…terima kasih KOSMO!

Terima Kasih Kosmo!!
Di Damascus ni agak susah perhubungan dibanding semasa di Mekah atau di Amman, Jordan. Sikap pemerintah yang tertutup menjadikan perhubungan agak terhad. Selama ni boleh gunakan BlackBerry tetapi di sini tiada perkhidmatan BB. Malah, facebook, tweeter dan lain-lain social net working adalah dilarang.

Kalau ada yang menggunakannya, selalunya secara curi-curi atau tidak sah. Malah sesetengah CC meminta forigner student tunjukkan pasport untuk dicatat maklumat jika ingin gunakan internet. Sangat curiga pihak pemerintah kepada rakyat. Di sini, serbuan tanpa amaran pernah dilakukan di CC.

Sebab itu aku malas nak ke CC, walaupun ada yang semurah LSY25/hour. Apa lagi, cari wi fi free le. Lagipun cuma nak baca E-Mail dan tengok paper Malaysia je. Sebut tentang baca paper ni, rasa nak tergelak pun ada bila baca Kosmo 25hb Jan 2011: Ummu Jah lari bersembunyi di Mekah. Ketua Sidang Parlimen Roh, buka restoran Ashaari di Tanah Suci kembangkan ajaran sesat.

Setau aku, Ummu tak sembunyi pun. Sepupu Ummu yang bukan staf GISB dah datang ziarah Ummu di Mekah. Siap bawak kawan-kawan dia lagi yang sama-sama buat haji. Bukan orang biasa, seorang tu SU sulit 1 MB Perak. Seorang tu, kalau tak silap aku, Imam Masjid Putra Jaya dll. Ada ke orang sembunyi, pastu bawak orang datang tunjuk tempat dia sembunyi?

Jiran-jiran di kalangan orang Saudi dan lain-lain ramai dah datang rumah ‘persembunyian’ tu. Dari jaga-jaga berbangsa Sudan, imam Saudi, pegawai Polis (Saudi), tukang jahit langsir berbangsa Myanmar, isteri Menteri Awqaf Jordan.

Buka Restoran tanpa bantuan kerajaan atau meminjam bank-bank kapitalis patut kita banggakan. Berjaya sungguh Abuya (mengikut kata Kosmo Allahyarham) kalau dapat lahirkan seorang ‘balu’ yang mampu membuka sebuah restoran di Mekah. 4 pintu tu beb!!

‘Kembangkan ajaran sesat’, lagi nak gelak… Ada ke ajaran-ajaran sesat yang matlamat akhirnya ke Mekah? Ajaran sesat semuanya makin ringankan ibadah, akhirnya makin jauh dari Tuhan dan berkubur. Yang ni semakin dekat dengan Rumah Tuhan. Semakin berkembang. Semakin nak laksanakan kemuncak ibadah, iaitu manasik haji. Sesat ke ni? Come on! Fikirkanlah…

Terima kasihlah KOSMO, publisiti percuma ‘first page’. Moga-moga Tuhan bayar dengan memberi hidayah-Nya.

اللهم اهد قومي فإنهم لا يعلمون

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s