan mukjizat boleh berkata-kata terus dengan Allah, Nabi Musa as, terus bertanya Tuhannya: Wahai Tuhan, apakah dosa penduduk kampung ini, hingga kau sangat murka lalu tergamak membakar seluruh kampung ini. Allah menjawab: telah lalu di kampung itu seorang yang tidak sembahyang, lalu tiada seorang pun di kalangan penduduk kampung itu yang menegurnya. Berlakulah kemurkaanKu lalu Aku bakar kampung itu walaupun terdapat orang soleh di dalamnya.

Untungnya kita umat Nabi Muhammad, ditangguhkan azab di akhirat. Kalau Allah bertindak atas kita sekarang, nescaya tiada satu kampung pun akan selamat. Kerana ramainya yang meninggalkan solat setiap waktu tanpa siapa berani menegurnya. Oleh itu kita kena sangat berusaha agar sesiapa di keliling kita untuk mengenali Tuhan. Cinta dan takutkan Tuhan. Dengan dorongan cinta dan takutkan Tuhan sahaja, manusia mampu membangunkan syariatNya khususnya sembahyang.

Tetapi siapakah kita untuk membawa manusia kepada Tuhan? Tanpa bersandar dengan orang Tuhan, percayalah sesungguhnya kita amat tidak mampu membawa manusia padaNya. Kita tiada ‘power’ sebagai daya tarikan untuk manusia cinta dan takutkan Allah. Sebab itu dalam Islam tiada istilah ‘pendakwah bebas’ dalam apa medium sekalipun ceramah, forum, nasyid, kursus smart solat, islamic summer camp dll kalau terhenti pada diri seseorg, ertinya bukan dirujuk kepada mursyidnya.Risikonya, susah menjaga keikhlasan diri, bukan sahaja audien tidak berubah, pendakwah juga tidak mampu menjadi role model. Akhirnya kita sendiri mengundang kemurkaan Tuhan, bukan rahmatNya.
Anjangmuor@madinahRSA.Jerash

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s