dari Yemen, ayah kelahiran Muar…

Semasa pertemuan ramah mesra antara Datuk Mustafa Mohamed dengan pelajar-pelajar Malaysia di Syria di Hotel Sheraton, Damascus 3hb Febuari 2011 aku sempat berkenalan dengan seorang pemuda dari Yemen. Hussein Sumait namanya. Masih muda, dalam 20’an. Bekerja dengan MATRADE (Malaysia External Trade Development Corporation) sebagai Marketing Officer yang beribu pejabat di Jeddah. Dengannya aku ambil peluang mengenali sebahagian budaya masyarakat Yemen. Sudah 2 kali aku transit di sana.

“Kamu tak pakai khanjar?” Usikku setelah berkenalan mesra padanya yang segak berkot biru tua. Hussein: “Itu orang Hadra Maut.” “Tapi khanjar dah tinggal adat semata. Malah siapa yang menarik keluar dari sarungnya dengan niat mengancam, kalau keluar setengah sarung sekalipun, dia kena bayar setengah diyat. Kalau keluar sepenuhnya, satu diyat.” “Oh begitu kah?”, agak terkejut aku. Tapi tak bertanya pula nilai diyat tu. Kalau tak silap aku, seekor unta. Teringat ketika transit di Sanaa’ Airport, ramai rakyat tempatan yang memakai khanjar di pinggang mereka.

“Di Malaysia ramai lagi keturunan Arab Yemen.” Aku teruskan perbualan. “Ya kebanyakkannya dari Hadra Maut. Ayahku lahir di Muar. Tapi dari kecil sudah kembali ke Yaman” Kata Hussein. “Eh Aku orang Muar.” Terus ingatanku kembali di umur remajaku, selalu juga aku mengayuh basikal dari Kg Tengah ke High School Muar semasa sekolah menengah sekitar 80’an. Kerap lalu Jalan Arab di Muar tu. Tak sangka nak jumpa orang Yaman, bapanya kelahiran Muar, di Damsyiq. Hai, kecilnya dunia. Berbeza sangat dengan Akhirat, sangat besar dan luas. Satu pohon di syurga, bayang dari rimbunan daunnya, untuk dilepasi oleh seekor kuda yang memecut berlari memakan masa 500 tahun. Oh… Alangkah luasnya, tapi kata Abuya, kalau kita niat nak meninjau seluruh isi syurga dalam masa 1 saat, Allah akan izinkan. Ia akan berlaku. Aneh… Hebatnya Tuhan.

Orang-orang Yemen ramai di Malaysia, Singapore dan paling ramai di Indonesia. Ya, itulah perancangan Rasulullah SAW. Di Wonosobo, Indonesia ramai keturunan Arab yang berasal dari Yaman. Ramai di kalangan mereka mempunyai susur galur yang bersambung dengan baginda Rasulullah SAW termasuklah Saidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi dan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi. Moga-moga di Rabi’ul Awwal ini Tuhan beri kemenangan kepada Islam berkat kelahiran Nabi SAW.

Hussein amat mengharap apa yang berlaku di Tunisa, segera berlaku di Yemen. Sebelum pulang ke rumah sempat aku bersalaman lagi dengan Hussein, sambil berbisik: “Moga kita bertemu di Jeddah.” Ditulis di rumah Syabab, Ruknuddin. 11hb Feb 2011

Advertisements

One thought on “dari Yemen, ayah kelahiran Muar…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s