“…dari Bedok Singapura.”

“Could you lend me the map?” Pinta seorang pelanggan kafe GISB Syria atau nama rasminya ‘مطعم صحة للمأكولات الماليزية ‘ padaku yang sedang sibuk membelek peta dalam phamplet pelancongan Syria. “Why not?” Jawabku ringkas lalu menghulur phamplet-phamplet itu kepadanya.

Pelanggan itu dan dua rakannya adalah pelajar-pelajar perempuan dari Singapura yang belajar di Abu Nour. Seorang lengkap berfurdah, manakala 2 lagi bertudung yang agak simple sedang menjamu selera sambil melayan seorang tetamu, wanita separuh umur, juga dari Singapura.

“Singapore di mana kak?” Sapaku. “Bedok, datang sini tengok anak belajar.” “Oh… Saya dari Johor, selalu juga masuk Singapore.” “Anak saya dulu belajar di sebuah Maahad Tahfiz di Skudai, habis SPM saya hantar belajar di sini.” Kakak itu menyambung.

“Bloudan ada salji lagi tak?” Tingkah pelajar yang meminta peta tadi. “Kalau ada pun dah nipis.” Jawab Khunais, anak Syeikh Nizam.

Kafe Abuya di Syam ini (Syria) tak la sebesar dan sehebat kafe Abuya di Mekah, Jordan dan Mesir tetapi tetap menjadi tumpuan pelajar-pelajar Nusantara. Ia adalah satu-satunya kafe yang menyediakan makanan Asia Tenggara di Syria.

Sambil menikmati nasi lemak, sambal dan telur mata kerbau, mi goreng, begedel kentang, menghirup teh tarik atau nescafe panas, warga pelajar bebas berbincang hal pelajaran dan isu semasa di situ.

Di Damsyiq ini terdapat lebih kurang 400 orang pelajar Malaysia, 100 orang lebih dari Indonesia dan lebih kurang 50 orang dari Singapura.

Nota: Mat’am Sehah terletak berdekatan Pusat Pengajian Abu Nour, Ruknuddin, Damascus. Selain dibuka untuk pelajar dan pelancong, ia juga menerima tempahan katering dan kek harijadi. Hubungi: Mujahid +963992239672.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s