Puja Roh vs Parlimen Roh

Puja Roh vs Parlimen Roh

Ada pepatah Arab menyatakan: ‘Seseorang itu memusuhi apa yang dia tidak tahu.’

Aku rasa kalau tidak diberi penerangan mungkin masyarakat Malaysia terbayang, bila dikatakan Parlimen Roh tentu ada dibakar kemenyan, maka berkepul-kepullah asap memenuhi ruang. Dipotong limau nipis. Diseru atau dipuja nama-nama tertentu dll.

Pendapat ini sangat ada asasnya memandangkan ketika serbuan di Parlimen Roh yang sepatutnya dibuat di Pusat Latihan Pertanian Ikhwan Bt Hampar, Beruas pada bulan Jun 2010, pihak berwajib seolah-olah mempercayai ada ritual pemujaan di pentas yang disediakan.

Ketika itu, tiga jabatan bergabung iaitu JAIP, KDN dan Cawangan Khas Ipoh dengan kekuatan hampir 100 anggota. Serbuan dilakukan tepat 12 tengah malam. Pendek cerita mereka meminta izin untuk mengelidah pentas.

Kebetulan di atas pentas terdapat sebuah meja panjang ditutup oleh banner yang terbalik, berwarna putih. Tidak kurang 30 orang naik ke pentas sebagai saksi, bersiap dengan kamera masing-masing.

“Ok, siap.” Ketika membukanya, mereka mengharapkan itulah bahan bukti. Ketika dibuka, kedengaran banyak suara mengeluh, “Allaaah, PA system!!”

Aku dapat rasakan, mereka mengharap di bawah banner itu terdapat replika jenazah atau bahan-bahan pemujaan. Mereka tak bersalah sebab tidak tahu dan hanya mendengar dari jauh.

Mari kita menyelami apa yang dimaksudkan oleh GISB sebagai PR (Parlimen Roh)

Parlimen Roh ialah satu aktiviti oleh para BOD dan Ibu bagi syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd untuk 2 tujuan.

1.Memotivasikan roh-roh semua staf GISB agar disucikan daripada nafsu berdasarkan firman Allah: “Beruntunglah orang-orang yang mensucikan hati mereka.”

2.Menanamkan iman kepada alam ghaib. Sebab Allah mengatakan: “Sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan lebih kekal (daripada dunia).”

Alam ghaib itu diciptakan oleh Allah sebagai tempat tinggal para malaikat,roh-roh para nabi dan roh-roh suci orang-orang Allah yang mereka itu hidup di sana.

Oleh kerana Allah menjanjikan kepada pejuang-pejuang Islam bantuan dari alam ghaib,maka PR berusaha merealitikannya yakni sepertimana pejuang-pejuang Islam dahulu banyak mendapat bantuan dari alam ghaib.

Maka GISB juga mencuba agar ia juga berlaku dalam Syarikat ini. Contohnya, Tabung Taqwa itu ialah hasil mengusahakan taqwa kepada Allah. Yang mana Allah memberi rezki dari sumber yang tidak diduga melalui perniagaan-perniagaan GISB.

Dikatakan PR ialah supaya ia tidak berbau politik demokrasi barat. Ini ialah parlimen orang-orang yang cintakan Allah dan Rasul. Kalau GISB namakan parlimen Ikhwan atau parlimen Islam, ia boleh disyaki berbau politik. Sedangkan parlimen ini betul-betul mengusahakan untuk memotivasikan roh supaya disucikan dari kejahatan nafsu.

Mudah-mudahan masyarakat tidak keliru dan dikelirukan lagi. Di tulis ketika otw ke Bloudan, Syria.
anjangmuor.wordpress.com

Advertisements

3 thoughts on “Puja Roh vs Parlimen Roh

  1. Alhamdulillah. Tksh diatas penjelasan pengarang blog ini ttg issue lama yg dibangkitkan semula oleh KOSMO beberapa waktu yg lalu selama 3 hari berturut2 di Malaysia. Sbg org awam saya pun tdk setuju dgn issue lama yg tak kunjung selesai ditangani oleh pihak JAKIM bersama dgn jabatan2 agama negeri diseluruh negara. Padahal saya dan orang banyak yg sehari2 berhubungan dgn kawan2 dari GISB ini melalui projek2 depa yg tersebar diseluruh negara sampai sabah serawak bahkan juga ada di luar negara, mereka nampak orang baek2, berakhlak dan sangat menjaga syariat terutama sembahyang. Tapi mengapa Jakim tetap saja memusuhi depa ni?. Yg sepatutnya Jakim sokong karena depa sdh ikut melaksanakan program Jakim khasnya dalam menjayakan islam dlm negara melalui projek2 yg depa buat. Saya nampak sepertinya ada perkara yg tak kena antara Jakim dgn GISB.jadi ini bukan lagi masalah kerajaan tapi hal Jakim. Maafkalau saya salah, saya nampak Jakim macam ada “hasad dengki” terhadap pencapaian islam yg dibuat oleh GISB. Karena kata Ustad sayan kalau seseorang ada sifat hasad dengki, semua yg dilakukan oleh orang yg dia hasad itu nampak salah sahaja. Tak ada satupun yg baik. Jadi tak heranlah kalau Parlemen Roh pun mereka pahami negatif. Tapi ternyata stelah mereka adakan serbuan tak ada apa2.yg boleh disabitkan dgn tuduhan mereka itu. Mereka tentu malu shg akhirnya dicari2 lagilah alasan utk menutup malu itu, karena tentu jabatan kerajaan yg dilibatkan utk menyerbu GISB di Batu Hampar itu akan marah pd Jakim, karena apa yg dimaklumkan pd mereka ttg GISB itu tdk terbukti. Apalagi kejadian ini sdh berlaku sejak thn 1994 yg lalu. Sdh lebih 16 tahun tapi tak selesai2 juga. Sdgkan komunis saja kerajaan berjaya menyelesaikannya shg tak ada saki bakinya sampai saat ini.Jadi Jakim slama ini seolah2 tak buat kerja slama ini dlm menyelesaikan masalah bekas Arqam. Atau sebaliknya Jakim mmg mencari2 kerja dgn menuduh bekas Arqam salah, padahal mereka tak bersalah. Ya Allah perlihatkanlah yg benar itu benar adanya dan yg salah adanya, antara Jakim dan GISB. Biar kami orang tak bingung dibuatnya, seperti sekarang ini.

  2. terima kasih atas penjelasan yang bernas. betul juga, tidak ada bau politik. Tanpa selidik orang dah takut dgn perkataan roh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s