PENUNGGANG KUDA SERBA HIJAU DI MEDAN TAHRIR

PENUNGGANG KUDA SERBA HIJAU DI MEDAN TAHRIR

Arab Saudi membantah secara rasmi berita yang diedarkan beberapa laman berita yang menceritakan tentang kematian Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz di Maghribi setelah menjalani dua pembedahan di AS. Menurut berita itu melaporkan berita kematian tidak akan dikeluarkan dalam waktu terdekat, terutama dalam suasana rusuhan di Mesir dan andaian perebutan kuasa di antara ahli keluarga di raja di Arab Saudi.

Sebenarnya negara Saudi tak jauh beza dari Mesir dari sudut menjadi penyokong kuat AS atau dengan kata-kata lain patung-patung Israel di rantau ini. Apabila Mubarak jatuh setelah Ali Zainal Abidin di Tunisia, maka teori domino tentang kejatuhan penguasa-penguasa yang zalim di timur tengah semakin menjadi kenyataan.

Krisis keluarga di raja telah lama berlaku di Saudi. Retak menunggu belah je. Sifat keluarga di raja yang membolot kekayaan negara sesama sendiri telah lama dibenci oleh rakyat. 1 bulan lepas seorang kawan yang menguruskan visa berpeluang mendapat cop sokongan dari seorang Amirah (salah seorang puteri diraja Saudi) untuk mendapatkan visa umrah sebagai orang tengah, ditolak mentah-mentah oleh Kedutaan Saudi di Malaysia sambil mengeluarkan kata-kata menghina keluarga diraja. Tiada siapa akan sanggup menghina raja sendiri melainkan didorong kebencian yang membuak-buak.

Untuk mengenang jasa, menjadi adat keluarga diraja Saudi akan membina satu pintu di Masjidil Haram yang dinamakan dengan nama raja seperti Bab Al Malik Abdul Aziz yang berdekatan dengan bangunan Sofwa (yang ada restoran D’Saji – Felda). Tetapi pintu ini hanya dibina setelah kematian raja yang memerintah. Tak pernah dibuat ketika raja masih hidup. Tetapi apa yang berlaku, pintu Raja Abdullah telah dibuat, sedangkan dia masih hidup. Ini menunjukkan, dia hakikatnya sudah tidak berkuasa atau rakyat sangat harap kematiannya segera berlaku. Mungkinkah Saudi selepas Mesir?

Apabila Mubarak jatuh, satu dunia gembira khasnya dunia Arab. Di tv Jazeera ditayangkan suasana di Kaherah, Amman, Rammallah, Iskandariah, San’aa, Tunis dll rakyat bersuka ria. Bak kata Syh Isnil yang berada di Cairo sebagai wakil GISB sepanjang krisis berlaku, “dah macam raya cina, dengan mercun di sana sini, berjoget-joget, persembahan api dll”. Sedangkan seorang rakyat Mesirpun hatta Mubarak sekalipun tak menyangka akan terjadi begini. Sebab itulah seorang pengacara TV menyatakan, inilah kebangkitan yang ajaib sebab tidak dipimpin oleh sesiapa.

Mustahil ia tak dipimpin oleh seseorang. Nak kumpul 100 orang pun susah, inikan 2juta. Kena tembak, kena langgar, mati ratusan orang, cedera ribuan yang lain, tapi semakin ramai yang datang berhimpun. Malah bertambah mencapai 8juta orang. Dengan pemuda, remaja, orang miskin, kaya, pegawai-pegawai kerajaan hatta ulama Al Azhar pun berbaris menunjuk perasaan. Aku pernah duduk Mesir. Aku tau, orang Mesir tak akan berani bertindak begitu. Nak berkumpul pun tak berani. Mabahis punyalah ramai. Mereka tak berani. Lebih-lebih lagi ulama dan pekerja kerajaan. Kalau dah jadi berani begitu, mustahil tiada yang pimpin.

Cuma kamu tak nampak siapa yang pimpin, seperti kamu tak faham siapakah yang datang berpakaian dan menunggang kuda serba hijau di Medan Tahrir…
Rumah Syabab, dekat Mujamma’ Abu Nour, Dimasyq.

Advertisements

One thought on “PENUNGGANG KUDA SERBA HIJAU DI MEDAN TAHRIR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s