Orang Buta dan Gajah

Hujan dan suhu yang sangat sejuk sepanjang hari ni membuatkan aku berkurung di rumah. Lebih-lebih lagi badan tak berapa sehat. Tekak sakit, panas dalam. Orang-orang soleh dan wali Allah, kalau lama tak ditimpa sakit, mereka tertanya-tanya: “Tuhan dah tak sayang pada aku ke?” Orang macam aku ni, kalau boleh sabar, tak mengeluh dan menyusahkan orang ketika sakit, pun dah ok (perasan le tu ok). Roti, jubnah dan murobba pengalas perut. Otak pun nak makanan gak! Apa lagi, belek-belek simpanan berita yang aku kutip dari internet.

Ada rencana di UM oleh Rohana Man, sekat strategi Ummu Jah. Aku tak tau berapa umur Rohana ni, katalah lebih tua dariku. Nak beritau padanya, Kak Ana kenalah hati-hati ketika menulis. Kalau betul, alhamdulillah pahalanya berpanjangan. Tapi kalau tak betul, sedangkan pembaca UM samada paper atau di internet, menyangkanya satu kebenaran, Akak kena tanggung dosanya selagi tak mohon maaf dan membetulkan kesilapan itu. Betul tak? Kau orang setuju tak dengan aku?

Rencana ni Kak Ana kita ni mengandaikan akibat ketaksuban kepada Us Ashaari, bekas Arqam seolah-olah akan jadi militan macam kes Memali dan Al-Maunah. Sapa di kalangan pembaca blog ni yang setuju? Cuba beri fakta. Jangan main hentam keromo je! Ada ke sepanjang pertubuhan Arqam diasaskan tahun 1968 hingga diharamkan dan sampai saat ini orang Arqam atau ex Arqam (yang masih bersama Us Ashaari) merusuh? Bila? Di mana?

Setau aku, Us Ashaari didik muridnya bukan begitu. Tunjuk perasaan, protes, pecah dan rosakkan harta awam bukan cara pengikut Abuya. Apa lagi membunuh. Itu cara orang politik. Hasil dari laporan yang tak tepat, masyarakat gagal menilai dengan tepat. Kalau orang awam bersikap begitu, mudah-mudahan Allah maafkan. Tapi bila pimpinan masyarakat pun terbabit mempercayai akhbar 100% tanpa syak, ini jadi masalah.

Seperti sangkaan mereka tentang Parlimen Roh sangat bercanggah dengan apa yang GISB faham. Cuba tengok kata-kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir,

“Apa yang dilakukan oleh pengikut al-Arqam ini menggambarkan sikap ketaksuban mereka yang membuta tuli,” katanya sambil menyifatkan penganjuran sidang itu amat memalukan umat Islam kerana perbuatan itu tidak logik dana tidak dapat diterima oleh akal yang waras.

Wahai Datuk, apa yang tak logiknya? Apa yang  tidak dapat diterima oleh akal yang waras? Motivasi guna skype, guna internet tak logik? Ini bukan guna kemenyan, perah limau nipis. Ini motivasi untuk memantapkan roh/jiwa staf syarikat. Tolonggglah.

Beliau berkata kepada Utusan Malaysia bagi mengulas mengenai ajaran tersebut yang didakwa cuba dihidupkan semula oleh Ummu Jah menerusi penganjuran ‘Sidang Parlimen Roh’ bersama 2,000 pengikutnya di beberapa lokasi termasuk di Thailand, Jordan dan Mekah sejak kematian suaminya pada 13 Mei 2010.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ketaksuban ini menjadikan mereka lupa diri sehingga menimbulkan masalah yang berpanjangan kepada masyarakat sekeliling.

Masyarakat mana yang rasa kami bawa masalah berpanjangan. Pelanggan kafe GISB di Ipoh kah? Di KK? Di Kota Damansara? Di Bkt Bintang? Di Cairo? Di Perth atau di kafe kecil GISB di Damascus ini? (Sekadar menyebut beberapa tempat) atau GISBlah yang menyelesaikan masalah perut masyarakat ketika lapar? Bahkan ‘ketaksuban’ kepada didikan Abuyalah yang membuatkan mereka bertahan dengan projek-projek yang memberi manfaat pada masyarakat.

P/s Berapa kafe Yadim yang memberi ‘manfaat berpanjangan’ kepada masyarakat?

“Apa yang dilakukan ini menggambarkan sikap jumud dan taksub kepada seseorang pemimpin yang tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat Islam.

Datuk ni sedar ke apa yang dia ucap? Jumud ke orang yang ada perniagaan serata Malaysia. Ada premis di Indonesia, Australia, Timur Tengah dll. Ada macam-macam aset, building, kenderaan. Kau orang fikir sendiri la. Patut kaji dulu, jangan paper minta mengulas, terus beri ulasan. Tapi sapa le aku nak beri nasihat pada Datuk, harap-harap dia bukan orang Muar le.

Pastu kata taksub tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat Islam. Apakah dimaksudkan taksub pada perkara yang salah? Yang salah, taksub atau tak, memang tak boleh. Tapi yang benar, kena taksub.

Tanpa taksub kepada Rasulullah, sahabat-sahabat tak akan sanggup berjuang. Korbankan harta benda hatta nyawa. Tinggalkan anak isteri dan kampung halaman demi Allah dan Rasul.

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله

“Ketaksuban kepada seseorang pemimpin sehingga membentuk sikap pemujaan adalah satu bentuk kepercayaan agama animisme yang tidak selaras dengan ajaran Islam.

Cuba kaji dulu, ada ke pemujaan begitu dalam GISB? Kami pun belajar agama juga.

“Islam melarang penganutnya ‘membangkitkan semula roh pemimpin yang sudah mati’ kerana perbuatan tersebut akan menyebabkan akidah seseorang tergelincir sehingga boleh menimbulkan situasi khurafat dalam masyarakat,” ujarnya.

Sebagai sebuah badan dakwah, Yadim mengambil ketetapan mencela perbuatan tersebut kerana ia bukan sahaja mencemarkan kemurnian Islam, malah turut menjadikan seseorang itu terkeluar daripada akidah keislamannya sebagaimana dilakukan oleh mereka yang ‘memuja roh’, ‘sidang roh’ dan sebagainya.

Aku rasa kalau Datuk atau Kak Ana ni buat study sikit sebelum beri kenyataan atau menulis tak jadi begini. (Sila rujuk kenyataan tentang PR) Tapi ia berlaku juga, tak tau la, sapa yang jumud. Sapa yang taksub dengan cara sendiri, tak nak belajar dengan orang. Banyak kenyataan dalam paper sekarang hanya membenarkan kisah orang-orang buta menafsirkan gajah. Bang, kalau setakat gajah, tak besar kesalahannya, tapi bila babitkan akidah seseorang, lebih-lebih lagi satu syarikat yang ramai stafnya, bahaya… kita akan dibicarakan di mahkamah Robbul Jalil kelak..

Advertisements

2 thoughts on “Orang Buta dan Gajah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s