Kampung Syeikh Miskin di Syria…

xpdc BusroPagi 19hb Mac 2011 ni adalah hari istimewa. Us Fudhail anak Syeikh Farul mempelawa aku sertai rombonganya ke Busro. Satu tempat yang selalu aku sebut atau aku dengar sejak kecil. Dulu ketika belajar di Yayasan Arqam, sempat le mengaji sirah Rasulullah saw yang pergi berniaga dengan bapa saudaranya ke Syam, baginda singgah di Busro dan berjumpa dengan rohib Buhaira. Malah setiap minggu baca dalam berzanji atau dibaie, aku lupa. Tak sangka, kali ni diumur mencecah 41tahun berpeluang ke sini. Bertolak dari Kafe Sehah di Maisat, Ruknuddin dalam jam 10.30am. kami 11 orang dilarikan van Abu Abdullah, di celah-celah kesesakan kenderaan yang bersimpang siur di kota Dimasyq menuju selatan Syria. Melalui Austrad Qadam, jalan menuju Jordan.

Sebelum naik van, Abu Abdullah sempat menyebut, semalam selepas Jumaat dah bermula tunjuk perasaan anti kerajaan di Masjid Ummawi, Dar’a, Halab dan lain-lain. Khabarnya empat orang syahid di Dar’a. RSA sudah mula menghayun Syria. Ya Allah selamatkanlah kami, sebab kami menuju Dar’a.

Leka melihat kawasan pertanian yang luas di bumi Syam. Dengan tanaman qamh dan syier, zaitun dan ‘inab, sayur-sayuran. Sesekali sekala terjumpa pengambala biri-biri dengan kawanan biri-biri yang comel. Tak sedar dah sampai ke destinasi pertama kami iaitu pekan Nawa. Pekan kecil yang tidak terkenal tetapi melahirkan seorang tokoh yang sangat dikenali ramai. Imam An Nawawi pengarang kitab hadis 40 yang terkenal di Nusantara. Mujaddid kurun ke 7H. Lebih tepat lagi, beliau tinggal di Qoryah Syeikh Miskin atau kampung Syeikh miskin.

Setelah solat Zohor di Masjid Imam Nawawi yang tesergam indah di tengah pekan itu, kami menuju ke maqamnya yang terletak di kawasan perkuburan. Berbeza dangan maqam-maqam lain di situ, maqam beliau di dalam bangunan batu dan ada penjaganya. Masuk ke dalam bangunan seperti surau kecil ini kita akan dapat melihat kubur Imam Besar yang mulia ini terletak di tengah-tengahnya tanpa sebarang binaan. Kerana itulah wasiat beliau sebelum matinya. Di tengah-tengah kubur itu pula ada sebatang pokok yang besar berusia ratusan tahun tetapi telah mati dan dihuni oleh pohon yang menjalar dan melilit.

Di sini kami berdoa memohon dari Allah dengan keberkatan RSA dan Imam Nawawi, moga-moga dijayakan misi RSA untuk kejayaan Islam di akhir zaman. Mudah-mudahan kami dapat mengalahkan nafsu, menjadi orang roh, pencinta Akhirat, perindu detik kematian.

Setelah itu kami melihat-lihat sejarah Imam Nawawi yang terdapat di sebelah kiri bangunan pintu maqam. Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Namanya ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi. Dilahirkan di Nawa sebuah wilayah di Damsyik Syam pada bulan Muharram tahun 631 Hijrah. Karangannya adalah banyak, di antaranya yang terkenal ialah kitab-kitab:

1. Syarah Sahih Muslim

2. Riyadhus Solihin

3. Al-Azkar

4. Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran

5. Al-Irsyad wa al-Taqrib fi ‘Ulum al-Hadith

6. Al-Aidah fi Manasik al-Hajj

7. Syarah Muhazzab

8. Ar-Raudah

9. Tahdhib al-Asma’ wa al-Lughat

10. al-Minhaj

11. Matan al- Arbain.

Antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu di seluruh surau-surau dan masjid di Nusantara ialah Matan al- Arbain (hadis 40), Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Muslim dan al-Azkar.

Beliau pernah diusir keluar dari negeri Syam oleh sultan al-Malik al-Zahir kerana keengganannya memberi fatwa mengikut kehendak sultan. Ini membuktikan apa yang dibawa oleh Abuya, adalah mengulangi sejarah pejuang-pejuang kebenaran sebelumnya. Akan ada pertembungan dengan pemerintah yang enggan tunduk kepada kebenaran lalu menggunakan kuasanya untuk menghalang kebenaran. Apakah kebenaran dari Allah boleh disekat? يريدون أن يطفؤا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون

Banyak berlaku karamah di tangan beliau samada ketika hidupnya mahupun setelah bertemu Tuhannya di alam sana.

Depan Maqam Imam Nawawi

Antara karamahnya sewaktu hayatnya di dunia, ada seorang alim di bandar Damsyiq bermimpi melihat majlis keraian yang gilang gemilang, penuh meriah dengan perarakan bendera-bendera dan paluan kompang. Bila dia bertanya kepada orang ramai, apa yang berlaku sebenarnya, mereka menjawab: “Malam ini Imam Nawawi dilantik menjadi Wali Qutub”. Orang alim ini tertanya-tanya siapakah Imam Nawawi kerana beliau tidak mengenalinya. Apabila terjaga dari tidur, dia bertanya-tanya dengan penduduk Damsyiq, siapa itu Imam Nawawi. Maka diberitau kepadanya Imam Nawawi adalah Imam Hadis di bandar Damsyiq, lalu bergegaslah dia mencari Imam Nawawi untuk mengenalinya. Bila dia bertemu sahaja Imam Nawawi, tanpa diduga, Imam Nawawi terus berkata kepadanya: “Rahsiakan mimpi engkau malam tadi. Jangan ceritakan kepada sesiapa.” Begitu sekali kehebatan orang Tuhan, mimpi orang pun tidak terlindung olehnya betapalah aktiviti harian kita. Sebab itu kena ada rasa takut dan malu dengan mereka.

Antara karamahnya setelah bertemu Allah:

1. Ramai pesakit yang kritikal seperti lumpuh, apabila dibawa ke maqam beliau berulang kali, akhirnya sembuh seperti sediakala. Bila ditanya, siapa yang merawatnya. Dijawab, Imam Nawawi.

2. Ada seorang yang sangat suka membantah pendapat-pendapat Imam Nawawi malah tergamak mengeji beliau. Ketika matinya, sedang jenazahnya dimandikan, tiba-tiba datang seekor kucing, mencakar lidahnya dan menarik keluar dari kerongkongnya. Sangat mengerikan. Amaran dan balasan Tuhan kepada penentang aulia’Nya.

3. Pernah berlaku, ada seorang yang dengan biadabnya menunjuk-nunjuk dengan jari telunjuknya seperti mencabar, “Kau ke yang tak setuju dengan fatwa Imam Rafie?”, belum sempat dia beredar dari situ Tuhan sudah balas secara tunai perbuatannya. Dia disengat seekor kala jengking yang tiba-tiba muncul di situ.

Terima kasih RSA atas nikmat musafir ini. Dalam jemaah kebenaran, dengan rahmat berjemaah, tanpa wang pun masih dapat bermusafir begini. Mendapat ilmu dan pengalaman.

Ok setakat ini dulu, tak sempat cerita tentang Busro…. Nanti aku hantar lagi, cerita maqam Nabi Ayub, maqam Saad bin Ubadah dan Busro….mudah-mudah Allah izinkan.

Rumah Syabab, Ruknuddin, Dimasyq. 20hb Mac 2011. (anjangmuor.wordpress.com)

Advertisements

One thought on “Kampung Syeikh Miskin di Syria…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s