Bertemu ahli Parlimen Damascus

En Baha’uddin Abu Mazin adalah Ahli Parlimen Bandaraya Damascus sejak 20 tahun lalu. 20 tahun bukan sekejap. Kalau bukan kerana peribadinya yang baik dan khidmatnya yang cemerlang tentu sudah lama orang ramai menolaknya. Sikapnya yang mesra, memuliakan alim ulama, sangat suka membantu orang ramai membuatkan ia sangat disenangi ramai. Semasa aku, Syh Zul dan Us Hafiz menziarahinya kebetulan ada seorang pembekal peralatan kesihatan yang datang dari Halab, Razzq Abu Ahmad bersamanya. Abu Mazin terus memainkan peranan: “Mereka ni, Abu Ahmad, orang-orang Islam yang Mukmin.” Diulangkan sekali lagi, “Orang-orang Islam yang Mukmin.” “Kerana mereka dididik oleh seorang Syeikh yang sangat jarang kita temui ulama sepertinya zaman ini. Kalau adapun mungkin di Turki. Aku rasa menyesal tak sempat bertemu dengannya sebelum kematiannya, (moga Allah merahmatinya)walaupun mereka mempelawaku berkali-kali.” Abu Ahmad mengiakan dan menambah: “Aku dengar Islam di akhir zaman datang dari Timur.”

Abu Mazin menyambung: “Syeikh ini mempunyai sebuah badan kebajikan yang bukan memberi bantuan bulanan untuk orang-orang miskin tetapi mempunyai berbagai-bagai perniagaan yang memberi peluang pekerjaan kepada ramai orang. Hasil dari usaha-usaha perniagaan mereka digunakan untuk membantu masyarakat.” “Betul tak apa yang aku terangkan ni?” Tanya Abu Mazin kepada Us Hafiz. “Ya.” jawab Us Hafiz, walaupun penerangan Abu Mazin tersasar. Memandangkan belum ada masa yang benar-benar sesuai untuk beliau memahami GISB. Setiap kali menziarahinya, beliau terpaksa menjawab banyak panggilan telefon, tetamu yang silih berganti dan lain-lain urusan. Abu Mazin jarang dapat fokus kerana kesibukannya.

Pun begitu, beliau adalah kenalan lama kami. Sejak masuk rombongan pertama pelajar kita ke Syria tahun 2005 kita telah mengenalinya. Seorang pemimpin masyarakat yang berpengaruh yang sangat menyanjungi Abuya. “Sekarang kami sudah membuka restoran di Mekah.” Aku sempat menceritakan sedikit perkembangan semasa GISB khasnya di Haramain dan Jordan.”

“Maafkan saya, sangat sibuk hari ini. Minggu depan insyaAllah kita makan tengahari bersama.” Ujar Abu Mazin mengakhiri pertemuan kami. Mudah-mudahan ada peranan yang beliau boleh mainkan dalam perjuangan ini. Walaupun tak banyak yang dapat dibualkan, tapi kami dapat seorang kawan baru. Abu Ahmad Halabi. “InsyaAllah, ke Halab kita Fiz!”
Di rumah Syabab, Abu Nour.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s