MAQAM NABI AYUB AS

MAQAM NABI AYUB AS

Setelah menziarahi maqam Imam Nawawi, perjalanan diteruskan menuju maqam Nabi Ayub AS. Selama ini, hanya berpeluang membaca kisah baginda atau mendengar kuliah dari ustaz-ustaz di Yayasan Arqam. Siapa tak kenal Nabi Ayub AS. seorang yang sangat sabar. Tetapi kesabaran baginda tidak membawa kepada naiknya taraf baginda kepada Ulul Azmi, kerana asas kesabaran Nabi Ayub AS adalah ujian terhadap diri, anak-anak dan hartanya. Adapun para Rasul Ulul Azmi, teruji kesabaran mereka kerana karenah kaumnya. Pun begitu membaca kisah Nabi Ayub AS, membuatkan kita sangat kagum dengan kehebatan orang-orang pilihan Tuhan. Taqwa mereka luarbiasa, Ia menyayangi orang-orang miskin, memelihara janda-janda dan anak-anak yatim, serta menghormati tetamu. Ia juga menyeru kaumnya supaya menyembah Allah SWT, tugas utama para Pesuruh Allah.

Allah Swt Berfirman dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 163 :

” Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Isma’il, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami berikan Zabur kepada Daud.”

Nabi Ayub AS adalah orang kaya yang banyak hartanya, kekayaannya meliputi, unta-unta yang sehat, hamba sahaya, ternak, dan tanah-tanah yang luas di daerah Batsinah, Negeri Hauran (sekarang dalam Negara Syria)

Iblis berusaha untuk menggodanya agar baginda lupakan Tuhan namun tidak berjaya. Dengan kecewa dan putus asa, Iblis mengatakan kepada Allah, Nabi Ayub boleh taatkan Allah kerana dia kaya, punyai banyak anak dan sehat sejahtera. Maka Allah ingin buktikan kepada Iblis bahawa Nabi Ayub AS adalah benar-benar orang-Nya lalu dia diuji.

Allah memberi ujian dengan kematian anak-anaknya dan memusnahkan harta kekayaannya. Selain itu, Ia terkena bermacam-macam penyakit, sampai tidak ada anggota tubuhnya yang sehat, kecuali jantung/hati dan lidahnya yang selalu berzikir kepada Allah Azza wa Jalla .

Namun demikian dia tetap bersabar dan berzikir kepada Allah setiap ketika. Nabi Ayub menderita sakit selama 18 tahun. Bayangkanlah kalau kita sakit menderita selama itu. Mampukah kita terus beribadah dan berjuang? Semua kawan-kawannya menjauhkan diri darinyabahkan dia diasingkan dari negerinya.

Tidak ada seorangpun yang menjenguknya, kecuali isterinya, Siti Rahmah yang setia menunggunya dengan penuh kasih sayang, membantu memenuhi segala keperluannya. Isterinya tetap bersabar. Tetapi bila keadaan sangat mengujinya dia berkata: “Hai Ayub, seandainya engkau berdoa kepada Tuhanmu , niscaya Dia akan membebaskanmu. “Ayub menjawab: “Aku telah hidup 70 tahun dalam keadaan sehat, sedangkan sakitku ini hanya baru beberapa tahun, aku malu dengan Tuhanku.”

Pernah, isterinya tidak mempunyai apa-apa untuk membeli makanan, sehingga ia terpaksa bekerja dengan orang untuk mendapat upah, demi menyediakan makanan kepada suaminya. Oleh kerana itu dia terlambat datang kepada suaminya, Nabi Ayub AS bersumpah akan memukulnya 100 kali. Semua itu adalah ujian keyakinan kepada isterinya bahawa suaminya adalah pesuruh Allah. Malah rezki yang dia dapat juga sebenarnya adalah berkat suaminya. Malah ujian itu akan berjaya dihadapi akhirnya.

Allah Swt. Berfirman dalam Al-Quran surah Al-Anbiya : 83-84

“dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: “(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang. Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. “

Dalam surah Shad ayat 41-42 pula Allah berfirman:

“Ceritakan riwayat hamba Kami Ayub ketika berseru kepada Tuhannya: “Aku ditimpa kepayahan dan penyakit yang disebabkan syaitan.” Maka Allah berfirman kepadanya:” Hentakkanlah kakimu dibumi, niscaya timbul air yang sejuk untuk mandi dan minum.”

Apabila sembuh Nabi Ayub perlu menunaikan sumpahnya terhadapa isterinya yang solehah, maka Allah ringankan dengan menyuruh Ayub mengambil seikat tali jerami yang mempunyai 100 batang dan memukulkannya sekali pukulan sahaja lalu dikira sama dengan 100 pukulan. Dengan sedemikian hingga, terlaksanalah sumpahnya. Tuhan ada jalan bagi setiap masalah orang-orang-Nya.

Kami juga berpeluang melihat sendiri telaga Nabi Ayub AS, tempat baginda mendapat kesembuhan dari Allah hanya dengan mandi dan minum airnya. Tetapi malangnya, keadaannya sudah sangat terbiar. Tidak dijaga dan kotor airnya. Masih terdapat kesan tapak kaki Nabi Ayub AS di salah satu batunya. Mudah-mudahan kerajaan Syria mengambil inisiatif memelihara semua tempat-tempat bersejarah. Tempat yang membangkitkan roh perjuangan untuk mencintai Allah, takut pada-Nya. Jangan jadi wahabi yang dipimpin oleh yahudi, memutuskan hubungan Umat kepada Rasulullah SAW dan semua para Rasul. Terima kasih RSA atas peluang yang hebat ini.

NOTA: Nabi Zulkifli AS yang maqamnya tidak jauh dari rumah kami, adalah anak Nabi Ayub AS. ok, jumpa lagi….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s