SALJI BLOUDAN


Bloudan kawasan tanah tinggi kira-kira 50km dari Bandaraya Damsyik. Sangat terkenal di kalangan pelajar Malaysia mahupun pelancong-pelancong kerana diliputi salji di musim sejuk. Warga Malaysia samada pelajar ataupun pegawai kedutaan tinggal di Damsyik tiada yang tak tahu di mana Bloudan. Dalam musim sejuk begini, kalau hujan berterusan berhari-hari di Damsyi’, insyaAllah

Bloudan akan dipenuhi salji.

Kenalan baru kami Muhaiyuddin Hamu Abu Ali penduduk asal Bloudan. Berjumpa ketika solat Maghrib di Masjid Kabir Bloudan. Terasa kemesraannya dari bahasanya, walaupun bertutup rapi dengan kot musim sejuk dan mafler yang menutup sebahagian wajahnya.

“From Malaysia?” Tanyanya berbahasa Inggeris. “Naam, min Malizia.” Jawabku dalam bahasa Arab. Rupanya dia pernah melancong ke Malaysia. Aku bisikkan padanya, “Kamu tampak kemas, tentu kamu bukan orang biasa-biasa!, Abu Ali tersenyum: “Aku hanyalah seorang hamba yang ingin berjemaah di masjid.” Jawabnya merendah diri. Ketika qamat dilaungkan, kami berhenti berbual, menuju saf untuk sembahyang. Selepas sembahyang, Abu Ali menunggu kami, bersungguh-sungguh memperlawa ke rumahnya.

Setelah memastikan masih ada kenderaan yang akan ke Damsyik malam itu, kami bersetuju ke rumahnya. Maklumlah, musim sejuk begini, perkhidmatan bas lebih cepat ditamatkan. Sangkaanku tepat, Abu Ali bukan orang biasa. Dia seorang kontraktor yang kaya dan terkenal di Bloudan. Memiliki sebuah banglo dua tingkat, dengan  halaman rumah adalah lambang kekayaan di sini. Betapa tidak, rata-rata rumah yang aku pernah ziarahi di Damsyik hanyalah apartment sempit. Ditambah dengan perabut, tambah sesak. Rumah kawan-kawan di Batu Hampar lagi selesa. Kadang-kadang hanya mempunyai dua bilik, syariat pun tak lepas.

Demi meraikan kami, Ummu Ali menyediakan pelbagai hidangan termasuk nasi, kuih, roti, makrona goreng ala Itali. “Siapa yang datang dari Penang, Langkawi?” Tanya Abu Ali. Tiada seorang pun diantara kami berlima dari Langkawi.

“Malaysia cantik, aku akan pergi lagi. Anakku dua orang tinggal di Amerika Syarikat, berkahwin di sana.” “Itu gambar cucuku.” Katanya lagi sambil menunjuk gambar berframe kanak-kanak lelaki yang comel dalam umur 2 tahun. “… tapi aku tak akan pergi ke sana. Aku benci Amerika, biarlah anakku di sana. Aku cintakan Malaysia.”

Siapakah yang memproses hati seorang yang duduk nun di atas bukit bersalji, di pekan Bloudan, di negara Syria tapi hatinya cintakan Malaysia? Siapa lagi kalau bukan Tuhan melalui orang-orangNya.

Betapalah kalau Abu Ali tahu apa yang Tuhan janjikan untuk Islam di akhir zaman yang bermula dari timur.

Hanya sekali ke Malaysia, Abu Ali sudah jatuh hati. Betullah kata Abuya dalam lirik nasyidnya: ‘Engkau ibarat anak gadis cantik ingin dipinang untuk dimiliki.’ Selamat datang ke Malaysia sekali lagi Abu Ali, kami akan iringi Tuan ke Bandar RSABCH dan tak lupa Bandar RSABH. Selamat menerima tetamu Pak Ya dan Che Nab!

Nota: Rumah Abu Ali berdekatan dengan Masjid Kabir Bloudan.

Advertisements

5 thoughts on “SALJI BLOUDAN

  1. saya simpati jemaah dulu pernah ikut program di sg. Ular kuantan dah lama tak dengar perkembangan jemaah sekrg ni. bila jumpa blog ni terubat rindu sikit kalau boleh siarkanlah program jemaah disana beserta gambar sekali . Ada tak link blog kwn2 jemaah dr negara lain saya rasa ramai bekas dan simpati di Malaysia yg ingin melihat perkembangan dan isu semasa yg berlaku disana

    Moga2 Tuhan selamatkan kita semua…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s