Hidayah

Sebelum jumpa Abuya ana pernah joint group rock. Masa tu di Penang sedang dilanda demam rock. Kumpulan kami namanya DWD. Daud, Wan, Daud. Gitar orang 6 tali, gitar ana 12 tali. Nak kreatif. Kalau jumpa member-member kaki rock dan dadah tu mesti minta ana nanyi. Biasanya tarik lagu Scorpions ‘Always Somewhere’. Dia orang mesti tangkap leleh punya. Lagu-lagu ana yang cipta. Hampir-hampir nak buat album.

Ibnu Arabi seorang Wali Allah yang terkenal.

Suatu ketika,ada pertandingan rock, kawan-kawan minta ana cipta lagu. Ana kata, aku nak buat kelainan. Kalau hangpa setuju, aku buat, kalau tak, aku tak mau buat. Depa semua setuju. Ana mula reka rangkap-rangkap lirik. Tapi kali ni pelik. Ana guna Al Quran terjemahan. Mula dari surah Al Baqarah, setiap muka ana ambil ayat-ayat yang sesuai, ana cuba susun. Tapi, Maha Pengasih Tuhan… sampai ayat yang ke 200 lebih (penulis terlupa), ana tak mampu nak susun ayat. Ana jadi buntu. Ana terus berubah. Air mata keluar. Menangis hari-hari. Ana mula bangun malam. Ana pakai jubah putih. Ana tak keluar rumah. Tarikh pertandingan dah semakin hampir. Member-member semakin risau. Mana Daud ni tak muncul-muncul. Dah siap ke lirik lagu. Masa dah suntuk. akhirnya pakat datang ke rumah ramai-ramai. Mak ana habaq kat depa: tak dak dah, habis dah… nu ada atas… Bila ana muncul berjubah putih, kawan-kawan pakat terperanjat…. selamat tinggal dunia ‘batu’…. selamat tinggal rock. Itulah hidayah… datang tanpa di duga. itulah cerita yang ingin aku kongsikan dari kisah hidup Syh Daud yang berkunjung ke Syria baru-baru ini. catatan di rumah Syabab, Ruknud Din

Advertisements

2 thoughts on “Hidayah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s